Tandas tersumbat boleh menjadi masalah yang menjengkelkan dan menyusahkan. Ikeadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa dan menjejaskan rutin harian kita. Berikut adalah 7 tips untuk membantu Mama mengatasi tandas tersumbat dengan mudah.
Sebelum itu, kita perlu ketahui juga apakah punca terjadinya masalah tandas tersumbat ini. Sebab gaya hidup? Sebab tisu? Atau mungkin tandas sudah lama tidak diselenggara?
Tandas Tersumbat Sebab Apa?
Tandas tersumbat adalah masalah yang sering mengganggu dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Beberapa punca berikut mungkin menjadi punca tandas rumah Mama tersumbat.
Dengan memahami punca-punca ini, kita dapat mengambil langkah pencegahan seperti mencegah pembuangan tisu dan lampin, penyelenggaraan paip yang teratur dan penghindaran penggunaan produk kimia yang berlebihan untuk mengurangkan masalah tandas tersumbat.
1. Flush Tisu Dan Lampin
Kesilapan melupuskan tisu dan lampin mengakibatkan sumbatan dalam lubang tandas. Bahan buatan tisu dan lampin tidak larut dalam air dan cenderung membentuk gumpalan yang menghalang aliran paip.
2. Penggunaan Produk Kimia yang Berlebihan
Pembersih tandas dan produk kimia yang digunakan secara berlebihan boleh merosakkan saluran paip. Kelebihan bahan kimia dapat menyebabkan pengerasan sisa-sisa di dalam paip, menyebabkan sumbatan.
4. Saluran Pembentung Bermasalah
Boleh jadi longkang yang tersumbat pun menjadi punca tandas turut bermasalah. Biasanya longkang yang tersumbat ini adalah disebabkan oleh saluran pembentung yang padat dengan penumpukan bahan buangan.
5. Struktur Paip yang Tidak Betul
Paip yang bengkok, miring atau tidak betul menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar, meningkatkan risiko sumbatan. Akhirnya berlakulah masalah tandas tersumbat oleh kerana sistem pengairan yang tidak efisien.
7 Cara Atasi Tandas Tersumbat
#1 Pembersih Tandas Organik
Pilih pembersih tandas organik yang mesra alam untuk membantu membersihkan saluran paip tandas Mama tanpa merosakkan alam sekitar. Bahan-bahan semula jadi seperti cuka dan baking soda boleh membantu meleraikan sisa-sisa dan mencegah sumbatan.
#2 Gunakan Pelocok Tandas
Penyedut tandas adalah alat yang berkesan untuk menyingkirkan sumbatan pada saluran paip tandas. Pastikan Mama memilih pelocok yang sesuai dengan keperluan tandas Mama dan gunakan dengan betul.
#3 Tisu di Tong Sampah!
Jangan sekali-kali membuang tisu atau lampin dalam lubang tandas rumah Mama. Sebagai tuan rumah, sediakan satu tempat buang sampah di dalam bilik air. Selain itu, Mama juga boleh sentiasa ingatkan tetamu agar tidak melakukan kedua-dua perkara tadi.
#4 Hubungi Pihak Berwajib SEGERA!
Jika Mama menghidu bau yang tidak menyenangkan dari longkang sama ada di depan atau belakang rumah, periksa keadaannya mengikut kemampuan masing-masing.
Jika perlukan pertolongan tambahan, hubungi pihak berwajib untuk melakukan pemeriksaan agar masalah dapat dihindarkan lebih awal.
#5 Siram Air Panas
Siramkan air panas ke dalam lubang tandas untuk membantu meleraikan sisa-sisa dan lemak yang mungkin menyebabkan sumbatan. Ini adalah kaedah yang mudah dan berkesan.
#6 Pencangkuk Saliran (Hook)
Satu lagi alternatif untuk mengatasi masalah tandas tersumbat adalah dengan menggunakan hook untuk mencapai gumpalan dalam tandas. Ianya mempunyai fungsi yang sama dengan plumber’s snake.
#7 Minta Bantuan Pakar
Jika masalah tandas tersumbat terus berlarutan, adalah bijak untuk memanggil tukang paip profesional. Mereka memiliki pengetahuan dan peralatan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tandas dengan cepat dan efisien.
Dengan mengamalkan tips di atas, Mama dapat mengatasi tandas tersumbat dengan mudah dan mencegah masalah yang lebih serius di masa depan. Ingatlah bahawa pemeliharaan yang baik adalah kunci untuk memastikan sistem paip tandas berfungsi dengan lancar.
Dapatkan tips dan hacks yang berguna untuk rumah Mama di SINI.