Dengan resepi simple dan ringkas, Mama boleh melibatkan anak-anak dalam proses memasak tanpa tekanan dan risau tentang keselamatan mereka semasa di dapur.
Aktiviti ini dapat membina keyakinan diri mereka, meningkatkan kreativiti, dan yang paling penting, mencipta kenangan manis bersama. Ada enam idea resepi yang Mama boleh cuba bersama anak-anak di rumah!
6 Resepi Simple untuk Mama Masak Bersama Anak
1. Nasi Goreng Butter
Bahan-bahan
- Nasi sejuk (2 cawan beras)
- 50 gram butter
- 4-5 biji cili merah besar
- Serbuk perasa
- Garam
Cara Penyediaan:
- Mula-mula sekali, Mama tumbuk cili merah dan masukkan sedikit garam.
- Kemudian, panaskan butter, masukkan bahan tumbuk tadi, tumiskan sehinggga naik bau.
- Masukkan telur dan gaul perlahan. Bila telur dah masak baru gaul semua sebati.
- Mama masukkan nasi pula dan goreng sebati.
- Perasakan dengan serbuk perasa sevcukupnya.
- Siap untuk dihidang.
Nota: Boleh tambah sayuran juga, mengikut kesukaan masing-masing.
Resepi: Masakan ringkas dan mudah
2. Nasi Goreng Kicap
Bahan-bahan
- 3 biji bawang kecil – hiris nipis
- 3 ulas awang putih – diketuk
- Fishball – potong kecil
- 1 biji telur
- 4 kicap sekawan – kicap manis, kicap cair, sos tiram, kicap karamel
- Sayur campur – pilihan
Cara Penyediaan:
- Mula-mula, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, dan cili merah. Tumis hingga naik bau dan bawang mula keperangan.
- Gerakkan sayur tumis ke satu sisi kuali dan pukul telur di sisi lain kuali, pecahkan telur.
- Kacau telur sehingga separuh masak, kemudian campurkan dengan fishball.
- Masukkan nasi putih yang telah disejukkan ke dalam kuali. Biarkan nasi ini goreng sekejap supaya permukaannya mula berkerak.
- Tuangkan kicap 4 sekawan ke atas nasi mengikut citarasa. Gaul rata nasi dan kicap.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Ini akan membantu mengimbangi kemanisan kicap. Kacau hingga sebati.
- Kacau semua bahan dalam kuali dengan teliti sehingga nasi benar-benar masak dan menyerap semua rasa. Mama perlu pastikan nasi tidak melekit atau hangus.
- Rasa nasi goreng kicap dan Mama sesuaikan rasa jika perlu. Tambah lagi kicap, garam atau gula mengikut rasa masing-masisng.
- Selepas nasi goreng masak dan rasa betul, keluarkan dari kuali dan hidangkan suam.
Nota: Boleh juga dihidangkan bersama dengan telur mata kegemaran mereka.
Resepi: MyResepi
3. Mac & Cheese Bites
Bahan-bahan
- Makaroni yang belum direbus
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung serbaguna/gandum
- 1½ cawan susu
- 1 cawan keju cheddar diparut
- 2 auns keju krim
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil lada
- Sosej
- 1 biji telur
- ½ cawan keju cheddar parut untuk hiasan
- Pasli atau kucai yang dicincang
Cara Penyediaan:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah.
- Cairkan mentega ke dalam kuali dengan api sederhana tinggi. Kemudian, tambahkan tepung serbaguna/ gandum dan pukul sehingga adunan sebati.
- Tambahkan susu dan gaulkan dengan perlahan.
- Kurangkan suhu dan tambahkan 1½ cawan keju, keju krim, garam dan lada.
- Kacau sehingga cair sepenuhnya. Alihkan daripada haba.
- Tuangkannya ke dalam mangkuk besar dan kemudian, tambahkan sosej, telur, dan makaroni sehingga dicampur rata.
- Semburkan tin muffin mini dengan minyak zaitun atau minyak kanola.
- Campurkan Mac and Cheese ke dalam setiap acuan dan kemaskan menggunakan sudu supaya ia sebati dan melekat.
- Tambahkan keju cheddar yang diparut.
- Letakkan ke dalam ketuhar untuk 10 minit atau sehingga bahagian atas menjadi warna coklat keemasan.
- Biarkan sejuk untuk 10 hingga 15 minit sebelum perlahan-lahan mengeluarkannya.
- Hiaskan dengan parsli cincang atau kucai jika mahu.
