Kita perlu cari jalan untuk mengatasi anak yang pemalu. Kalau dibiarkan, mereka akan menghadapi masalah bersosial hingga dewasa nanti.
Banyak peluang dirugikan hanya sebab anak kita tak berani. Jadi, sebagai ibu bapa yang berfungsi, kita mesti bantu anak mengatasi rasa malu itu.
Berikut Mama Siti kongsikan 8 tips mengatasi anak pemalu agar jadi lebih berani.
8 Tips Mengatasi Anak Pemalu
#1 Persediaan Rapi
Satu cara untuk mengatasi anak pemalu adalah dengan memperkenalkan persekitaran yang bakal mereka hadapi nanti. Dalam masa yang sama, bantu anak membuat persediaan.
Sebagai contoh, ketika Mama bawa anak ke majlis keluarga. Mula-mula, beritahu anak Mama tentang pertemuan itu kemudian beritahu mereka siapa yang akan mereka temui di sana supaya mereka boleh lebih bersedia.
#2 Kenal Pasti Apa Yang Buat Mereka Malu
Cara mengatasi anak pemalu yang seterusnya adalah dengan mengajaknya berbincang.
Ajak anak berkongsi tentang masalahnya dan tanyakan apa yang membuatnya berasa malu. Lama-kelamaan cara ini dapat memberikan keberanian untuk mula berkomunikasi dengan orang lain.
#3 Beritahu Akan Ada Orang Yang Anak Kenal
Selain itu, Mama juga boleh memberitahu anak bahawa dia akan bertemu dengan teman-teman yang sudah dikenalinya di sekolah.
Hal ini dapat menjadikan mereka lebih berani dan percaya diri kerana dia tidak akan berasa sendirian.
Kalau memang tak ada orang yang anak kenal, Mama pujuk anak-anak dengan berkata;
“Nanti lama-lama, mesti kawan-kawan baru tu pun akan jadi kawan abang, kan?”
#4 Jangan Bandingkan Anak-anak
Mama mungkin ada keinginan untuk membandingkan anak yang pemalu dengan adik-beradik atau sepupunya.
Walaupun itu bertujuan untuk memotivasi anak agar lebih berani, hal ini sebenarnya tidaklah baik untuk perkembangan mental anak.
Membandingkan anak yang pemalu dengan anak lain sebenarnya hanya membuat mereka berasa rendah diri.
#5 Jangan Label Anak Penakut
Elakkan dari memberikan label “pemalu” pada anak Mama. Memberi label kepada anak hanya akan membuatnya berasa ada yang salah dengan dirinya.
Kalau ada orang kata anak Mama pemalu, boleh beri respon seperti “Dia hanya perlu sedikit waktu untuk beradaptasi. Tak lama lagi, dia akan main dengan kawan-kawan.”
Ucapan ini akan membuat anak Mama berasa difahami dan mendorongnya untuk menyesuaikan diri dengan situasi.
#6 Berlatih di Rumah
Anak pemalu boleh berlatih dengan melakukan aktiviti seperti show-and-tell.
Kemudian, minta mereka mempersembahkan sesuatu di depan Mama dan Papa di rumah. Melalui permainan ini, anak dapat berasa lebih selesa dan percaya diri ketika melakukan pembentangan di sekolah.
Selain itu, Mama juga dapat membantu anak dalam menentukan topik perbualan. Anak yang pemalu memang susah nak mulakan perbualan dengan orang lain.
Oleh karena itu, Mama bisa mengajak anak untuk membahas tiga atau empat hal yang mereka suka sebagai topik awal ketika bersembang dengan kawan baru mereka.
#7 Berikan Contoh Secara Langsung
Memberi contoh langsung kepada anak-anak yang pemalu boleh menjadi cara paling berkesan untuk terapkan mereka rasa yakin.
Kanak-kanak cenderung belajar daripada apa yang mereka lihat.
Sebagai ibu dan bapa, kita tunjuk sikap mesra dengan orang yang Mama kenali atau memberi salam kepada jiran apabila terserempak dengan mereka.
#8 Beri Pujian
Jika anak Mama berani untuk bertanya khabar atau bercakap dengan seseorang, zahirkan pujian dan penghargaan kepadanya.
Katakan kepada mereka “Mama gembira bila abang tegur kawan baru tadi.” Dengan kata-kata seperti itu pun boleh beri keberanian kepada kanak-kanak.
Salah satu dari tanggungjawab kita ialah memastikan anak menjadi versi terbaik dari diri mereka. Salah satunya adalah dengan bantu anak mengatasi rasa malu.
Diharap 8 tips mengatasi anak pemalu ini membantu Mama mendidik anak yang berani dan pandai bersosial.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan tips keibubapaan untuk menambahkan ilmu Mama Papa di SINI.