Mama Siti paling suka kalau masak lala atau retak seribu sebab kebanyakkan resepinya mudah nak masak. Paling ‘best’ masak lala sos tiram ni tak ambil masa banyak pun.
Jom tengok macam mana cara buat resepi lala masak sos tiram ni.
Resepi Lala Masak Sos Tiram
Resepi oleh: Norzila Saim
Bahan-bahan
- Lala
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Cili hijau
- Cili merah
- Serai
- Sos tiram
- Kicap pekat
- Air
- Garam
- Gula
Cara-cara
#1 Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia bersama-sama.
Selepas itu, tumis semua bahan-bahan itu dalam minyak panas dengan serai yang telah diketuk hingga bahan-bahan menjadi kekuningan.
#2 Masukkan lala yang telah dicuci bersih. Pastikan lumpur dan pasir sudah betul-betul hilang semua dimasukkan ke dalam masakan.
Biarkan sehingga lala separuh terbuka.
#3 Setelah itu, masukkan sos tiram, kicap dan garam sesuai citarasa masing-masing.
#4 Kacau semua bahan tumisan dan lala supaya rasanya menyatu. Kemudian, masukkan cili hijau dan cili merah sebagai penyeri hidangan.
Tips Menyediakan Resepi Lala Masak Sos Tiram
- Lala juga boleh digantikan dengan retak seribu kerana cengkerang retak seribu lebih tebal berbanding lala.
- Resepi ini lebih enak jika menggunakan lala yang segar dan masih baru.
Lala masak sos tiram salah satu ‘go to’ resepi yang Mama Siti akan masak sebab mudah dan tak ambil masa. Selain itu, Mama Siti pun suka masak ikan siakap kukus ala Thai untuk hidangan keluarga disebabkan bahan-bahannya yang mudah didapati.
Jom cuba pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!