Tatkala anak mulai mengorak langkah tak kiralah merangkak ataupun berjalan, pastinya situasi ini sedikit sebanyak memberikan kebimbangan dikalangan ibu bapa.
Dalam keghairahan melayani keletah si kecil yang kian aktif membesar, cabaran untuk melindungi keselamatan mereka juga perlulah ditingkatkan.
Seperti pengalaman Mama Siti menghadapi kerenah anak lelaki yang sedikit lasak, sebagai ibu baharu ketika itu, semua benda dirasakan sukar.
Nak faham kehendak anak, nak elak dia daripada menganggu kerja rumah yang kita sedang lakukan. Pendek kata, fasa anak mulai merangkak, berpaut hingga berjalan terasa mencabar sampai tak menang tangan nak layan.
Sebelum ni, Mama Siti abaikan pemasangan barang-barang keselamatan di rumah kerana menganggap tak tentu ianya sesuai atau berguna. Rupa-rupanya, bila tak dipasang, banyak pula cawan dah pecah, tubuh si kecil berdarah terluka.
Justeru, ada sebenarnya beberapa barangan keselamatan yang Mama dah perlu berikan perhatian untuk dipasang meskipun si kecil ketika itu belum mula fasa meneroka lagi. Jom tengok senarai di bawah!
1. Child Safety Lock
Bagi mereka yang dah bergelar ibu, Mama Siti yakin ini antara barangan keselamatan wajib yang pastinya ada di setiap kediaman.
Walaupun terpaksa dikorbankan barangan perabot yang nilainya mungkin mahal, namun demi keselamatan si kecil, terpaksa juga dipasang safety lock ni kan?
Mama Siti juga pada peringkat awal rasa berat hati nak gunakan alatan keselamatan ni meskipun si kecil dah mulai meneroka segala drawer di rumah. Ini sebab rasa sayang pula apabila perabot yang dibeli mengikut tema design rumah namun sedikit terganggu dengan kewujudan child lock safety ni.
Dalam masa sama, kita fikir fasa ni juga tak lama. So, Mama Siti decide untuk biarkan dulu sampai anak boring. Rupanya sangkaan Mama Siti salah kerana sejak usianya tujuh bulan malah sehingga kini dah lebih usia dua tahun pun, anak paling gemar buka drawer.
Dan ini merupakan salah satu sebab Mama Siti decide untuk pasang je meskipun rekaan perabot terganggu. Namun, demi keselamatannya selepas insiden beberapa biji cawan pecah, Mama Siti pun akur. Dan sebenarnya ia satu kelegaan atau terasa seperti, sebahagian beban di kepala hilang apabila anak dah tak boleh bermain laci dan wardrobe di rumah.
2. Corner Guards
Selain daripada chid lock, ini juga antara yang wajib dipasang di kediaman Mama dan Papa tau. Corner guards ni berfungsi melindungi bucu perabot yang tajam bagi mengelakkan tubuh anak cedera.
Bila anak mulai berpaut untuk berdiri, masa ni lah alatan keselamatan ini sangat diperlukan. Kulit si manja dah lah halus dan lembut, kasihan jika mereka terlanggar bucu sampai berdarah.
Corner guards ada pelbagai jenis sama ada silicon, getah, malah ada juga yang dibuat daripada sponge lembut dibaluti lapisan selamat. Jadi bila terlanggar, bayi langsung tak cedera.
3. Baby Gate
Baby gate bagi tujuan menghalang anak ke sesuatu tempat. Kebanyakan ibu bapa memasang alat keselamatan ni di kawasan dapur.
Masakan tidak, dapur kan banyak tempat bahaya. Risiko tercucuk benda tajam, tergelincir sebab air yang menitik basah, longgokan plastik sampah dan macam-macam lagi.
Jadi, Mama dan Papa rasa penting tak pemasangan baby gate ni?
4. Switch Safety Cover
Yang ini pun bahaya tau lebih-lebih lagi kalau kedudukan suis tu rendah macam rumah Mama Siti.
Senario ini perlu diberi perhatian saat anak mulai pandai merangkak. Masa tu habis seluruh rumah ‘dipantau’ si kecil termasuklah aktivtiti menekan button suis.
Walau dihalang macam mana pun, aktiviti ni juga yang mereka suka lakukan dan tak akan boring walaupun dah buat benda sama untuk berapa bulan.
Pendek kata, aktiviti main petik suis ni memang kegemaran golongan bayi. Anak Mama Siti dah berusia lebih dua tahun pun masih pantang nampak suis. Padahal Mama Siti dah belikan mainan busy board yang sama function suis.
Yang paling dibimbangi adalah jika si kecil masukkan apa-apa alatan ke dalam plug kemudian tekan on switch. Bukankah ia sangat bahaya?
Jadi, alatan keselamatan yang satu ni juga Mama dan Papa harus sediakan supaya melindungi keselamatan si kecil.
Bagi golongan Mama yang sangat menitikberatkan design dan tema rumah, carilah alatan keselamatan yang sesuai dan tidak menganggu rekaan rumah. Safety tools for baby sekarang banyak sangat jenis, bentuk dan warna.
Malah, design juga cantik dan tetap mengekalkan ciri-ciri kediaman yang Mama inginkan. Walau macam mana pun tatarias kediaman Mama nak kekalkan, ingat, jangan sesekali abaikan tahap keselamatan kediaman anda demi si kecil.
Jangan dah terhanduk baru nak tergadah. Semoga bermanfaat Mama dan Papa!
Untuk pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI tau!