Tomato mengandungi beberapa elemen penting yang membekalkan khasiat yang baik kepada tubuh badan.
Bahan kandungan seperti likopena, beta-karotena, naringenin dan asid klorogenik adalah antara sebatian utama yang memainkan peranan penting dalam terhadap kesihatan seseorang.
Mama Siti kongsikan 10 khasiat tomato dari aspek luaran hingga dalaman.
10 Khasiat Tomato Kepada Kesihatan Kita
#1 Menyejukkan Kulit
Potong dan kisar tomato dan bersama-sama dengan dua sudu besar yogurt. Kemudian, oleskan bahan kisaran itu ke kulit wajah dan biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.
Khasiat gabungan tomato dan yogurt ialah ia mampu mengurangkan kerengsaan kulit dan kesan kulit terbakar kerana sinaran matahari.
Yogurt menjadikan kulit lebih lembut manakala pula tomato membantu mengimbangi suhu permukaan.
#2 Khasiat Untuk Pesakit Kencing Manis
Kandungan karbohidrat yang sangat rendah menjadikannya sesuai untuk pesakit kencing manis.
Tomato dianggap sangat berkesan dalam mengawal jumlah gula dalam merawat penyakit diabetes.
#3 Baik Untuk Obesiti
Penggunaan produk tomato sangat berfaedah dalam rawatan obesiti. Makan satu hingga dua biji tomato yang telah ranum ketika sarapan pagi.
Kalau Mama nak makan sebelum sarapan pun boleh tau!
Tomato dianggap sebagai salah satu cara menurunkan berat badan dengan selamat. Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien yang penting untuk mengekalkan kesihatan seseorang.
#4 Kurangkan Mual Ibu Hamil
Larutkan secubit garam dan lada sulah dalam segelas jus tomato dan minum pada awal pagi.
Inilah cara bagaimana untuk mengurangkan rasa mual kepada ibu hamil.
Dalam masa yang sama, campuran jus lemon ini juga boleh meningkatkan penghadaman, angin dalam usus serta masalah sembelit.
Ia juga berkesan untuk gangguan penghadaman, kembung perut, dan sembelit.
#5 Kurangkan Migrain
Migrain adalah keadaan yang menjejaskan sistem saraf badan seseorang. Migrain juga sering digambarkan sebagai sakit teruk di kepala yang pernah dirasai seseorang.
Salah satu bahan utama untuk merawat serangan migrain ialah riboflavin yang merupakan salah satu kandungan dalam tomato.
Migrain boleh menyebabkan pelbagai gejala, termasuk loya, muntah, kebas, dan kesukaran bercakap.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih perlu dilakukan untuk menentukan kadar yang perlu diambil dan mengenal pasti sekiranya terdapat kesan sampingan.
#6 Untuk Imunisasi
Imunisasi ialah keupayaan tubuh badan melawan bakteria, bahan kimia dan bahan asing lain yang membahayakan seseorang.
Sistem imun yang kuat dan sihat sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.
Likopena yang wujud dalam tomato bertindak sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.
Oleh kerana itulah, makan tomato dianggap berkhasiat kerana ia berikan kesan positif terhadap sistem imun badan.
Nota: Radikal bebas berisiko merosakkan sistem imun badan.
#7 Kesihatan Mulut
Kesihatan mulut amat penting bagi memastikan bahan dan nutrien daripada makanan diproses dengan baik.
Penyelidikan makmal menunjukkan bahawa likopena dalam tomato boleh mencegah penyakit periodontal seperti periodontitis dan gingivitis di samping boleh mencegah kanser.
Walau bagaimanapun, makan tomato mentah dalam kuantiti banyak boleh merosakkan enamel gigi iaitu menjadikan lapisan gigi menjadi nipis.
Jadi, cuba makan tomato telah dimasak dengan baik atau pastikan makan tomato mentah dalam kuantiti yang sedikit.
#8 Kesihatan Mata
Semakin meningkat usia, tahap kesihatan dan prestasi fizikal seseorang individu akan semakin merosot. Manakala organ yang terpengaruh ialah mata.
Tomato kaya dengan likopena, lutein dan beta-karotena yang merupakan antioksidan yang sangat berkesan yang membantu melindungi mata penyakit berkaitan mata.
Contohnya, katarak, kerosakan mata akibat cahaya dan juga kemerosotan makula disebabkan penambahan usia (age-related macular degeneration).
#9 Mencegah Kanser
Kanser berkembang daripada pertumbuhan sel yang tidak normal yang merebak dan merosakkan sel-sel lain dalam badan.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kanser iaitu diet yang tidak sihat, pendedahan radikal bebas dan ahli keluarga yang ada sejarah genetik kanser.
Tomato berpotensi menjadi tumbuhan yang mempu melawan kanser seperti kanser prostat, kanser perut dan kanser paru-paru.
Kandungan likopena yang tinggi dalam tomato dianggap sebagai faktor penting dalam pencegahan kanser paru-paru.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang keberkesanan tomato dalam rawatan kanser.
#10 Kesihatan Jantung
Fungsi jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh seseorang dari awal kehidupan manusia kandungan hinggalah nafas terakhir.
Jantung yang sihat adalah kunci kepada kelancaran urusan manusia hidup. Kalau Mama tak tahu, masih ramai yang menunggu untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ada juga yang tak sempat dapatkan rawatan dan akhirnya meninggal dunia.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa paras likopena dan beta-karotena yang rendah dalam darah mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Selain itu, sifat antioksidan dalam tomato juga berfungsi melindungi badan daripada radikal bebas sekaligus memastikan kesihatan jantung yang optimum.
Sifat anti-radang dalam tomato sekaligus memelihara saluran darah dan menghalangnya daripada tersumbat.
Kalau sebelum ini, Mama tak makan tomato mulai hari ini boleh tambahkan sedikit demi sedikit tomato dalam hidangan setiap hari.
Mudah-mudahan, usaha kita tambahkan tomato dalam diet seiring dengan senaman dan pemakanan lain.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan info mengenai khasiat sumber pemakanan yang lain di SINI.