Bila kita bercakap tentang “kereta hijau” atau green cars, mungkin ada beberapa perkara yang Mama Papa masih belum tahu tentang green cars ni.
Menjadi impian kepada Papa untuk memiliki kereta jenis hibrid ini. Bukan sahaja canggih malah sudah menjadi trend, tapi menjimatkan kos untuk petrol dan juga kenderaan yang moden.
Tentang Green Cars yang Mama Papa Perlu Tahu
1. Pelbagai Jenis Kenderaan Hijau
Kenderaan hijau ni tak terhad kepada kereta elektrik je, ada jugak kereta hibrid. Ini antara yang popular lah dalam green cars.
Jadi, Papa ada pilihan mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan keluarga Papa.
2. Menjimatkan Petrol
Kereta Hijau ni seperti kereta elektrik lebih jimat bahan bakarnya berbanding dengan kereta enjin konvensional.
Ini bermakna Papa boleh menjimatkan kos minyak kereta.
3. Teknologi Keselamatan
Kereta hijau ni dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang canggih seperti sistem brek automatik dan sekatan lalai. Ini boleh meningkatkan keselamatan pemilik dan pengguna jalan lain.
4. Rendah Pengeluaran Karbon
Salah satu manfaat utama kenderaan hijau adalah mengurangkan pengeluaran karbon. Ini membantu mengurangkan kesan pemanasan global dan pencemaran udara.
5. Kos Awal yang Lebih Tinggi
Walaupun kenderaan hijau boleh membantu Mama Papa menjimatkan wang dalam masa jangka panjang, tetapi kebanyakan daripadanya mempunyai kos pembelian awal yang lebih tinggi berbanding kenderaan konvensional.
6. Langkah Positif untuk Alam Sekitar
Memilih untuk memiliki kenderaan hijau adalah langkah positif dalam membantu menjaga alam sekitar dan merendahkan kesan negatif pengangkutan terhadap planet kita.
Selain tu, dengan ,memiliki kereta hijau ni Mama Papa dapat mengajar anak-anak tentang kepentingan alam sekitar dan menjadi pengguna yang bertanggungjawab.
Apa Perbezaan Green Cars antara Hibrid dengan Elektrik?
Mesti Mama Papa ingat kereta hybrid dengan kereta elektrik ni sama kan, tidak ye. Ianya dua jenis kereta ni berbeza walupun sama-sama kereta hijau.
Kereta Hibrid
Kereta hibrid ni sejenis kereta yang gunakan gabungan dua sistem iaitu enjin pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.
Enjin utamanya masih gunakan petrol sebenarnya sebagai bahan api. Tetapi ia jugak ada sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid.
- Gabungan Kuasa: Kereta hiibrid menggunakan gabungan kuasa dari enjin dalaman tradisional (biasanya petrol atau diesel) dan motor elektrik.
- Penggunaan Bahan Bakar: Enjin dalamn di kereta hibrid digunakan untuk mengisi bateri motor elektrik dan kadang-kadang untuk gerakkan kenderaan secara langsung.
- Penjimatan Bahan Bakar: Kereta hibrid ni lebih jimat bahan bakar daripada kereta konvensional sebab boleh berfungsi dalam mod elektrik time berhenti.
- Jarak Tempuh Elektrik Terhad: Kereta hibrid tak boleh berfungsi dalam mod elektrik sepenuh kalau jarak yang panjang. Biasanya jarah tempuh elektrik terhad sebelum enjin dalaman mengambil alih.
- Pemulihan Tenaga: Mostly kereta hibrid gunakan sistem pemulihan tenaga semasa brek. Maksudnya, tenaga yang biasanya terbuang semasa brek digunakan untuk mengisi bateri.
Kereta Elektrik
- Kuasa Elektrik Sepenuhnya: Kereta elektrik hanya menggunakan motor elektrik sebagai sumber kuasa utama. Ia tidak ada enjin dalaman yang menggunakan bahan bakar.
- Tiada Emisi Tempatan: Kereta elektrik adalah bebas daripada emisi tempatan sebab tidak mengeluarkan gas terbuang time beroperasi.
- Jarak Tempuh Elektrik: Kereta elektrik boleh memiliki jarak tempuh elektrik yang signifikan, terutamanya model-model yang lebih baru. Beberapa daripadanya mungkin akan memiliki jarak tempuh m]yang melebihi 300 kilometer sebelum dicas semula.
- Pengecasan Bateri: Owner kereta elektrik ni perlu mengisi semula baterinya daripada sumber elektrik seperti stesen cas awam atau di rumah sendiri dengan pengisi bateri khas.
- Pengecasan Rumah: Banyak kereta elektrik boleh diisi semula di rumah je dengan menggunakan soket biasa. tetapi pengisiannya mengambil masa lebih lama kalau nak dibandingkan dengan pengisi bateri lebih pantas di stesen cas.
- Lebih Mahal: Kereta elektrik biasanya lebih mahak berbanding dengan kereta hibrid atau pun kereta konvensional. Sebab teknologi baterinya mahal.
Papa nak tahu pilihan warna cat untuk bilik yang sejuk? Klik di SINI.