Uri atau dalam istilah perubatan dipanggil plasenta merupakan organ sementara yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu semasa hamil. Dan bagi umat Islam, uri bayi haruslah dibasuh sehingga suci dan terus ditanam. Tetapi, ada juga yang simpan uri bayi sebagai kegunaan di kemudian hari! Trend katanya…
DAN yang paling Mama Siti terkejut bila ada juga yang menjual uri bayi untuk kecantikan. Mereka menganggap bahawa placenta dapat menegangkan kolagen kulit muka. Hukumnya HARAM ye Mama Papa!
Sebenarnya Mama Siti petik topik ini daripada perkongsian Da’i Izzhar dalam podcast TikTok KelabMama dalam Episod 1 Muslim Newborn. Topik ini sangat sesuai untuk Mama Papa yang bakal menimang cahaya mata, terutamanya cahaya mata pertama. Jadi, Papa take note ya!
Boleh ke Simpan Uri Bayi?
Secara ringkasnya, URI PERLU DI TANAM, dan TIDAK BOLEH DI SIMPAN kerana uri merupakan sesuatu yang kotor (najis). Uri juga merupakan salah satu organ yang merupakan sebahagian daripada anggota badan manusia yang dicipta oleh Allah SWT, dan perlu dijaga penghormatannya. Sebab itu perlu dicuci dan di tanam dengan baik.
Tapi bagaimana untuk Papa yang pertama kalinya kena bersihkan uri – apa yang perlu dilakukan? Ini yang Mama Siti akan kongsikan cara menguruskan uri mengikut perspektif Islam.
Macam Mana Nak Uruskan Uri?
Dalam Islam, pengurusan uri adalah satu aspek yang diambil serius kerana ia berkait rapat dengan kebersihan, penghormatan terhadap tubuh manusia dan kepatuhan kepada ajaran agama.
Papa boleh gunakan tiga pilihan bahan sahaja untuk bersihkan uri tersebut, dan yang pastinya bukanlah dengan menggunakan sabun atau syampu.
Cucian ini hanya untuk hilangkan bau darah dan untuk memastikan ianya bersih supaya tidak dikorek oleh haiwan-haiwan liar apabila selesai di tanam nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Antara bahan yang Papa boleh gunakan adalah garam, limau, dan asam jawa. Kalau Papa nak gunakan ketiga bahan ni sekali gus pun boleh je.
Selepas dah cuci apa nak buat?
Papa boleh cari kain yang bersih untuk balut uri tersebut. Dan untuk lebih rasa secure, masukkan balutan tersebut ke dalam plastik, ikat ketat supaya tidak senang terurai, dan di tanam.
Semasa Papa tengah bersihkan uri tersebut, Papa boleh bacakan selawat atau basmallah. Pastikan Papa tanam di tempat yang sesuai dan galian yang dalam sedikit untuk elak daripada di korek semula oleh haiwan liar.
Selalunya kita akan tanam uri tersebut di sekitar rumah je, tapi bagaimana kalau tinggal di kawasan apartment? Papa boleh cari tempat atau kawasan kubur untuk tanam placenta baby dengan hanya meminta izin daripada penjaga kubur terlebih dahulu.
Tanam Uri Sekali dengan Pensel, Anak Jadi Bijak?
Zaman orang tua-tua dahulu, pasti ada yang pernah diberitahu atau dipesan untuk tanam uri bayi tersebut dengan pensel atau barang-barang lain.
Bagi mereka, pensel dianggap sebagai simbol pendidikan dan kebijaksaan. Jadi, menanam uri dengan pensel bertujuan supaya anak-anak menjadi bijak.
Ini sebenarnya amalan KHURAFAT zaman dahulu ya Mama. Jika dilakukan, ia bercanggah dengan tauhid dan sudah menyerupai amalan syirik. Jadi, sekiranya masih mendapat pesanan sedemikian, Mama Papa janganlah ikut.
Cukup saja di tanam dengan baik serta selamat daripada digonggong dan dimakan oleh haiwan. Tidak perlu untuk Papa mengikuti kepercayaan seperti itu.
Jelaskan dengan terperinci bahawa ia merupakan amalan khurafat. Jika masih ada yang tidak faham, tunjukkan sahaja perkongsian Da’i Izzhar ini:
Tonton, Repost, Follow & Menang e-Wallet Bernilai RM100*!
Oh ye! Mama Siti nak ajak Mama join peraduan KelabMama dan menangi TNG e-wallet yang bernilai RM100*. Peraduan ini akan tamat pada 12 Jun nanti, jadi Mama masih ada peluang untuk join dan jadi pemenang bertuah.
Cara-cara untuk Mama Sertai:
- Follow TikTok KelabMama & Repost SEMUA video Podcast JomJannah Episod 1 (part 1 – part 10).
- Tag kawan-kawan di SEMUA video Podcast Jom Jannah Episod 1 (part 1 – part 10) & ajak kawan-kawan follow TikTok kelab_mama di ruangan komen.
- Jangan lupa hashtags #JomJannahPodcast dan #KelabMama.
Untuk ketahui terma dan syarat peraduan Mama boleh check Instagram KelabMama. Jangan lepaskan peluang Mama! Tag tag je boleh menang tau!
TikTok: kelab_mama
Instagram: kelab_mama
Tips untuk legakan sembelit selepas Mama bersalin? Klik di SINI.