Apa yang Mama dan Papa faham tentang houskeeping service? Ya, perkhidmatan membersihkan kediaman.
Tak kiralah ia dikendalikan oleh syarikat berdaftar atau individu, namun jika job ditawarkan adalah untuk mengemas rumah, melipat kain, mencuci pinggan mangkuk dan macam-macam lagi, ia tergolong dalam housekeeping service.
Berbeza dengan pembantu rumah yang diupah untuk bekerja di kediaman kita dalam jangka masa panjang. Namun, housekeeping service adalah perkhidmatan pembersihan jerr untuk satu hari.
Mama Siti percaya, di zaman serba cepat ini, ramai pasangan suami isteri mulai selesa menggunakan perkhidmatan berkenaan. Tak perlu susah-susah nak kemas, upah jerr orang pada hari tu, terus sedap mata memandang kan?
Persoalannya, adakah berbaloi mendapatkan khidmat tukang cuci rumah atau lebih baik ia dilakukan sendiri?
Nak tahu lanjut, jom baca entry kali ini untuk ketahui kos perkhidmatan housekeeping?
#Manfaat & Risiko Menggunakan Housekeeping Service
Kalau nak tahu berbaloi atau tak menggunakan perkhidmatan cuci rumah ni, ia terpulang kepada empunya diri.
Ada antara mereka menjadikan hobi mengemas rumah sebagai terapi. Bila lihat rumah bersih dan cantik hasil daripada usaha dan tenaganya, ia memberikan satu kepuasan kepada individu berkenaan.
Dah tu, perlu ke pakai khidmat pencuci rumah? Rasanya tak perlulah kan. Tapi berbeza bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerja, menguruskan anak-anak, siapkan makanan keluarga dan macam-macam lagi.
Pendek kata tak menang tangan nak siapkan semua house chores tu setiap hari. Kalau yang ni Mama Siti percaya, pakaian dah dibasuh makan masa bertahun nak lipat kan? Hehe!
“Tapi kan ada hari cuti. Biasanya orang settlekan kerja rumah hari tu”
Bak kata Mama Siti tadi, tepuk dada tanya selera. Jika rasa hari cuti memang berhasrat nak release tension dan layan anak-anak, tak salah pun gunakan khidmat housekeeping jerr.
Berikut adalah beberapa khidmat yang ditawarkan:
- Vakum.
- Mengemop lantai.
- Membuang sampah.
- Membersihkan habuk.
- Membersihkan permukaan perkakas dapur, kaunter dan kabinet dapur.
- Membersihkan tombol pintu dan lekapan cahaya.
- Membersihkan tandas, sinki, tab mandi dan/atau pancuran mandi.
- Membersihkan tingkap.
Ada yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti membersihkan dan menukar kain linen, pembersihan tilam, menggosok pakaian, membersihkan pinggan mangkuk, khidmat dobi dan pembasmian kuman yang lazimnya dikenakan bayaran tambahan.
Untuk perkhidmatan pembersihan yang lebih menyeluruh, minta sebut harga daripada syarikat pembersihan tersebut.
Jom tengok kelebihan dan risiko yang mungkin anda hadapi sekiranya menggunakan service pembersihan ini:
1. Jimat tenaga
Ini paling best Mama! Rata-rata kalau ditanya mengapa individu berkenaan memilih perkhidmatan cuci rumah, inilah sebabnya.
Bukan malas, namun lebih pada mahu mengurangkan keletihan. Hari cuti pula mungkin dirasakan sebagai masa untuk berehat dan santai-santai jerr.
Bagi wanita yang bekerja, mengemas rumah bukan sekejap sebab ia adalah aktiviti yang tak dilakukan selama lima hari. Jadi, weekend terasa banyak list to-do untuk kerja-kerja membersih.
