Banyaknya penggunaan daun pandan dalam masakan dan minuman orang nusantara dipengaruhi oleh kelebihan yang terkandung dalam daun pandan itu sendiri.
Terdapat 15 khasiat daun pandan terhadap kesihatan seseorang yang merangkumi aspek kualiti tidur, kecantikan kulit dan penyakit diabetes.
Baca artikel di bawah untuk dapatkan lebih informasi tentang kebaikan daun pandan.
15 Khasiat Daun Pandan
#1 Tingkatkan Stamina
Lima helai daun pandan yang direbus dengan takaran tiga gelas air boleh menambah stamina individu yang meminumnya.
Rutin yang disarankan ialah setiap dua hari sekali untuk meningkatkan stamina badan Mama secara berterusan.
#2 Merawat Insomnia
Secara saintifiknya, daun pandan ada sebatian alkaloid dimana ianya memberikan kesan menenangkan kepada tubuh badan manusia.
Caranya adalah dengan minum air rebusan daun pandan dengan tambahan sedikit madu ketika Mama sukar tidur.
#3 Membuang Toksin
Khasiat daun pandan juga dapat diperoleh melalui makanan dan minuman. Bahan-bahan yang terkandung dalam daun pandan membantu menyahtoksik hati dan membuang racun dari tubuh badan.
#4 Ubat Kulat Kulit
Ketika seseorang terkena jangkitan panau, antara alternatif yang berkesan adalah dengan meletakkan ekstrak daun pandan di kawasan yang dijangkiti.
Selain itu, Mama juga boleh minum air teh daun pandan untuk mengurangkan panau pada kulit.
#5 Meredakan Reumatisme
Tambahan pula, daun pandan juga menyumbang kepada kesihatan dengan cara meredakan reumatisme iaitu penyakit autoimun berkaitan otot dan sendi.
Nota: Reumatisme ialah penyakit berkaitan rasa sakit pada otot dan sendi.
#6 Rawatan Rambut
Cucian rambut dengan air rebusan daun pandan memberikan nutrisi kepada helaian rambut dan mencegah kelemumur.
Hasilnya, rambut lebih berkilau dan kulit kepala tidak lagi gatal.
#7 Sembuhkan Gout
Rutin minum air teh daun pandan juga boleh membantu pesakit yang menderita penyakit gout. Ini kerana daun pandan dapat menurunkan asid urik dan juga menghilangkan batu karang.
#8 Penyakit Berkaitan Mulut dan Gusi
Dikatakan jika kita kunyah daun pandan, amalan ini mampu menyegarkan nafas melalui aroma harum dari daun pandan. Di samping itu, daun pandan juga boleh menghentikan gusi berdarah.
Nota: Kajian lanjut masih perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya.
#9 Kaya Serat (Senang membuang!)
Sesiapa yang sering mendapat buasir atau sembelit, elok sangat kalau amalkan daun pandan dalam diet seharian.
Ini kerana pandan mentah mempunyai fungsi penting dalam mengekalkan kesihatan usus yang optimum.
#10 Baik Untuk Mata!
Sedarkah Mama, khasiat pes daun pandan juga merangkumi organ penglihatan manusia iaitu mata. Terdapat sumber beta karotena iaitu prekursor atau pelopor vitamin A yang menyihatkan mata.
#11 Kawal Gula Dalam Darah
Ada juga kajian mendapati individu yang minum air rebusan pandan selepas makan, mempunyai bacaan gula dalam darah lebih rendah.
Nota: Bacaan normal gula dalam darah seorang dewasa pada 2 jam selepas makan ialah antara julat 90 hingga 110 mg/dL. Manakala, bacaan normal gula dalam darah untuk orang dewasa yang tidak makan lebih lapan jam ialah 100 mg/dL dan lebih.
#12 Rawat Luka Terbakar
Bila anak tanya; “Mama, macam mana nak hilangkan ‘sunburn’ ni?”
Mama boleh cadangkan supaya anak amalkan daun pandan yang telah dihancurkan di bahagian anggota badan yang terbakar.
Asid tanik dalam daun pandan memberikan kesan penyejukkan lebih pantas terhadap luka ringan pada kulit sama ada disebabkan api atau sinaran matahari.
#13 Hilangkan Sakit Kepala dan Sakit Telinga
Fitokimia (phytochemistry) yang ada dalam pandan membantu meringankan sakit kepala dan sakit telinga melalui jenis ektrak atau serbuk. Untung betul orang nusantara sebab kenal daun pandan lebih awal dari benua lain.
#14 Sakit Nyeri dan Radang Sendi
Padanlah orang dulu banyak jadikan pandan sebagai bahan masakan. Ini kerana pandan mengandungi fitokimia (phytochemistry) yang mampu meredakan simptom bengkak sendi.
#15 Cegah Penyakit Jantung
Bahan antioksidan iaitu karotenoid berfungsi mengurangkan risiko aterosklerosis dimana plak berkumpul pada dinding arteri dan mengakibatkan arteri menjadi sempit.
Ternyata salah satu rahsia orang dulu menjaga kesihatannya adalah daripada daun pandan. Memandangkan kita telah pun tahu kelebihan daun pandan, disarankan untuk mengolah diet harian untuk mendapatkan khasiat dari daun pandan.
Tambah ilmu pengetahuan dengan informasi yang disediakan oleh Kelab Mama di SINI!