Kadang-kadang simptom alergi makanan sama dengan keracunan makanan dan ia juga boleh mengelirukan Mama dengan alergi terhadap persekitaran juga.
Lagi-lagi kalau Mama baru nak kenalkan makanan dekat si manja yang akan mula makan makanan pejal atau solid food.
Tanda-tanda Si Kecil Alergi Makanan
1. Melihat Reaksi Kulit Bayi
Alergi makanan boleh menyebabkan ruam kulit biasa seperti kegatalan. Selain itu, reaksi kulit yang biasa pula adalah seperti ekzema, ruam bersisik, dan kegatalan yang boleh menyebabkan kulit bayi mengelupas.
Biasanya Mama akan tengok ada tompok-tompok bengkak warna merah pada kulit, di kawasan mata dan bibir sekiranya bayi mengalami alahan makanan.
Kalau kegatalan semakin banyak di badan bayi, bengkak yang makin ketara, dan keadaan menjadi semakin serius, itu tandanya bayi Mama perlukan rawatan segera!
2. Pantau Saluran Pencernaan dan Perut
Simptom pada perut dan saluran pencernaan seperti muntah dan cirit birit juga merupakan antara tanda yang menunjukkan anak Mama terkena alahan makanan.
Simptom yang biasa terjadi apabila mereka mengalami alahan makanan:
- sakit perut
- muntah
- cirit-birit
3. Pernafasan Anak-anak
Bukan setakat kulit dan sistem pencernaan je Mama, alahan makanan ni pun boleh menjejaskan paru-paru, tekak, dan keupayaan untuk anak Mama bernafas seperti biasa.
- Berdehit (wheezing)
- Batuk
- Hidung berair
- Bengkak di bibir, lidah, mata atau muka
Bengkak saluran pernafasan akan menyebabkan anak-anak mengalami masalah pernafasan akibat batuk yang pendek atau alami masalah menelan. Ini menunjukkan tanda anafilaksi dan perlukan rawatan kecemasan.
4. Lihat Seluruh Badan (Anafilaksis)
Anafilaksis ini suatu tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem organ dan menyebabkan berlaku penurunan tekanan darah. Ia juga merupakan tindak balas alahan yang teruk. Jadi, Mama perlu pantau keadaan mereka,. Jangan biarkan anafilaksis terjadi kepada anak-anak.
Ia biasanya bermula dalam tempoh dua jam selepas makan alergen dan sering terjadi dalam beberapa minit. Ia mungkin melibatkan mana-mana gejala di atas atau kombinasi di atas, dan mana-mana yang berikut:
- Kesukaran bernafas
- Kulit pucat
- Pening
- Pengsan
Jenis-jenis Makanan “Common” Yang Menyebabkan Alergi Pada Si Kecil
- Susu Lembu: Alahan protein susu lembu adalah salah satu alahan yang biasa berlaku kepada bayi. Lagi-lagi bayi yang minum susu formula.
- Kekacang: Alahan kepada kekacang seperti badam, gajus dan walnut.
- Telur: Walaupun telur merupakan protein yang bagus, namun ada juga si kecil yang alergi terhadap telur.
- Soya: Sama seperti susu lembu, si kecil Mama mungkin mengalami alergi susu soya kerana ada susu formula yang berasaskan soya.
- Gandum: Si kecil juga boleh mengalami tindak balas alergi terhadap gandum.
Selain daripada senarai di atas, anak Mama juga mungkin mengalami alergi terhadap makanan seperti berikut:
- Ikan
- Makanan laut
- Buah-buahan tertentu seperti buah pear
- Sayur-sayuran
Kadang-kadang ada anak-anak yang alami alergi makanan kerana genetik dari Mama dan Papa. Jadi, Mama Papa kena alert dengan makanan yang anak makan.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak informasi mengenai kesihatan bayi Mama Papa di SINI.