Berkhemah sebenarnya sangat menyeronokkan, dan setiap orang yang pernah berkhemah mesti akan selalu bercerita tentanng perkhemahan termasuk la juga Mama Siti.
Perasaan kebebasan, sangat rapat dengan alam semula jadi, dan mempunyai hubungan langsung dengan alam sekitar adalah pengalaman yang sangat menenangkan, walaupun sedikit letih dan leceh kalau dibandingkan dengan penginapan hotel.
Walau bagaimanapun perkhemahan yang mudah dan semula jadi bukan satu perkara yang mudah, tidak semua orang boleh berkhemah dengan cara yang betul dan tepat pada permulaannya.
Terdapat beberapa kemahiran yang perlu diperolehi sebelum memulakan pengembaraan perkhemahan pertama.
Mama Papa teringin nak adakan “Family Day” dengan berkhemah? ataupun menyambut apa-apa sambutan? Ataupun hanya meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga tercinta, tapi belum pernah atau tidak biasa berkhemah?
Jangan risau, Mama Siti kan ada. Mari Mama Siti kongsikan beberapa tips dan panduan asas untuk Mama Papa mula berkhemah.
Panduan Asas Berkhemah
1. Memilih Tapak
- Pilih tanah atau tapak yang rata
- Ini memudahkan pemasangan khemah yang selesa sebagai tempat tidur atau berehat dan akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung semasa hujan.
- Berhampiran punca air
- Air yang bersih penting digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Punca air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku sakit perut,cirit birit atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.
- Jauh daripada dahan kayu mati
- Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, pokok atau ranting serta dahan mati tersebut tidak menimpa khemah dan orang yang berada ditapak perkhemahan tersebut.
- Tapak yang lebih tinggi dari punca air
- Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai.
- Mudah untuk mendapatkan bantuan
- Ini penting jika berlaku sebarang kecemasan, pilih tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan kampung, laluan orang serta mudah dihubungi.
- Mudah untuk mendapatkan bahan bakar
- Bahan bakar perlu untuk memasak jika memasak menggunakan unggun api.
- Keselamatan kawasan perkhemahan
- Pastikan kawasan tersebut terselamat dari binatang buas atau penceroboh yang tidak diingini.
2. Perancangan Untuk Berkhemah
Rancang awal segala persiapan yang diperlukan termasuk:
- Makanan
- Peralatan masakan dan sebagainya
- Keselamatan
- Ilmu dan peralatan bantuan kecemasan
- Perubatan
- Ubatan yang diperlukan
- Panadol dan sebagainya
- Jadual perjalanan & aktiviti
- Tempat tidur
- Khemah
3. Peralatan Asas Yang Diperlukan
- Khemah
- Bantal
- Selimut
- Kerusi
- Meja
- Lampu/pelita
- Peralatan baik pulih
- Toolbox
- Tukul
- Pemutar skru
- Pelekat
- Cable-tie
- Peralatan Masakan
- Dapur portable
- Pinggan, mangkuk
- Cawan
- Sudu, garfu
- Pisau
- Makanan
- Bekas makanan
- Plastik sampah
- Arang
- Grill
- Penghidup api
- Pakaian
- Pakaian dalam
- Pakaian aktiviti
- Pakaian tidur
- Stokin
- Kasut
- Kebersihan diri & kesihatan
- Ubat gigi
- Sabun
- Syampu
- Kit bantuan kecemasan
- Barangan peribadi
- Telefon bimbit
- Kad pengenalan
- Dompet
- Tambahan
- Extension
- Powerbank
- Permainan
- Buku
- Hiburan
Untuk checklist yang lebih lengkap, lihat di SINI.
4. Pengetahuan Asas
Berikut adalah pengetahuan asas yang perlu dipelajari sebelum berkhemah:
- Ilmu Geografi
- Jika anda memutuskan untuk tidur di bawah bintang dan bergerak di sekitar hutan, pantai atau padang, Mama Papa harus mengkaji tempat yang anda lawati dengan teliti. Tiada siapa yang mahu perubahan dengan ketinggian atau kawasan berlumpur di kawasan hutan, atau tapak perkhemahan ditenggelami air pasang di pantai.
- Pertolongan Cemas
- Apabila anda berada di luar bandar, akses kepada ubat atau hospital adalah sangat terhad. Itulah sebabnya pengetahuan tentang prosedur sekiranya melecur, dipotong atau patah kaki adalah satu kemestian bagi setiap orang yang merancang perjalanan perkhemahan.
- Mengenali Haiwan dan Tumbuhan
- Ilmu ini penting untuk mengenal pasti bahaya, keselamatan, bahan-bahan, dan sebagainya.
- Perancangan yang Betul
- Perancangan bukan sahaja membaca pelbagai panduan atau blog pelancongan. Ia juga mengenai mempertimbangkan kebolehan semua peserta dan menyesuaikan laluan kepada mereka.
- Membina unggun api
- Bagi Mama Siti “Tiada perkhemahan tanpa unggun api!” Jika anda ingin pergi berkhemah, anda perlu tahu cara membina unggun api yang stabil. Ia merupakan sumber cahaya dan kehangatan, tetapi juga alat untuk memasak makanan dalam perjalanan anda.
- Memasak
- Memasak mungkin bukan kemahiran yang paling diperlukan semasa berkhemah, tetapi ia pasti berguna dalam beberapa keadaan. Tukang masak yang bijak boleh menyediakan apa sahaja walaupun terdapat kekurangan bekalan makanan semasa berkhemah.
- Dan sudah pasti, tukang masak yang baik juga diperlukan untuk menyediakan makanan yang boleh dinikmati oleh semua ahli.
- Menggunakan Alat
- Seorang ahli perkhemahan yang baik harus mempunyai kebolehan semula jadi untuk menggunakan alatan seperti pisau, tali, pemula api, kit pembaikan, dan lain-lain. Ini semua adalah asas untuk sebarang perkhemahan dan menjamin keselamatan.
- Jika anda tidak biasa menggunakan mana-mana alat, pastikan berlatih menggunakannya terlebih dahulu.
- Kerjasama dan Kemahiran Interpersonal
- Keupayaan untuk bekerjasama dengan orang lain dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik adalah satu kemestian jika anda ingin melakukan perjalanan dalam suasana yang positif.
Ingat tau! ini semua cuma panduan asas! Mama Siti minta maaf kalau ada yang terlepas pandang. Sebenarnya banyak lagi yang Mama Siti tak masukkan, sebagai contoh mungkin Mama Papa boleh belajar ikatan dan simpulan yang penting dalam perkhemahan.
Menarik kan sebenarnya kalau kita adakan aktiviti atau sambutan dengan cara berkhemah. Tapi nak buat kat mana ya? Mana tapak perkhemahan yang menarik? Nak tau tak? hidupkan notifikasi, nanti Mama Siti share, jangan terlepas tau!
Untuk pelbagai panduan dan tips Mama Siti akan kongsikan di SINI.