Kalau sebelum hamil pun ada masalah tersendiri, para ibu yang mengharungi fasa selepas hamil, terutama yang menyusu anak pun ada juga masalahnya. Sering kali Mama Siti dengar isu susu ibu dengan perkembangan anak.
Contohnya:
Eh M, anak sekarang dah kurus sikit, kenapa? Susu tu bagi la banyak sikit.
atau…
La… Asal pump sikit je? Tak cukup anak banyak tu. Dia kena bagi banyak-banyak baru kenyang!
Ha, kat sini yang ramai sangat mama salah faham.
Menurut Dietitian Fizah Sobri, konsep yang selama ni mama dengar dan faham SALAH. Anak membesar bukan sebab susu yang BANYAK tapi susu yang MENCUKUPI.
Ni Mama Siti nak share sikit, keperluan anak mama dengan anak orang lain BERBEZA.
Walaupun anak mama sama jantina, berat pun sama, kadang tu lahir pun bulan yang sama so umur pun sama tapi, keperluan serta personaliti anak berbeza. Contohnya dari segi style nak menyusu, berapa lama menyusu dan lain-lain.
PERSONALITI ANAK mama yang akan bagi efek berapa banyak susu yang anak mama nak minum.
Just because mama lahirkan anak mama dekat hospital yang sama dengan kawan mama, takkanlah anak mama pun ada personaliti yang sama dengan anak kawan mama. Tak logik kan?
Bila mama salah faham dengan konsep susu ibu ni, mama memang akan stres. Stres sebab rasa effort tak cukup tapi sebenarnya stres tu la yang membuatkan penghasilan susu ibu merudum. Banyak kajian menunjukkan bahawa stres adalah punca utama yang menyebabkan kadar penghasilan susu jadi rendah.
Stres boleh terdiri dari stress psychology (pikir banyak perkara atau sedih dengan keadaan sekeliling) atau stres dari segi fizikal (ada penyakit atau trauma). Bila dah ada anak ni, perkara kecil pun boleh buat mama stres, betul tak? So, mama memang kena sentiasa relaks dan cuba elak daripada perkara-perkara yang boleh buat mama stres.
Sebab bila mama tak dapat manage stres, automatically kadar susu akan drop. Bila susu drop, mulalah mama nak makan banyak atau cari milkbooster.
Tapi sebenarnya, KUANTITI MAKANAN tidak memainkan peranan dalam penghasilan SUSU YANG BANYAK.
So, kalau mama makan banyak mana sekalipun, susu memang takkan bertambah.
Buat pengetahuan mama, badan mama perlukan pembakaran tenaga sebanyak 20 kcal untuk hasilkan 30 oz susu. Tapi, usaha mama akan jadi sia-sia kalau demand baby tak ada.
Mama makanla banyak mana sekalipun, kalau baby tak nak, apa yang mama makan tu akan jadi lemak. Sedihkan? Tu yang ramai ibu menyusu sukar nak turunkan berat badan. Ini salah satu puncanya.
Bagi mama yang berat badan dah overweight/obese, TAK PERLU TAMBAH apa-apa makanan dari menu asal. Mama boleh stay dengan menu sihat mama. Kalau berat badan mama normal, ha yang ni baru kena tambah.
Mama kena tambah 500kcal, 19g protein selama 6 BULAN WAKTU MENYUSU SAJA. Selepas tu boleh stop.
Tapi Mama Siti, banyak mana 500 kcal dan 19g protein tu?
3 hidangan protein extra (1 hidangan setiap kali makan berat) + 2 snek buah saja (1 hidangan minum pagi/minum petang). Kalau mama still keliru…
1 hidangan protein bersamaan dengan
? 1 ketul ayam/daging sebesar tapak tangan
? 1 biji telur
? 1 cawan susu
? segenggam kacang kekacang
1 hidangan buah bersamaan dengan
? sepotong buah tembikai/betik/nenas/honeydew
? sebiji buah bulat seperti epal/pir/lai/kiwi/oren
? 4-5biji buah bulat kecil seperti rambutan/duku/langsat/mata kucing/strawberry
Dah tak perlu dah milkbooster kat kedai. Kalau mma nak juga milkbooster, boleh. Mama buat aktiviti ni:
- Mengurut
- Dengar muzik atau ayat-ayat Al-Quran
- Tengok video si manja
- Baca buku
- Exercise
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
BACA JUGA 1001 MANFAAT SUSU IBU, ANDA PERLU TAHU!
Pesan Mama Siti:
Stres merupakan musuh terbesar mama dalam membesarkan si kecil. Kalau mama ada masalah, luahkan segala masalah mama atau buat aktiviti yang mama suka. Kalau boleh, kongsi pengalaman dengan kawan yang juga tengah menyusukan anak. Boleh dapat nasihat yang positif selain dapat kurangkan tekanan mama.