Terdapat pelbagai kaedah yang sering digunakan untuk mengajar anak-anak autisme. Antara terapi yang digunakan termasuklah :
- Terapi Sosial
- Terapi Pertuturan
- Terapi Bermain
- Terapi Fizikal
Dalam konteks pemulihan cara kerja, kanak-kanak Autisme kebiasaannya mempunyai masalah berkaitan tingkah laku dan sosial. Terapi melalui ‘Behaviour Modification’ , terapi kumpulan dan terapi bermain kerap digunakan. Pemulihan Cara Kerja juga menumpukan terhadap aspek:
INTEGRASI SENSORI MOTOR
- Dari sumber National Institute of Child Health and Development (2005), kanak-kanak Autism kebiasaannya melalui proses informasi sensori yang berbeza dari kanak-kanak lain. Pemulihan Cara Kerja berperanan juga untuk memahami bagaimana kanak-kanak Autism bertindak balas terhadap ransangan deria seterusnya akan cuba meminimakan kesan negatif ke atas ransangan deria tersebut.
- Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai sensitiviti terhadap deria sentuhan seperti kapas akan sentiasa mengelak untuk memakai baju atau lain-lain pakaian daripada kapas. Jadi, pemulihan cara kerja akan bertindak untuk meminimakan/mengurangkan sensitiviti tersebut.
Pemulihan cara kerja juga menfokuskan aktiviti kehidupan seharian pesakit seperti penjagaan diri , cara makan ( feeding) , memakan (eating), memakai pakaian (dressing) dan sebagainya.
PEMBINAAN SKILL UMUM
- Jurupulih Pemulihan Cara Kerja juga akan bekerjasama dengan keluarga kanak-kanak Autism serta kanak-kanak tersebut untuk menambah baik keupayaan kanak-kanak tersebut dalam menguruskan kehidupan seharian, bermain dan akademik di sekolah.
- Dalam pemulihan cara kerja, fokus utama adalah terhadap analisis tugasan/aktiviti , pecahan tugasan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan kanak-kanak Autism menyelesaikannya dan memberi didikan kepada orang disekelilingnya (keluarga) tentang bagaimana untuk mengajar anak mereka melakukan tugasan yang telah dipecahkan kepada beberapa bahagian.
- Sebagai contohnya, teknik ‘backward chaining’ boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak Autism berdikari dalam mengenakan pakaian. Teknik ini akan diterangkan oleh jurupulih pemulihan cara kerja kepada keluarga agar mereka dapat melakukannya di rumah.
- Selain itu, terdapat satu lagi terapi yang boleh digunakan iaitu terapi Applied Behaviour Analysis (ABA). Terapi ini telah diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Dr O.Ivar Lovaas yang melakukan kajian sejak tahun 1964. Ia berkembang popular kerana keberkesanannya dalam mengubah tingkahlaku mereka yang mengalami autisme. Terapi ini bertujuan mengurangkan tingkahlaku yang berlebihan atau tidak wajar.
STRATEGI MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
- Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah.
- Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan ( how to takes turn ) walaupun antara dia dan adiknya sahaja di rumah. Gunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakanpandangan mata ( eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
- Alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khas bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat.
- Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.
- Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.
Sumber: Internet / amazing.com / AutismeMY