Apa perasaan Mama dan Papa jika pertama kali mendengar anak sulung yang masih bersekolah rendah menyebut perkataan lucah kepada adiknya? Mesti Mama dan Papa terus naik angin, kan?
Namun, dalam masa sama, tertanya-tanya juga siapa yang ajar dia tentang ‘ilmu dalam kain’ seperti ini? Tentu ada rakan-rakan sekelas yang lebih extreme ni!
Sabar Mama dan Papa, sebelum hal itu dirumitkan sehingga melibatkan pihak luar, lebih baik anda selidik dahulu dengan bertanya kepada anak sulung tadi daripada mana dia dapat ilmu berkaitan seksual?
Jangan marah tak tentu hala sebab kanak-kanak tak tahu apa yang dilakukan itu salah atau betul.
Silap-silap, jawapannya lebih mengejutkan apabila dia mengakui belajar sendiri dari rumah sebab Mama dan Papa kerap minta tolong si abang mandikan adik perempuannya yang baru berusia dua tahun.
Ya, adakalanya kita terlepas pandang bahawa terdapatnya tindakan kita tanpa sedar mendorong anak-anak terutamanya lelaki untuk meneroka lebih dalam lagi tentang ilmu berkaitan seksual di rumah.
Ini kerana sebahagian ibu bapa kurang cakna untuk menjaga batas pergaulan dan kemesraan dalam hubungan kekeluargaan.
Tak salah untuk mengekalkan kemesraan antara keluarga, namun sebagai Mama dan Papa, adalah penting untuk sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak serta mengetahui bilakah waktu sesuai memberikan pendedahan tentang isu ini.
Berdasarkan perkongsian seorang penulis buku, Puan Wan Nur Syakira, beliau mendedahkan beberapa ‘hal dalam kain’ yang sering berlaku di rumah melibatkan suami, isteri dan anak -anak yang kebiasaannya kita pandang ringan.
Berikut antara perkara biasa dilakukan, namun ia sebenarnya perlu dielakkan!
1. Tidak Menjaga Aurat di Depan Anak
Mungkin Mama dan Papa anggap remeh apabila berseluar pendek di depan anak yang masih kecil. Bagaimanapun jika dibiarkan berlaku, lama-kelamaan hilang rasa malu dan batasan aurat yang sepatutnya dijaga antara ibu bapa dan anak.
Ini kerana dah terbiasa dengan situasi demikian menyebabkan ia akan terus didedahkan sehingga kita tak perasan bahawa anak tadi dah meningkat remaja.
Si bapa masih berseluar boxer di hadapan anak gadis manakala si ibu juga berkemban dengan towel sehingga mendedahkan paha beliau meskipun berada di hadapan anak bujang. Ish, malulah anak tengok Mama dan Papa berkeadaan begitu!
Secara tak langsung, anak gadis juga ikut terbiasa berkemban depan abang atau bapanya. Bagaimana mesra pun kita sekeluarga, batasan aurat atau tubuh yang mengundang pandangan asing perlu dipantau ye Mama dan Papa.
Bermula usia anak tiga tahun, elakkan pakaian jarang, seksi atau boxer sahaja. Jadikan ia sebagai pakaian hanya dalam bilik tidur suami isteri je. Jangan normalkan memaikai pakaian ini di hadapan anak.
2. Membiarkan Pintu Toilet Terbuka Ketika Anak Berada Di Dalam
Ini paling kerap berlaku apabila Papa dan Mama ketika memandikan anak atau si kecil yang sedang melalui process toilet training dibiarkan pintu toilet dalam keadaan terbuka. Tak boleh begitu ye!
Menurut Puan Wan Nur Syakira, walau dalam apa jua situasi sama ada mandikan atau teman dia membuang air, pastikan untuk sentiasa tutup pintu, meskipun tiada sesiapa yang berada di rumah ketika itu.
Ini adalah perkara asas bagi melatih mereka bahawa ketika dalam keadaan tidak sopan, ia perlu dilindungi daripada pandangan orang lain tak kiralah walaupun dengan ahli keluarga sendiri.
