Masalah membuang air besar, sakit di bahagian rektum dan najis berdarah membuatkan seseorang rasa tidak selesa.
Selain mendapatkan rawatan klinikal, Mama juga boleh berikhtiar dengan membaca doa-doa ketika sakit sembelit.
Selain diamalkan untuk diri sendiri, Mama juga boleh membacakan doa sembelit untuk anak bayi yang menghadapi kesukaran membuang air besar.
Koleksi Doa Hilangkan Sembelit Yang Boleh Diamalkan
#1 Al-Fatihah
Bismillah hir-rohmaa nir rahiim.
Alhamdulillaahi robbil ‘alamiin.
Ar rohmaanir-rohiim.
Maliki yawmiddiin.
Iyyaaka na’budu wa-‘iyyaaka nasta ‘iin.
Ihdinas sirothol mustaqiim.
Siraatal-laziina ‘an-‘amta ‘alay-him Ghoyril-maghdhubi ‘alay-him walad dholliin.
Ulama seperti Imam Malik menyatakan surah al- Fatihah itu sendiri bersifat rukyah. Oleh itu, sunat membacakan ayat pembuka surah itu dan diniatkan untuk orang sakit sembelit.
#2 Selawat Syifa’
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا، وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا، وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا، وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
Tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
Wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
Wa nuril absari wa diyaâ iha,
Wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Salli
Maksudnya: Ya Allah, berilah rahmat ke atas junjungan kami, nabi Muhammad SAW yang berkat berselawat ke atas baginda, akan merawati hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Selawat syifa’ mendapat namanya kerana sifat penyembuhan yang ada dalam ayat selawat itu. Selain itu, ayat-ayat syifa` memang sudah lazim diamalkan untuk merawat penyakit jasmani dan gangguan syaitan.
#3 Doa Penghilang Kesakitan
بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Bismillaahi bismillaahi bismillaahi
‘A’udzu bi ‘izzatillahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadzir’u
Maksudnya: Dengan nama Allah Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.
(Hadis riwayat Muslim)
Doa ini datangnya dari para sahabat yang meminta bantuan Nabi SAW untuk meredakan rasa sakitnya itu. Lalu, baginda pun ajarnya beliau untuk membaca doa penghilang kesakitan sambil meletakkan tangan kanan ke bahagian yang sakit itu.
#4 Doa Penyejuk
(Dipetik dari buku karya Almarhum Tuan Guru Dato’ Haron Din)
اللَّهُمَّ ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيقَ
وَعَظْمَهُ الدَّقِيقَ، وَ عِرْقَهُ الصَّغِيرَ، مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيقِ
ياَ أُمَّ مِلْدَمٍ ، إِنْ كُنْتِ ءامَنْتِ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ
فَلاَ تُصَدِّعِى الرَّأْسَ، وَلاَتُنْتِنِي الْفَمَ ، وَلاَتَشْرَبِي الدَّمَ
وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللَّهِ إِ لَهًا ءَاخَر
Allahummarham jildahu-rraqiiqa
Wa’azmahu ddaqiiqa, wa iirqahu ssaghira, min syiddatil- hariiqi,
ya umma mildami, in kunti aamanti billahi-a’ziimi,
fala tusoddi’ii ra’sa, wala tuntinil-fama, wala tashrabiddama,
watahawwali ‘anhu ila manittakhaza ma’allahi ilahan aakhara.
#5 Doa Mengubati Sakit Perut
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru
Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.
#5 Doa Ibu
Antara tiga doa yang dimakbulkan ialah permintaan dari seorang ibu kepada Allah SWT buat anak-anaknya. Oleh itu, Mama haruslah sentiasa membaca doa hilangkan sembelit di atas atau dalam bahasa Melayu untuk anak-anak Mama.
“Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya”
(Riwayat Ibnu Majah)
Petua Cegah Sembelit
Pertama sekali kita perlu pastikan tubuh badan mendapat sumber serat yang mencukupi melalui sayur dan buah-buahan.
Selain itu, pastikan Mama minum air dengan kadar yang sepatutnya. Minum air terlalu banyak dan terlalu kurang pun tak baik untuk kesihatan.
Jika Mama sakit perut dan rasa ingin membuang air besar, jangan ditangguh. Sebaliknya, selesaikan urusan tersebut untuk mengelakkan risiko sembelit.
Ingatnya, doa sembelit ialah salah satu dari usaha kita menghilangkan sakit sembelit. Jika keadaan masih belum pulih atau semakin parah, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan doktor.
Mudah-mudahan, sakit sembelit yang dihadapi Mama dan bayi beransur reda.
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.