Dalam setiap rumah, pasti akan ada stock ubat yang banyak dalam first aid atau tempat simpanan ubat. Sehingga Mama Papa tak tahu sebenarnya ubat tu dah expired.
Hampir semua Mama Papa termasuklah Mama Siti sendiri suka simpan ubat dalam peti ais, sebab nak simpan lama dan tak perlu nak beli ubat lagi. Jadi, senang lah bila anak tak sihat je boleh bagi terus ubat disimpan dalam peti sejuk.
Tapi secara amnya ubat expired ni dah tak selamat kerana ia bahannya pun sudah tak berfungsi untuk menyembuhkan penyakit tapi boleh bertukar menjadi racun pula.
Apa yang Terjadi Makan Ubat Expired?
Seperti perkongsian Mama Maisara dalam TikTok, menceritakan kejadian yang telah berlaku kepada anaknya setelah diberikan ubat. Rupanya ubat tersebut telah expired dan tidak selamat untuk digunakan sebenarnya.
Short story bila Mama Maisara berikan ubat, anaknya mula mengadu tidak sedap badan dan hanya menganggap anaknya hanya overreacted disebabkan anaknya tak suka makan ubat.
Tapi bila simptom yang ditunjukkan anaknya makin teruk sehingga tak sedarkan diri, Mama Maisaraa terus membawanya ke hospital bersama suaminya dan juga ditemani jirannya yang merupakan MA untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Setelah rawatan diberikan dan doktor memberitahunya punca yang berlaku disebabkan oleh ubat expired dan juga kemungkinan anaknya alergi ubat expired pcm.
Dihujung videonya Mama Maisara ada selitkan sekali pengajaran yang diperolehnya atas kejadian yang berlaku kepada anaknya:
- Buang ubat yang dah expired.
- Berbaik dengan jiran. Sebab kita tak tahu bila kita susah dan perlu pertolongan.
- Buang sikap remeh dan tanggapan buruk pada anak.
- Aware dengan jalan untuk ke hospital.
Tempoh untuk Jenis-jenis Ubat
1. Ubat Pil atau Biji
Bila disimpan dengan cara dan tempat yang betul, ubat biji ni tak akan alami perubahan dari segi warna atau rupa sehingga tamat tempoh sesuatu ubat.
Tapi ada bahan aktif dalam ubat yang mungkin telah alami degradation, dengan kata lain keberkesanan ubat tu sudah menurun. Jadi dah tak memberi kesan untuk menahan sakit atau menyembuhkan penyakit.
2. Ubat Cecair
Untuk ubat cecair ni pula berbeza seperti ubat sirap demam, ubat antibiotik, ubat titis dan insulin. Ubat-ubat ni Mama Papa sendiri yang perlu ambik take note sebab tarikhnya sedikit berbeza dengan ubat jenis lain.
Ubat-ubat jenis ni perlu ditulis tarikh bukak sebab tarikh luputnya berdasarkan tarikh dibuka. Tapi kalau belum dibuka tarikh luputnya ialah tarikh yang tertera pada botol itu.
Oh ye, Mama Papa kena ingat kalau ubat antibiotik yang dibancuh terlupa simpan dalam peti ais dah tak boleh dimakan lagi sekiranya ubat berubah warna lain.
- Ubat cecair: satu hingga dua bulan dari tarikh dibukak.
- Ubat titis hidung, mata dan telinga: satu bulan dari tarikh dibukak
- Ubat sirap antibiotik: satu minggu dari tarikh dibancuh (simpan dalam peti sejuk)
- Ubat insulin: satu bulan after digunakan (simpan pada suhu bilik)
Panduan untuk Simpan Ubat dengan Betul
- Baca label pada bungkusan ubat dengan teliti.
- Sekiranya perlu disimpan pada suhu bilik.
- Simpan dalam peti ais tapi bukan ruang sejuk beku.
- Simpan di tempat yang tak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
- Elakkan simpan ubat di tempat yang terdedah dengan matahari.
- Asigkan ubat untuk dimakan dan disapu.
- Jangan simpan ubat dalam kereta.
Next time sebelum Mama Papa nak bagi ubat dekat anak-anak make sure check dulu tarikh ubat tu. Dan, bila anak-anak mengadu sakit Mama Papa jangan abaikan mereka, kemungkinan jugak mereka boleh mengalami alahan dengan ubat yang telah mereka makan.
Mama nak tahu apa kelebihan minyak kelapa dara buat Mama pregnant? Klik di SINI.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.