Kita semua tahu Hari Jumaat dianggap istimewa dalam agama Islam. Banyak peristiwa penting berlaku pada hari Jumaat. Lagipun hari Jumaat antara hari yang dimakbulkan doa. Jom kita sama amalkan senarai doa hari Jumaat yang Mama Siti kongsika dalam artikel ini.
Koleksi Doa Hari Jumaat
Doa Hari Jumaat #1
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahalladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyumu, wa atubu ilaihi.
Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia Yang hidup kekal serta terus menerus mengurus (makhluk), dan aku bertobat kepada-Nya.”
Doa Hari Jumaat #2
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirat hasanah, waqina adzabannar
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka.”
Doa Hari Jumaat #3
يا رب في يوم الجمعة وعدت عبادك بقبول دعواتهم، سأدعو لقلب قريب من قلبي: اللهم ارزقه ما يريد وارزق قلبه ما يريد واجعله لك كما تريد، اللهم قدر له ذلك قبل أن تأذن شمس الجمعة بالمغيب
Ya Rabbi fi yaumil jumat wa ‘adta ibadaka bi qabuli da’wahum, sa ad’u liqalbin qaribin min qalbi, Allahummarzuqhu ma yuridu warzuq qalbahu ma yuridu, waj’alhu laka kama turidu, Allahumma qaddirlalhu dzalik, qabla an tu’dzina syamsul jumat bil maghrib.
Maksudnya: Ya Allah, pada hari Jumat ini, kau berjanji pada hamba-hamba-Mu untuk menerima doa mereka. Aku akan berdoa dari hati yang terdalam.
Ya Allah, berikanlah apa yang kuinginkan, dan berkatilah hatiku dengan apa yang kuinginkan. Dan jadikan diriku ini milik-Mu seperti yang dirimu inginkan, sebelum matahari hari Jumat tenggelam
Doa Hari Jumaat #4
اللهم عليك توكلت فارزقني واكفني، وبك لذت فنجني مما يؤذيني، أنت حسبي ونعم الوكيل، اللهم رضني بقضائك، وقنعني بعطائك، واجعلني من أوليائك
Allahumma ‘alaika tawakkaltu farzuqni wakfini, wa bika ludzfu fa najjini mimma yu’dzini anta hasbi wa ni’mal wakil. Allahumma raddhini bi qadhaika wa qanni; bi athaika waj’alni min aulia-ika
Maksudnya: “Ya Allah, aku berserah diri pada-Mu, berikan aku rezeki dan cukupkan aku. Selamatkan aku dari sesuatu yang menyakitiku. Engkau adalah satu-satunya pelindung terbaikku, dan cukupkanlah aku dengan anugerah-MU dan jadikanlah aku dari para waliMu.”
Doa Hari Jumaat #5
Ya Allah, berikan aku sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain, sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan, minda yang mampu melupakan kepahitan dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya. Aamiin.
Waktu Mustajab Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”.
(Riwayat al-Bukhari)
Daripada dalil dari baginda Nabi Muhammad SAW itu, kita maklum bahawa ada satu hari dalam hari Jumaat yang akan dimakbulkan doa-doa orang yang meminta kepada Allah SWT.
Namun begitu, bilakah sebenarnya waktu yang mustajab berdoa di hari Jumaat itu?
Mama Siti merujuk kepada badan yang lebih pakar bagi menjawab persoalan ini. Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada senaraikan beberapa pendapat dari ulama hadis tentang perkara ini.
Pada akhirnya, mufti wilayah memilih pendapat dimana waktu yang mustajab berdoa ialah pada selepas azan asar hingga terbenam matahari.
Jika ada yang berpendapat sebaliknya, kita hormatinya sahaja. Ya lah, dalam dunia ini bukan ada satu tokoh agamawan sahaja. Kita raikan kepelbagaian itu selagi ia tidak bercanggah dengan asas akidah Islam.
Disebabkan itulah ada beberapa negara dan negeri di Malaysia yang cuti pada hari Jumaat kerana ingin memaksimakan amal ibadat pada hari tersebut.
Doa-doa yang Mama Siti kongsikan itu diharap dapat dijadikan panduan untuk Mama berdoa yang baik-baik di hari Jumaat ini.
Untuk ketahui lebih lagi tentang doa dan amalan klik SINI.