Pakaian yang sudah dicuci namun tak berlipat pasti setinggi gunung. Dapur pula mungkin agak melekit sebab tak sempat mop. Kalau tumpah minyak atau makanan pun, Mama sempat lap bahagian tu jer dan selalunya kemas rumah sempat vacuum atau sapu.
Tapi mengemop mungkin jarang dilakukan kerana kekangan masa. Makanya, hujung minggu nak mengemop dirasakan banyak sangat tempat yang perlu diberikan perhatian.
Jadi, daripada penat dan tak sempat nak recharge energy, maka housekeeping service jerr lah jawapannya kan Mama?
2. Rumah dibersihkan dengan teliti
Mengemas rumah harian selalunya dianggap sebagai suatu beban. Maka, kita sering tergesa-gesa melakukannya sekaligus menyebabkan kotoran tidak dibuang dengan betul.
Masa berjam-jam yang diambil oleh Mama untuk membersihkan tandas mungkin boleh dilakukan oleh pembersih profesional dalam tempoh kurang daripada setengah jam.
Pembersih profesional ini jugatidak akan tergesa-gesa dalam tugasan mereka. Jika mereka gopoh, Mama boleh complain kan tanpa rasa bersalah kan?
3. Prosedur pembersihan yang betul
Dengan begitu banyak permukaan dan material berbeza di rumah, Mama tak boleh hanya menggunakan baking soda dan cuka untuk membersihkan semua kotoran.
Jika tersilap guna bahan pembersihan, permukaan barang tadi akan rosak. Namun, tukang cuci rumah berpengalaman mempunyai ilmu dan kaedah untuk membersihkan rumah dengan cara yang betul dan selamat.
4. Rumah bebas daripada kulat
Bukan setakat sedap mata memandang, bersih dan wangi, namun mendapatkan khidmat housekeeping juga membantu untuk rumah Mama dibersihkan daripada kotoran degil.
Kadang-kala, kita mengemas hanya sempat vacuum dan mop semata-mata, lepas tu nak cuci pakaian kotor, nak bersihkan dapur, jadi kita tak sempat nak cuci toilet atau dinding yang ada kulat dan sebagainya.
Kalau hari-hari duduk di rumah memasak dan ada sampah di rumah, dinding rumah pasti tak akan terkecuali daripada kehadiran kulat, lumut tak pun sawang labah-labah.
Ini antara kotoran yang memang biasanya ada di rumah cuma banyak atau sikit jerr. Nah, siapa agaknya larat nak membersihkan kotoran mencabar ni kan?
Jadi, ni lah masanya untuk gunakan khidmat housekeeping
5. Memudahkan urusan Mama & Papa
Bila ada assistance, Mama dan Papa boleh manfaatkan masa keluarga bersama. Anda boleh gunakan masa yang berharga untuk sajikan hidangan menarik untuk family.
Ajak anak-anak baking sama-sama atau inilah masanya nak tonton rancangan keluarga yang menarik sambil order makanan daripada restoran.
Boleh merapatkan bonding family.
6. Harga berpatutan
Kalau ditanya harga yang ditawarkan oleh housekeeping service, bagi Mama Siti ia sangatlah berbaloi.
Mungkin tak terlalu murah, tapi hasil yang anda dapat sesuai dengan harga yang dibayar tau.
7. Risiko kerosakan/kehilangan barang
Jika menggunakan khidmat individu luar untuk menyentuh segala peralatan milik family Mama, Mama dan Papa juga perlu sedar dengan risiko kehilangan atau kecurian yang mungkin berlaku.
Bukan nak menuduh pekerja pembersihan tak jujur, tapi apa yang dibimbangi adalah kalau sebenarnya Mama terlupa letak barang kemas di mana, kebetulan tukang cuci datan membersihkan rumah, boleh mendatangkan salah faham.
Sebaiknya bagi mengelakkan hal ini berlaku, Mama pantau dengan kamera atau sentiasa fokus dan ingat barang-barang berharga keluarga anda yang telah pindahkan tempatnya.
