Seronoknya jika ibu selalu dirumah dan tidak bekerja. Tidak perlu singgah makan makanan kedai. Sarapan di sekolah, tengahari pun makan di sekolah atau taska dan makan malam pun singgah kedai untuk makan. Bosan lah jika hari-hari begini. Ini salah satu rungutan anak-anak jika ibu berkerjaya. Ibu juga berasa terkilan kerana tidak dapat memasak untuk keluarganya kerana kesibukan, keletihan atau tidak mempunyai masa.
- SENARAIKAN MENU HARIAN.
Buat senarai menu untuk seminggu atau 2 minggu kemudian ulangi.tidak salah mencuba menu baru tapi biar menu baru itu anda cuba semasa cutiatau hujung minggu untuk mengelakkan masa banyak terbuang.Anda boleh membuat senarai menu bersama anak-anak dan suami untuk mengetahui menu yang mereka boleh terima atau tidak.
- KE PASAR SEMINGGU ATAU DUA MINGGU SEKALI.
Selepas membuat senarai menu,boleh lah anda senaraikan pula bahan dalam satu kertas dan ke pasar lah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.Ini ,supaya anda dapat membuat perancangan menu yang sudah disediakan awal.Ini menjimatkan masa anda untuk menyediakan makan malam keluarga anda.
- SEGERA SIMPAN SECARA SISTEMATIK DI DALAM PETI SEJUK
Selepas ikan dan sayur dibersihkan,susun mengikut jadual memasak anda.jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.Anda boleh asingkan ikan dan daging dalam plastik mengikut hari dan keperluan sekali makan.Ini boleh memastikan bahan mentah sentiasa segar dan mengelakan pembaziran jika masak lebih.
- MENU BIAR RINGKAS
Jangan lah biasakan diri dan keluarga disajikan 4 ke 5 jenis lauk setiap waktu makan malam.Maksimum 2 hidangan sudah memadai.Paling mudah pilih lauk yang ada kedua-duanya sekali,lauk dan sayur.
- MENU LENGKAP TETAPI RINGKAS
Menu nasi goreng.mi atau bihun goreng,spagheti dan juga hidangan ayam atau daging boleh dijadikan menu lengkap denganmenambah sayur-sayuran di dalamnya.
- SEDIAKAN BAHAN MENUMIS DAN REMPAH LEBIH AWAL.
Ikut jadualmenu yang sudah anda sediakan.Memasak makin mudah apabila bawang merah,bawang putih dan cili sudah sedia dikisar.Anda boleh membuat pes iaitu cili ,bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis.ianya boleh disimpan beku dalam bekas kecil didalam bekas kecil di peti sejuk.
- BIASAKAN DIRI SUPAYA BIJAK MELAKUKAN PELBAGAI KERJA.
Ubah dan biasakan diri untuk bekerja dengan laju.Rancang masa memasak anda.contohnya memasak nasi dan membakar ayam berjalan serentak.Dapur sebelah pula boleh menumis sayur.30 minit atau 40 minit sahaja dan selepas ahli keluarga anda sudah siap mandi,hidangan makan malamsudah tersedia di atas meja makan.
- MEMASAK SAMBIL MEMBASUH
Ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor. Jangan gunakan begitu banyak pealatan memasak sebaliknya guna yang sama. Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan,terus basuh dan guna untuk membasuh sayur.
- DAPUR,SINGKI BERSIH
Pastikan dapur dan singki anda bersih sebelum tidur. Pinggan dan mangkuk dan peralatan memasak pastikan di basuh dan di susun rapi. Latih lah suami dan anak anak supaya ringan tulang membantu anda di dapur kerana anda ibu berkerjaya maka ahli keluarga perlu prihatin dalam bab ini.
- ADA YANG BOLEH DIMASAK AWAL.
Sekiranya menu anda nasi goreng, bolehlah memasak nasi awal sebelum anda pergi kerja. Petang balik dari kerja anda boleh terus memasak. Apatah lagi ayam dan sayur sudah sedia di potong dan tersedia dalam peti sejuk.
- GANTIKAN NASI
Latih keluarga anda supaya tidak cerewat jika hidangan waktu makan malam tidak berasaskan nasi. Boleh selang selikan dengan mi atau bihun. Mereka harus di latih tanpa tambahan nasi pun masih boleh kenyang.