Insiden si kecil terkena objek panas bukanlah isu remeh. Malah jika ditanya, Mama Siti percaya pasti ramai para ibu bapa pernah berhadapan situasi apabila bayi mereka hampir melecur gara-gara terkena objek panas.
Bukan setakat panik kerana raungan si kecil yang tak henti-henti, namun khuatir akan kecederaan kulit si kecil yang masih lembut dan sangat halus.
Kalau golongan dewasa terkena benda panas pun boleh melecur atau gelembung, apatah lagi kulit bayi yang masih sensitif kan?
“Saya biasa dengar petua kalau melecur sapu kicap atau colgate untuk sejukkan kulit tadi.”
Awas Mama, kaedah menyapu benda-benda yang tidak disahkan selamat sebenarnya dibimbangi lebih parah.
Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, menyapukan pelbagai benda asing pada kulit seperti ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.
Melecur pada kulit di bahagikan kepada tiga tahap iaitu:
- Tahap 1: Lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.
- Tahap 2: Lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.
- Tahap 3: Lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.
Cara Mudah & Pantas Elak Lecuran Jadi Gelembung
Pengalaman Mama Siti turut tak terkecuali apabila anak berusia tujuh bulan tanpa disedari tersentuh iron yang masih panas.
Walhal, iron board dah adjust agak tinggi dan sukar si kecil capai. Namun, bak kata orang tua, kebolehan si kecil jangan pernah diduga.
Sedang Mama Siti gantung baju yang dah siap iron sementara si kecil main di atas lantai berdekatan iron board, tiba-tiba Mama Siti dengar tangisan agak kuat. Dan apabila berpaling, si kecil diam semula dan semula bermain di tempat sama.
Mama Siti mulanya sangsi apa yang menyebabkan anak menangis sebab tak nampak tanda-tanda dia jatuh. Terpegang iron macam mustahil sebab peralatan elekrtik tu tinggi daripada kepalanya. Lagi pula pada usia tujuh bulan, mustahil bayi boleh berdiri dengan tangan ke atas.
Meskipun alatan elektrik tu dah swich off, namun haba panas masih tinggi. Mama Siti maklumkan suami tentang situasi tadi dan naluri agak kuat merasakan bayi terkena iron. Suami periksa tubuh si kecil langsung tak temui tanda mencurigakan.
Kemudian pada esok harinya, kami perasan anak mudah menangis tapi tak pasti apa penyebabnya. Dia menangis sekejap jerr seolah tempat yang berasa sakit terganggu.
Hinggalah keesokan harinya lagi suami nak potong kuku si kecil dan ketika di belek celahan jari-jemarinya, suami maklumkan jari manis anak yang diapit dengan jari tengah nampak luka dan sedikit berair.
Lukanya memang seperti orang yang terkena benda panas, jadi kelihatan merah dan berair. Kemungkinan ada sedikit gelembung melecur dan itulah yang pecah.
Kami terus teringat insiden iron semalam. Mama Siti rasa anak cuba sentuh ketika berdiri dan berpaut pada kaki iron board. Malah, garis lecuran di jarinya juga sama dengan bentuk iron.
Siapa sangka si kecil yang masih berusia tujuh bulan boleh capai benda yang tinggi daripada kepalanya. Kesilapan itu membuatkan Mama Siti lebih alert supaya sentiasa letakkan peralatan merbahaya di tempat benar-benar selamat kerana adakalanya kita terlepas pandang dengan tahap penguasaan anak yang baru berkembang.
Selang dua minggu kemudian, anak Mama Siti terkena pula percikan minyak panas apabila ketika Mama Siti mencuci tangannya di sinki. Letupan minyak agak besar kerana Mama Siti juga terkena sama tempiasnya.
Tanpa berfikir panjang, dalam kepala hanya mahu haba panas tadi hilang bagi mengelakkan kecederaan di tangan anak lebih teruk seperti yang berlaku sebelum ni, jadi ini yang Mama Siti segera lakukan!
1. Basuh tangan yang terkena minyak dengan air paip
Hanya lalukan jerr air paip, jangan gosok atau usap kerana dibimbangi kulit tadi melepuh. Tak perlu lama kerana ini bertujuan menurunkan suhu panas yang terkena pada kulit.
Basuh untuk lima ke 10 saat dah memadai.
2. Sentuh benda sejuk
Lepas settled step pertama, Mama Siti segera sentuhkan tanga anak yang terkena minya panas tadi dengan benda sejuk pula.
Kalau ada ice cube, terus ambil dan letak di atas kulit tersebut. Biarkan kesejukan meresap. Kalau tak ada ice cube?
Jangan risau. Bila Mama bukak je freezer, permukaan atau rak freezer semuanya dalam keadaan sejukkan? Terus sahaja letak tangan atau tubuh yang terkena tadi pada apa-apa benda selamat dan sejuk.
Berbalik kepada kisah anak Mama Siti, Alhamdulillah, redness yang kelihatan tadi beransur pudar bila Mama Siti sejukkan tangannya.
Berapa lama nak letak? Tak lama pun. Mama boleh tuam dengan benda sejuk dalam lima saat kemudian stop kejap. Lepas tu, tuam lagi dan ulangi untuk beberapa kali sampai tengok kelecuran berkurangan.
Konsep ini hanya bertujuan menghentikan suhu panas daripada terus meresap dan berisiko mencederakan anak. Kalau melecur sampai melepuh lagi bahaya kan?
3. Segera jumpa doktor
Bagaimanapun, jangan abaikan rawatan daripada doktor. Masa lakukan proses nombor dua tadi, perhatikan jika kecederaannya semakin baik atau agak teruk. Sekiranya ada tanda melecur seakan melepuh atau gelembung, segera jumpa doktor yerr.
First and second steps hanya bertujuan mengelakkan kerengsaan akibat panas melampau yang terkena pada kulit tadi.
Ia bukan menjamin untuk selamat apatah sembuh daripada kelecuran. Risiko cedera tetap ada dan Mama periksa keadaan anak sebaik terkena benda panas tadi.
“Kalau begitu, tak payah buat steps 1 dan 2 pun takpe lah sebab kena jumpa doktor juga.” Bukan macam tu Mama. Haba panas jika tidak dihentikan, ia boleh mencederakan lebih dalam lagi permukaan kulit.
Justeru, ini adalah steps ringkas dan mudah untuk dilakukan sementara doktor melakukan pemeriksaan dan menilai tahap kecederaan si kecil.
Semoga bermanfaat ya Mama dan Papa!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama ada persoalan dan kekeliruan tentang kesihatan anda dan si manja? Jangan risau, klik di SINI untuk dapatkan pelbagai info dan tips yang bermanfaat hanya daripada KelabMama!