Roma Kelapa, Biskut No.1 Untuk Ibu No.1*, dengan bangganya melancarkan kempen ‘Mama Pilih Roma’ yang amat menyentuh hati. Kempen ini adalah penghargaan kepada para ibu yang luar biasa, yang sentiasa berusaha mencipta detik-detik kebahagiaan dan memupuk hubungan erat penuh makna bersama keluarga mereka.
Pada masa yang sama, kempen ini membuktikan komitmen Roma Kelapa untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan biskutnya yang lazat dan berkhasiat, diperbuat daripada kelapa asli.
“Kempen ‘Mama Pilih Roma’ adalah cara kami untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada semua ibu-ibu hebat yang sentiasa memilih Roma Kelapa sebagai biskut pilihan untuk keluarga mereka. Kami percaya akan betapa pentingnya ikatan kekeluargaan, dan dengan rasa unik kelapa kami, kami berhasrat untuk mencipta saat-saat indah yang dapat membuat kita berkumpul bersama keluarga.”
“Kami sangat teruja kerana Lee Minho turut serta dalam kempen ini, di mana nilai-nilai beliau selaras dengan misi kami untuk meraikan dan menghargai detik-detik bersama keluarga,” kata KK Ng, Pengurus Negara, Mayora Malaysia Sdn. Bhd.
Sebagai kemuncak kempen ini, Roma Kelapa menganjurkan acara bertemu peminat bersama Lee Minho sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh para ibu di seluruh Malaysia.
Acara ini memberikan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan buat 1,000 peminat bertuah melalui peraduan ‘Roma Wow! Bertemu Lee Minho’. Dengan pelancaran kempen ‘Mama Pilih Roma’, Roma Kelapa menyeru semua untuk meraikan kasih sayang, dedikasi, dan ikatan erat yang disemai oleh para ibu kita yang tercinta.
Kempen ini bukan sekadar tentang duduk menikmati biskut—ia tentang menghargai setiap detik yang bermakna!
Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti Roma Biscuits Malaysia di Facebook & Instagram atau layari http://www.mayora.com.my/.
*Kiraan PT Mayora Indah Tbk adalah berdasarkan sebahagian daripada data Jualan Nilai/Isipadu yang disediakan oleh Nielsen IQmelalui Perkhidmatan Indeks Runcit dalam kategori Biskut untuk tempoh 01 Oktober 2022-30 September 2023 di Indonesia. (HakCipta © 2023, NielsenIQ)
Mama Papa nak tahu apa lagi yang sedang trending sekarang? Klik di SINI.