8. Hasil kerja mungkin tak memuaskan
Setiap orang ada taste masing-masing. Mungkin jika anda seorang yang cerewet bab kebersihan, tukang cuci akan sukar nak faham kehendak anda.
Dah dibersihkan tapi tak kena lagi di mata Mama, jadi ini mungkin kesan buruk Mama mengambil khidmat housekeeping.
Apa-apa pun, point yang satu ni terpulang kepada individu.
#Bagaimana Mencari Perkhidmatan Houskeeping Yang Baik?
Justeru, dalam memastikan perkhidmatan diberikan adalah berpuas hati, penting untuk Mama dan Papa mengetahui tips dan cara mendapatkan perhidmatan housekeeping yang baik.
Berikut adalah panduan dalam memilih perkhidmatan housekeeping yang sepadan dengan diri anda:
1. Cari maklumat cleaning service dalam talian
Maklumat berkenaan cleaning service yang berdekatan dengan tempat tinggal anda boleh dicari di komputer riba atau telefon pintar masing-masing.
Mama boleh nilaikan review atau testimoni cleaning service itu untuk pertimbangan samada nak upah mereka atau sebaliknya.
Kalau rasa ragu-ragu dengan review yang diberi, boleh cuba direct call atau what’s app sebarang pertanyaan anda mengenai syarikat perkhidmatan mereka.
2. Tanya kawan-kawan atau ahli keluarga yang pernah guna cleaning service
Dapatkan pandangan daripada mereka yang biasa gunakan khidmat pembersihan sebegini.
Jika Mama bertanya kepada rakan-rakan atau family yang pernah guna perkhidmatan daripada syarikat cleaning ini, mereka akan memberitahu baik dan buruk secara jujur mengenai khidmat profesional cleaning service tersebut.
Malah, Mama juga boleh bezakan rate harga dengan service harga ditawarkan berbaloi atau tak berdasarkan pengalaman orang sekeliling.
Suggestion dan review mereka lebih dipercayai kan?
3.Survey tawaran perkhidmatan yang disediakan
Dah jumpa cleaning service yang memenuhi kriteria anda? Jangan lupa tanya dahulu perkhidmatan yang ditawarkan sebelum mengupah mereka.
Adakah mereka melakukan perkhidmatan berbentuk pakej atau boleh menerima permintaan khas daripada pelanggan?
Adakah kita perlu menyediakan barang cucian sendiri atau mereka telah sediakan? Berapa orang tukang cuci rumah dan berapa jam tempoh yang anda mahukan untuk mereka mencuci rumah anda?
4. Pastikan kadar upah yang dikenakan
Sentiasa periksa semula kadar bayaran yang bakal Mama dan Papa keluarkan dan tanya kepada pengurus perkhidmatan tersebut samada mereka mengenakan bayaran mengikut jam atau kadar sama rata.
Tukang cuci yang profesional yang dibayar setiap jam tidak akan keluar lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan walaupun mereka telah selesai mencuci rumah tersebut.
5. Explain dengan jelas kepada tukang cuci sebelum mencuci rumah
Sekiranya Mama ingin mereka mencuci di kawasan tertentu dan dengan kaedah pembersihan yang tertentu, pastikan Mama menjelaskan hal tersebut dengan tukang cuci sebelum mereka mencuci rumah.
Risau jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai alahan kepada beberapa produk pencuci.
Maka, jangan berat mulut dan ambil masa untuk jelaskan hal tersebut.
6. Minta butiran insurans cleaning service
Ini sebagai cara mengelakkan kejadian buruk jika berlaku. Sebaiknya Mama dan Papa dapatkan segala butiran insurans yang disediakan oleh syarikat cleaning service tersebut bagi melindungi serta menanggung sebarang kerosakan atau kemalangan di dalam rumah.
Ingat, malang tidak berbau dan lebih baik sediakan payung sebelum hujan sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk pelbagai tips dan info tentang keibubapaan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!