Gulai ayam merupakan hidangan yang popular di seluruh Malaysia, dan setiap negeri mempunyai gaya masakan yang tersendiri. Salah satu varian yang paling digemari adalah Resepi Gulai Ayam Kelantan, yang kaya dengan rempah dan santan.
Dengan mengikuti resepi gulai ayam kelantan di bawah, Mama dah boleh menikmati hidangan lazat ini di rumah! Jom kita try buat berpandukan resepi di bawah!
Resepi Gulai Ayam Kelantan
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam, dipotong dan dicuci bersih
- 1 labu bawang merah besar *
- 4 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 1 inci lengkuas *
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 sudu besar rempah kerutuk
- 1 paket rempah kari cap orang terbang / 3 sudu besar rempah rempah gulai ayam
- 1 mangkuk santan (jangan terlalu pekat)
- Asam keping (kuantiti ikut citarasa)
- Gula nisan (kuantiti ikut citarasa)
Cara-cara Memasak
- Kisarkan bahan bertanda * dalam blender sehingga menjadi lumat.
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
a) Masukkan Ayam dan Rempah Kari:
- Setelah minyak pecah, masukkan potongan ayam dan rempah kari.
- Gaul rata dan masak sehingga air ayam kering.
- Tambahkan air dan masak sehingga ayam menjadi empuk.
- Pastikan gaul rata untuk memastikan semua rempah meresap ke dalam ayam.
- Masukkan asam keping, garam, nisan, dan serbuk perasa mengikut citarasa.
- Sesuaikan rasa agar sesuai dengan selera keluarga anda.
b) Masukkan Santan dan Tunggu Mendidih:
- Tambahkan santan dan masak sehingga mendidih.
- Pastikan kepekatan gulai adalah seperti yang diinginkan, tidak terlalu pekat atau cair.
Tips Menghidang Resepi Gulai Ayam Kelantan
- Hidangkan gulai ayam Kelantan dengan nasi panas atau roti lembut. Mama sudah boleh menikmati hidangan lazat ini bersama keluarga tersayang!
Dengan mengikuti semua langkah-langkah memasak di atas, Mama pasti akan dapat menyediakan Gulai Ayam Kelantan yang sedap dan memikat selera.
Jangan lupa juga untuk menyesuaikan rempah dan perasa mengikut selera Mama sekeluarga ya! Selamat mencuba dan menikmati hidangan lazat ini!
Mama boleh cuba pelbagai resepi masakan menarik yang lain di SINI!