“Alah, buat nasi goreng pun nak tengok resepi ke?”
Ya, sebab kadang-kadang kita nak cuba teknik masakan dan nak tahu rasa nasi goreng dengan beberapa bahan istimewa lain.
Seperti yang Noratiqah Nordin kongsikan di laman Facebook beliau, ini cara beliau masak resepi nasi goreng cili padi untuk suami tercinta.
Resepi Nasi Goreng Cili Padi
Resepi oleh: Noratiqah Nordin
Bahan-bahan
- Nasi sepinggan
- Minyak
- Telur
- Kiub ikan bilis
- Garam
Bahan-bahan Kisar
- Cili
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
Bahan Istimewa
- Ikan bilis tebal
- Ikan bilis
- Ikan goreng (Pilihan)
Cara-cara
#1 Sediakan bahan-bahan kisaran. Basuh dan potong apa yang perlu contohnya bawang dan cili. Kemudian, kisar menggunakan pengisar (blender) atau chopper. Kalau Mama tidak mempunyai kedua-dua alat memasak itu, boleh juga tumbuk dengan lesung batu.
#2 Di samping itu, Mama boleh terus letakkan kuali dan minyak ke dalamnya. Hidupkan api untuk memanaskan minyak tadi.
#3 Setelah dipastikan minyak sudah panas, masukkan bahan kisaran dengan menggunakan sudu, senduk atau sudip.
#4 Selepas itu, Mama carik isi ikan goreng dan tumis bersama-sama bahan kisaran dalam kuali. Gaul semua bahan-bahan itu hingga naik bau dan sedikit garing.
#5 Teruskan memasak dengan memasukkan kuib ikan bilis dan garam secukup rasa mengikut citarasa.
#6 Langkah seterusnya, basuh sebiji telur dan pecahkan dalam kuali. Terus gaul hingga telur masak dan terus masukkan nasi.
#7 Jangan lupa gaul nasi bersama-sama dengan bahan tumisan tadi agar rasanya sebati dan menyatu antara satu sama lain.
#8 Resepi nasi goreng cili padi kita sudah siap dan sedia dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Nasi Goreng Cili Padi
- Potongkan beberapa jenis sayuran dan masukkan ke dalam masakan untuk rasa yang lebih enak.
- Nasi yang telah sejuk di ruang bilik selama semalaman lebih sesuai dibuat nasi goreng.
- Jika menggunakan nasi yang baru dimasak, kurangkan air semasa menanak nasi.
Senang bukan resepi ini? Rupanya isi ikan goreng yang buat resepi ini lebih ‘terangkat’. Lepas ini, apa kata kita cuba buat resepi sambal ikan bilis untuk dimakan bersama-sama dengan nasi goreng.
Dapatkan lebih banyak resipi menarik di SINI!