Sebaiknya, explain pada mereka yang ibu atau ayah sahaja dibenarkan menemani mereka ketika ini dan ia hanya untuk tujuan mendidik semata-mata.
3. Tidak Minta Izin Jika Mahu Peluk Cium Anak
Ujar Puan Wan Nur Syakira, selalu tanya anak dahulu, “Mama nak peluk sekejap, boleh?” Dan sila hormat pendirian anak jika dia tak mahu. Ini akan mengajar anak-anak untuk menghormati diri sendiri dan juga menghormati privasi orang lain.
4. Bogelkan Anak di Depan Ahli Keluarga Yang Lain
Kerana dianggap mereka masih kanak-kanak, maka Mama tak kisah untuk salinkan pakaian mereka depan keluarga anda. Jangan ya Mama!
Elak bogelkan anak-anak di depan orang lain meskipun keluarga sendiri. Ia akan mendorong untuk hilangnya rasa malu dan tidak lagi menjaga batas antara sanak saudara apabila besar nanti.
Malah, ia juga satu perbuatan yang tidak elok apabila yang dewasa dipertontonkan dengan tubuh anak kecil kita.
Kelak, apabila anak kita dewasa, mungkin ada ibu atau bapa saudara yang mengungkit tanda-tanda di tubuhnya kerana dah pernah lihat ketika kecil. Bukankah ia memalukan si anak?
Tambah Puan Wan Nur Syakira, budaya bogelkan anak untuk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecil dan bontot masih hijau, patut dihentikan.
Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yang kononnya comel.
5. Tidak Ajar Anak Dengan 4 Bahagian Sensitif
Meskipun mereka masih kecil, namun jangan pernah lupa untuk keep telling them about their private parts.
Ajarkan anak untuk menjaga empat bahagian ini; kemaluan, punggung, dada dan mulut. Ingatkan mereka untuk beritahu Mama dan Papa segera jika mana-mana bahagian itu disentuh oleh orang lain.
6. Melakukan Aksi Romantis Depan Anak
Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri termasuklah ‘ringan-ringan’ sekalipun di hadapan anak kecil dengan alasan mereka masih budak dan tak faham.
Menurut Puan Wan Nur Syakira, umur tiga tahun ke atas anak dah boleh tiru dan buat. Selain itu, jangan bergurau double meaning dan lucah di hadapan anak. Berkata yang baik-baik.
7. Tapis Sebarang Content di Handphone Atau TV
Jika mahu tonton televisyen bersama anak di rumah, atau memberi anak menggunakan gadget, sebaiknya, tapi sebarang content berkaitan sexual terlebih dahulu. Jika ada aksi kissing sekalipun ia perlu dielakkan meskipun hanya bercumbu.
Tak elok untuk penglihatan anak. Malah, anak boleh terpengaruh untuk mencuba kerana Mama Siti percaya aksi dipaparkan itu tidak akan menunjukkan sebarang kecederaan atau perkara yang buruk.
Ia dilakonkan dengan ghairah dan beraksi yang mana kanak-kanak faham bahawa perbuatan ini seolah nampak seronok dan best. Bahaya tau!
Justeru, adalah amat penting untuk Mama Papa alert dengan sebarang aktiviti di rumah. Bukan apa, bimbang ia melarat lebih buruk. Ambil pengajaran kejadian jenayah seksual yang turut melibatkan ahli keluarga sendiri.
Selain daripada pemantauan dikalangan ahli keluarga, Mama Papa juga harus terangkan sedikit demi sedikit tentang perkara seksual terhadap anak-anak. Ini penting ya. Jangan anggap nanti mereka lagi cepat belajar.
Ada teknik dan cara untuk ajar anak-anak mengenai 18sx yang mana ia bukan untuk pengetahuan baharu mereka semata-mata, tapi lebih kepada keselamatan anak kita. Nak tahu cara mendidik hal seksual yang betul, boleh lihat di SINI dan SINI.
Untuk pelbagai informasi dan tips mengenai perkembangan anak anda boleh klik di SINI!