Berita baik kepada Mama Papa golongan B40! Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) secara percuma kepada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.
Program ini bekerjasama dengan Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) untuk menjayakan program teknik asas renang kepada kanank-kanak.
Objektif utama program ini untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas dengan mendedahkan teknik asas renang dengan betul kepada kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40.
Selain itu, dapat membina keyakinan dan mengurangkan ketakutan kanak-kanak ketika berada dalam air.
Program ini telah pun dilancarkan pada bulan Mac yang lalu dan mendapat reaksi yang positif dimana seramai 739 kanak-kanak yang menyertai KLAS renang ini yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.
Peserta yang lepas menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya melibatkan pembinaan keyakinan diri mereka ketika dalam air (water confidence). Melibatkan juga kemahiran lain seperti, Bubbles and Hold Breath, Floating (Star Float), Kicking and Dynamic Kick with Air Exchange, Pulling and Combination and Pull and Kick.
Setakat ini, Program KLAS Renang Fasa 1 ni telah dilakukan di 18 daerah daripada lapan negeri termasuk lah Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak serta Kelantan.
Untuk KLAS Renang Fasa 2 pula akan bermula pada Setemper hingga Disember dan akan diperluaskan lagi kepada 36 lokasi.
Prapendaftaran sudah pun dibuka dari 16 Ogos 2023. Jadi, Mama Papa yang berminat boleh lah mendaftar anak-anak.
Cara Mendaftar
Cara untuk mendaftar KLAS Renang ni mudah je. Mama Papa bukak Instagram Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) yang Mama Siti share ni. Lepas tu scan je QR code untuk daftar.
Bagi peserta yang berjaya menyertai program ini akan dihubungi oleh Sekretariat JBSN untuk maklumat selanjutnya.
Mama Papa rebut peluang ini sementara pendaftaran masih dibuka. Lagi pun, KLAS Renang ni PERCUMA je. Rugilah kalau Mama Papa lepaskan peluang keemasan ini.
Lihat pelbagai berita terkini dan viral di SINI.