Pengalaman mengunjungi pantai jadi lebih bermakna bila kita menikmati pemandangan bukit dan pepohon di sepanjang jalan sebelum sampai ke pantai yang dituju.
Ayuh, sama-sama bawa rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluangkan masa di pantai menarik dalam negeri Perak.
Senarai 11 Pantai di Perak Yang Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
#1 Pantai Teluk Batik
Pantai Teluk Batik sudah sering mendapat liputan di kebanyakan media massa. Lagi pula, banyak acara telah diadakan di sini.
Bagi yang pertama kali datang ke Pantai Teluk Batik, Mama Siti memang sangat sarankan kerana ada banyak kemudahan di sini iaitu sewaan pelampung, gerai jualan dan ada juga chalet untuk para pengunjung bermalam.
Alamat: Pantai Teluk Batik, Persiaran Teluk Batik, 32 200 Lumut, Perak.
#2 Pantai Teluk Senangin
Tak perlu susah-susah bawa bekalan dari rumah kalau nak datang ke Pantai Teluk Senangin kerana di sini terdapat kedai makan, kedai cenderahati dan tempat penginapan bagi yang ingin bermalam.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung termasuklah:
- Menginap di rumah rakit
- Memancing
- Bermain banana boat
- Berkelah
Alamat: Pantai Peranginan Teluk Senangin, Jalan Teluk Senangin, 32200, Lumut, Perak
#3 Pantai Pasir Panjang
Tempat ini masih dalam kawalan pusat pemuliharaan Negeri Perak demi memastikan penyu boleh terus bertelur di kawasan pantai.
Faktor kedatangan penyu ke Pantai Pasir Panjang adalah kerana permukaan pasir yang licin, pepohonan rimbun dan bebas dari aktiviti perlombongan pasir atau yang berkaitan.
Alamat: Jalan Loji Janakuasa Lumut,. Pantai Remis 34900, Perak
#4 Pantai Sembilan
Fenomena ‘blue tears’ di Negeri Perak juga berlaku di Pulau Sembilan. Untuk menikmati pengalaman melihat plankton bioluminescence yang memancarkan cahaya berwarna biru di waktu malam.
Pada waktu siang pula, pengunjung banyak melakukan aktiviti seperti memancing, skuba dan snorkeling di sekitar pulau-pulau yang ada.
Alamat: Bagan Sungai Burung, 36100, Bagan Datoh, Perak
#5 Pantai Ban Pecah
Pantai Ban Pecah bukan untuk bermandi-manda tetapi sebaliknya terkenal dengan aktiviti memancing ikan.
Buktinya terdapat platform khusus dibina untuk para pemancing mengail ikan di tepi laut Pantai Ban Pecah.
Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Piandang, Perak
#6 Pantai Remis
Nak buat aktiviti sukaneka untuk Hari Keluarga, Pantai Remis ialah tempat yang idea mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Melihat matahari terbenam antara lain aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Pantainya putih, airnya biru kehijauan dan tiupan angin sungguh mengasyikkan.
Alamat: Pantai Remis
#7 Pantai Teluk Rubiah
Hidupkan kereta dari mula memandu dari bandar Lumut selama 30 minit untuk sampai ke Pantai Teluk Rubiah.
Pantai ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti air tetapi juga menjadi tarikan buat peminat pohon-pohon hijau.
Melakukan aktiviti merentas hutan (jungle trekking) di sini mendedahkan Mama dengan fauna yang hidup bebas di dalam hutan seperti monyet dan burung-burung.
Alamat: Pantai Teluk Rubiah
#8 Pantai Damai Laut
Pantai Damai Laut terletak di daerah Lumut iaitu lokasi yang sama dengan markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mama Siti sarankan agar Mama datang pada bulan April hingga September kerana cuacanya yang baik dan sesuai untuk aktiviti air.
Mengamati keindahan pantai dan air laut pun mampu memberi ketenangan dalam diri masing-masing. Apatah lagi jika meluangkan masa bersama-sama rakan dan keluarga.
Alamat: Pantai Damai Laut, Perak
#9 Pantai Pulau Giam
Pasir putih bak pantai di Maldives, air jernih seperti di Semporna. Itulah gambaran yang boleh Mama Siti simpulkan tentang keindahan di Pantai Pulau Giam.
Sebuah pulau kecil di Pulau Pangkor ini sering didatangi pengunjung kerana ingin mencuba pengalaman melihat terumbu karang dan ikan dengan cara snorkeling dan juga berkayak di sekitar Pulau Giam.
Lebih menarik lagi, batuan di Pulau Giam dilihat mirip dengan hidupan akuatik iaitu penyu dan buaya.
Alamat: Jalan Pasir Bagok, 32300 Pulau Pangkor, Perak
#10 Pantai Pulau Pangkor
Kalau datang ke Pulau Pangkor yang merupakan salah satu pulau yang terkenal di negeri ini, ambil peluang untuk menjelajah ke semua lima pantai yang ada di kawasan ini.
Soal jadual perjalanan, Mama tak perlu bimbang kerana ada perkhidmatan sewa pengangkutan disediakan bagi memudahkan perjalanan sampai ke destinasi.
Aktiviti menarik di pantai-pantai sekitar Pulau Pangkor ialah snorkeling, selam skuba dan berkayak.
Alamat: Pantai Pulau Pangkor
#11 Pantai Pasir Bogak
Pantai ini menyediakan kemudahan buat para pengunjung seperti tempat penginapan jenis chalet, kedai makan dan restoran.
Rata-rata pengunjung datang ke Pantai Pasir Bogak adalah kerana tarikan memancing dan berkelah di bawah pokok menghadap air laut.
Alamat: 21a, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di setiap pulau-pulau di Negeri Perak. Nak lebih seronok, Mama boleh jadikan kunjungan ke pantai sebagai kenangan bersama-sama rakan dan ahli keluarga.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.