Risau Mama Siti dengan jerebu yang melanda negara kita ni. Makin lama makin teruk, and sekarang kalau nak keluar pun kena pakai face mask. Ada sesetengah kawasan pula terpaksa diisytihar cuti kerana terlalu tinggi kadar IPU jerebu. Mama dah dengar ke dengan berita kematian bayi berusia 4 bulan akibat asap jerebu di Palembang, Indonesia?
Allahu, terkejut Mama Siti dibuatnya. Bayi yang diberi nama, Elsa Fitaloka meninggal dunia akibat jerebu teruk yang berpunca daripada kebakaran hutan. Menurut laporan Astro Awani, Elsa mengalami jangkitan saluran pernafasan akut (ISPA) ketika sedang menerima rawatan di hospital Rumah Sakit Ar-Rasyid.
Hasil pemeriksaan pakar, ianya berpunca daripada bakteria tapi pihak hospital masih belum dapat sahkan sebab kematian bayi tersebut kerana masih ada pemeriksaan lanjut yang perlu dilakukan oleh doktor .
Ibu mana yang tak sebak bila anak yang lahir sihat dan normal, orang kata tak ada masalah kesihatan langsung, tapi tiba-tiba diserang masalah pernafasan.
Menurut ibubapa Elsa, Elsa mengalami batuk disertai dengan demam dan perutnya sering kembung. Semalam (16/9), kesihatan Elsa merosot dan ibubapanya terus bawa Elsa berjumpa bidan desa sebelum dibawa ke hospital. Namun Tuhan lebih menyayangi, Elsa meninggal dunia pada jam 6.30 petang, hari yang sama.
Agus Darwanto, anggota majlis perbandaran Desa Talang Buluh, Banyuasin melaporkan bahawa 800 keluarga yang tinggal di kampung Desa Talang Buluh dipenuhi asap tebal akibat daripada kebakaran hutan.
“Namun, ketika Elsa mengalami sesak nafas, ia berlaku pada waktu sama asap tebal memenuhi kampung tersebut iaitu pada 11 malam.” kata Agus.
“Memang terasa asapnya. Musim kemarau memang selalu seperti ini, sekarang juga masih terasa. Sama juga di desa lain. Warga lain di sini kita belum tahu ada yang sakit pernafasan juga atau tidak,” ujarnya.
Terpampang kesedihan di sebalik raut wajah Ita Septiana, ibu kepada Elsa. Mata sembap sebab banyak menangis. Mama Siti juga turut rasa simpati terhadap keluarga Elsa Fitaloka. Sekejap saja masa yang mereka boleh spend dengan anak mereka dan perkara macam ni berlaku.
Jenazah Elsa Fitaloka akan dikebumikan di TPU Desa Talang Buluh Kecamatan Talang Kelapa Banyuasin hari ini. Takziah diucapkan pada keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Pesanan buat mama di luar sana, hati-hati dengan asap jerebu. Mama kena ambil inisiatif, pakai kan face mask untuk anak-anak dan kalau anak sakit terus rujuk doktor. JANGAN LENGAH. Bayangkan perkara begini berlaku kat anak kita sendiri, mesti hati pun retak, pecah berderai kan?
Sumber: thereporter
BACA JUGA “DIA BAGI PINJAM CALIPH PON DH CUKUP” ANAK PERGI SELEPAS BATUK SELESEMA
Pesan Mama Siti:
Apa-apa pun mama tak boleh ambil mudah dengan kes jerebu ni. Kalau anak nak keluar bermain, cuba hadkan aktiviti anak di luar rumah. Safety first! Alfatihah untuk adik Elsa Fitaloka.