Resepi: Hormel
4. Pizza Roti Pita
Bahan-bahan
- Roti pita
- 1 cawan sos tomato atau sos piza
- Kepingan daging peperoni atau daging dicincang
- 2 cawan keju Mozzarella
- 1 cubit basil kering atau segar
- 1 cubit oregano kering atau segar
- Baking sheet
Bahan tambahan
- Zaitun
- Tomato
- Lada merah
- Asparagus
- Keju parmesan
Cara Penyediaan:
- Panaskan ketuhar hingga 220°C.
- Letakkan roti pita ke dalam untuk 1 minit, atau sehingga lembut. Biarkannya lebih lama kalau Mama inginkan kerak yang lebih renyah.
- Letakkan pita pada baking sheet yang telah diletakkan mentega.
- Ratakan sos tomato atau sos piza di atas roti pita.
- Tambahkan topping yang dikehendaki – keju, peperoni, basil dan oregano.
- Letakkan ke dalam ketuhar untuk 10 minit atau hingga ia mencapai kehangatan yang dikehendaki dan apabila keju kelihatan kembung/ menggelegak..
- Biarkan piza anda sejuk sebentar sebelum memotongnya. Hidangkan semasa panas.
Resepi: Pilsbury
5. Kobis Popcorn
Bahan-bahan
- 1 kepala bunga kubis
- 1 cawan serbuk badam
- ½ cawan keju parmesan, diparut
- 1 sudu teh paprika salai
- 1 sudu teh thyme kering
- ¼ sudu teh kunyit
- ¼ sudu teh serbuk bawang putih
- 1 sudu teh garam laut
- 1 biji telur organik atau telur ayam kampung
Cara Penyediaan:
- Mama panaskan oven kepada 200°C dan lapik dulang pembakar dengan kertas pembakar.
- Potong bunga kubis kepada kuntum kecil (simpankan batang dan daun untuk digunakan dalam sup atau goreng).
- Masukkan bunga kubis ke dalam periuk kecil yang berisi air mendidih selama 5 minit sehingga lembut sedikit.
- Toskan bunga kubis dan biarkan sejuk sedikit.
- Pukul telur dalam mangkuk besar.
- Untuk membuat serbuk roti: campurkan serbuk badam, keju parmesan, serbuk bawang putih, paprika, kunyit, dan thyme dalam mangkuk yang berasingan.
- Masukkan bunga kubis ke dalam telur yang dipukul sehingga disaluti secara rata.
- Tambahkan campuran serbuk roti dan gabungkan perlahan-lahan dengan sudu atau tangan (berhati-hati supaya tidak menggaul terlalu banyak kerana serbuk roti akan menjadi berketul).
- Susun bunga kubis yang telah disalut di atas dulang pembakar yang telah dialas dan siramkan sedikit minyak zaitun.
- Bakar selama 20 minit, dan balikkan bunga kubis selepas 10 minit supaya ia perang dengan sekata.
- Taburkan garam laut dan nikmati ketika masih hangat dan rangup.
Resepi: Kidspot Kitchen
6. Popia Pisang Coklat
Bahan-bahan
- Kulit Popia – potong 4 bahagian
- Pisang – yang telah masak dan manis
- Air
- Coklat
- Minyak masak
Cara Penyediaan:
- Potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil mengikut kreativiti anak-anak.
- Sediakan kulit popia.
- Basah kulit popia pertama menggunakan air untuk melekatkan dengan kulit popia kedua nanti.
- Letakkan hirisan pisang dan coklat yang dihiris.
- Ambil kulit popia kedua dan basahkan dengan menggunakan air dan lekatkannya pada kulit popia kedua.
- Pastikan kulit popia tersebut lekat dengan kemas.
- Panaskan kuali dan letakkan minyak secukupnya.
- Goreng sehingga popia pisang coklat itu rangup dan warna kekuningan.
- Hidangkan.
Resepi: CHEMILAN
Memasak bersama anak-anak bukan sahaja mengajar mereka tentang makanan, tetapi juga memberikan peluang untuk berkongsi masa berkualiti bersama.
Dengan resepi-resepi yang mudah ini, Mama boleh menggalakkan kreativiti anak-anak di dapur sambil menikmati hidangan yang lazat.
Jadi, Mama jangan ragu-ragu untuk mencuba idea-idea ini dan jadikan aktiviti memasak bersama anak-anak sebagai rutin yang menyeronokkan.
Selamat mencuba!
Apa makanan tradisional yang Mama boleh kenalkan kepada anak-anak? Klik di SINI.