Peralihan monsun terutamanya di Malaysia menyebabkan cuaca tidak menentu menjadi panas dan kering sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, dengan keadaan cuaca yang begitu panas ini yang disertai dengan pelbagai aktiviti luar boleh menimbulkan kesan negatif pada kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak. Oleh kerana tubuh kanak-kanak lebih kecil berbanding orang dewasa, maka mereka lebih mudah mengalami dehidrasi. Selain cuaca panas, cirit-birit, demam dan muntah-muntah juga menjadi punca si kecil dehidrasi.
Sekiranya suhu tubuh meningkat hingga ke tahap kepanasan yang tinggi, ia boleh menjejaskan fungsi badan sekaligus kehilangan nyawa. Ini bukan perkara untuk menakutkan anda sebagai ibu, tetapi adalah fakta! Oleh itu, pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah penting kerana organ utama dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang dan sebagainya dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.
BERAPA SUKATAN AIR ANAK SAYA PERLU MINUM SETIAP HARI?
Sebagai ibu bapa, anda seharusnya peka berapa banyak air yang anak anda ambil setiap hari untuk memastikan air cukup dalam tubuhnya agar mengelak dehidrasi. Ini sukatan air yang disarankan untuk anak anda minum mengikut umur. Jika mereka aktif dan perlu berada di luar rumah untuk pelbagai aktiviti, mereka memerlukan air yang lebih dari kebiasaan. Anggaran 1 gelas bersamaan 250ml:
- Umur 1 hingga 2 tahun : 1 hingga 3 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 4 hingga 6 gelas cecair daripada makanan dan minuman)
- Umur 3 hingga 6 tahun : 3 hingga 5 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 5 hingga 7 gelas cecair daripada makanan dan minuman)
- Umur 7 hingga 12 tahun : 6 hingga 8 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 7 hingga 9 gelas cecair daripada makanan dan minuman)
- Umur 13 hingga 18 tahun : 8 hingga 10 gelas air sehari (dengan jumlah pengambilan 9 hingga 12 gelas cecair daripada makanan dan minuman)
INI TIP UNTUK GALAKKAN SI MANJA GEMAR MINUM AIR!
- Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas dan kanak-kanak kecil yang belum boleh beritahu anda jika mereka haus, berikan mereka air setiap kali anda minum air, mungkin sejam sekali.
- Anda boleh juga sediakan botol air dan letakkannya di tempat yang boleh si kecil anda capai dan minum sekiranya dia rasa dahaga.
- Jangan lupa beri anak minum air setiap kali dia terjaga dari tidur atau terjaga sebentar pada waktu malam.
- Bawa bekas air setiap kali anda ingin keluar rumah bersama si kecil. Bekalkan air jika mereka ke sekolah atau taska.
- Hiasi gelas atau cawan dengan penyedut minuman yang comel dan pelbagai warna. Pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk minum air dengan kerap. Lebih menarik jika mereka mempunyai bekas minuman atau cawan kegemaran sendiri.
IBU BIJAK SENTIASA MEMILIH AIR KELUARAN SPRITZER
Menghidangkan air jenama Spritzer kepada keluarga adalah pilihan tepat dan bijak. Ini adalah cara lebih jimat dan cepat untuk menikmati air semula jadi yang bersih dan mengandungi pelbagai mineral berkhasiat. Untuk mengelakkan si kecil anda dehidrasi pada cuaca panas, anda boleh memiliki Spritzer Dispenser di rumah dengan pilihan botol 6 liter atau 9.5 liter agar anak sentiasa mendapat keperluan air dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Tempatkan Spritzer Dispenser ini dimana sahaja sudut dalam rumah samada di dapur, ruang makan bahkan di bilik tidur sekalipun agar memberi kesenangan kepada anak anda untuk minum air dengan kerap. Untuk pembelian dan penghantaran produk Spritzer terus dihadapan pintu rumah anda, muat turun aplikasi terbaru Spritzer sekarang melalui Apple Store dan Play Store.
Spritzer Online by Spritzer (Apple Store): itunes.apple.com/my/app/spritzer
Spritzer Online by Spritzer (Play Store): play.google.com/store/apps/spritzer
Promosi Istimewa:
Beli 6 karton 9.5L Air Mineral Semulajadi Spritzer, PERCUMA 1 karton 600ml Air Mineral Semulajadi Spritzer. Promosi pembelian sah melalui aplikasi Spritzer. Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat lanjut mengenai produk Spritzer layari www.spritzer.com.my