Di Ampang, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas siling di sebuah rumah teres di Tasik Tambahan Ampang. Dalam kejadian pada 10 malam Ahad lalu, lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun ketika itu didakwa sedang bermain dengan anak saudaranya.
Cuba ditenangkan bapa saudara
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof berkata anak kepada pasangan warga Myanmar itu sedang menangis di dapur sebelum cuba ditenangkan bapa saudaranya.
“Keterangan daripada ibu mangsa mendapati anak saudara lelakinya bermain sambil melambung mangsa yang sedang menangis di dapur rumah.
“Bagaimanapun mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.”Ibu dan abang mangsa bergegas ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan terhadap mangsa.
Cedera parah akibat trauma objek tumpul
“Bagaimanapun pada Isnin lepas, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 10.57 malam dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah akibat trauma objek tumpul pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ketika kejadian, bapa mangsa berada di Butterworth, Pulau Pinang kerana bekerja di sana selama tiga bulan sebelum dimaklumkan oleh isterinya mengenai kejadian pada Isnin.Noor Azmi berkata bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian.
Suspek direman
“Pihak polis telah membuat tangkapan ke atas lelaki Myanmar itu dan suspek kini direman tujuh hari hingga 25 Jun depan,” jelas beliau.Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber : astroawani
BACA JUGA RAHSIA PELUKAN MAMA PADA SI MANJA YANG RAMAI TAK AMBIL KISAH
Pesanan Mama Siti
Tak kiralah nak pujuk ke nak tenangkan ke tapi tak perlu sampai nak kena lambung. Kita sendiri sedia maklum memang bahaya sekiranya melambung anak ni. Tambahan pula kawasan sekeliling juga memainkan peranan penting. Bila kawasan tak selamat pasti berlaku kejadian yang tak diingini seperti ini. Semoga kisah ini menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati.