Pernah tak Mama terfikir bahawa anak kecil Mama juga berisiko untuk menghidap masalah kesihatan mental?
“Eh, tak terfikir pula! Lagipun ada ke kanak-kanak menderita sakit mental? Rasanya penyakit ini untuk orang tua je.”
Awas Mama dan Papa! Jangan anggap masalah kesihatan mental hanya menimpa golongan dewasa berikutan mereka ini lebih terdedah dengan tekanan hidup dan sebagainya, kanak-kanak pun ada yang struggle menangani masalah jiwa mereka tau. Tak percaya?
Tahukah Mama dan Papa, statistik daripada Harian Metro mendedahkan bahawa pada 2019 sebanyak 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakannya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripada peratusan itu, separuh daripada mereka ini berusia bawah 14 tahun.
Sementara di Malaysia pula menunjukkan, statistik tinjauan kesihatan dan morbiditi Malaysia pada 2019 melaporkan seramai 424,000 kanak-kanak bergelut dengan masalah kesihatan mental sekaligus menggambarkan isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak di negara ini sebagai satu epidemik.
See! Bukankah angka ini suatu yang mengejut dan membimbangkan?
Kesan Jika Anak Kecil Pendam Stres & Trauma Seorang Diri
Jangan anggap kanak-kanak tak terkesan dengan sebarang tekanan. Meskipun tidak bertindak bahaya seperti orang dewasa yang adakalanya cenderung untuk membunuh diri, namun masalah stres melampau boleh memberikan kesan kepada personaliti kanak-kanak ini seterusnya mendorong mereka untuk bergelut dengan penyakit mental.
Antara kesan mempengaruhi kanak-kanak apabila terlalu banyak memendam perasaan:
- Kemurungan
- Tiada keyakinan diri
- Boleh berubah menjadi kanak-kanak pendiam
- Keciciran dalam pembelajaran
- Kecelaruan identiti (Boleh menjadi seorang yang bersifat psiko dengan individu yang berbeza-beza)
- Mudah berasa dengki atau cemburudengan kelebihan individu di sekelilingnya
- Menjadi seseorang yang berkeperibadian negatif (Tikam belakang, menabur fitnah dan sebagainya)
Kepentingan Peranan & Sokongan Ibu Bapa
Justeru, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa sentiasa cakna dengan perubahan emosi anak-anak. Pastikan tangan kita sentiasa terbuka untuk digapai oleh anak-anak tatkala mereka menghadapi masalah.
Meminjamkan bahu dan telinga pada mereka apabila anak kecil stres bukan bermaksud segala kehendaknya perlu dituruti.
Namun, pastikan agar Mama dan Papa tidak sampai mengabaikan luahan perasaan anak-anak. Berikut cara tepat untuk membantu anak-anak agar tidak berasa tertekan:
- Sentiasa curi masa walaupun sebentar untuk mendengar setiap hari perkongsian anak-anak tentang apa yang berlaku pada hari itu.
- Dalam ketegasan, cuba bersikap lembut bagi sesetengah situasi. Contohnya jika keputusan peperiksaan anak tidak memuaskan, it’s ok kalau Papa nak bersikap garang demi kebaikan masa depan mereka. Namun bila berjalan bersama keluarga, buang sikap garang tadi dan cipta karakter sebagai seorang pelindung. Papa boleh ajarkan anak-anak memahami isyarat di atas jalan raya. Ia sekaligus memberikan keselesaan kepada anak-anak untuk berkongsi masalah dengan parents mereka.
- Selalu ingatkan kepada anak-anak untuk tidak berdiam diri jika berlaku perkara buruk
- Jangan abaikan segala luahan atau aduan anak meskipun perkara kecil seperti diejek rakan di kelas. Mama dan Papa harus bersikap terbuka menangani situasi agar anak tidak rasa diabaikan
- Sentiasa ingatkan anak untuk berpegang kepada agama. Bagi yang bergama Islam, Mama Papa boleh ajar anak untuk berdoa dan mengadu kepada Allah jika berasa sedih dan keseorangan.
- Ajar anak untuk menjadi seorang yang kuat semangat, kuat azam dan yakin diri. Justeru, apabila berasa stres, mereka boleh menanganinya dengan bijak.
Melalui sokongan daripada parents, ia akan membentuk keyakinan dan kepercayaan si anak sekaligus menjadikan anak anda seorang yang berjiwa kuat dan berani. Daripada nilai positif yang terlahir ini, anak anda akan sukar terkesan dengan sebarang tekanan serta berupaya menjadi individu yang sentiasa positif.
Ingat Papa dan Mama, sekiranya kita sentiasa yakin dengan ketentuan Allah dan ujian yang datang, ia boleh melatih kita untuk bersifat reda dan sekaligus menghilangkan tekanan. Justeru, nasihati anak-anak dengan menyelitkan juga mutiara kata yang baik.
Senarai Tempat Untuk Mendapatkan Bantuan
Bagi mereka yang tercari-cari tempat sesuai bagi mendapatkan bantuan, di sini Mama Siti kongsikan beberapa pusat terapi dan kaunseling yang boleh dikunjungi.
1. Klinik Psikologi Kesihatan, UKM
Alamat: Klinik Psikologi Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abd Aziz, 50300 Kuala Lumpur.
No telefon: +603-2687 8198 / +603-2694 7621
Emel/media sosial: kpk_fsk@ukm.edu.my / Facebook
2. International Psychology Centre
Alamat: 11-1, Wisma Laxton, Jalan Desa, Taman Desa, Kuala Lumpur
No telefon: +603-2727 7434
Emel/media sosial: info@psychology.com.my
3. Jiwa Damai Pusat Pakar Psikologi
Email: support@jiwadamai.com
Emel/media sosial: WhatsApp
4. Erufu Care
5. Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah
Alamat: Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah, No 19, Jalan BM 2/3, Bukit Mahkota, Bangi, 43000, Malaysia.
No telefon: 03 – 8912 5880 / 019 – 335 4977
Bukan kita je tau yang stres, tertekan, anxiety, dan sebagainya. Anak kecil pun ada stres tersendiri. Dan kita sebagai ibu bapa harus cakna dengan segala perubahan dan emosi anak kecil yang stres.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan pelbagai info dan tips kesihatan mengenai si kecil hingga ke dewasa di SINI!