Masukkan epal dalam pemakanan anda! Mama nak badan lansing, Papa nak kuruskan badan, anak-anak perlukan serat dan khasiat yang cukup, tak perlu fikir panjang, tak perlu runsing! Epal lah jawapannya!
Kalau kita selalu tengok di label suplemen, ubat kurus dan sebagainya mesti perasan antara buah yang selalu dipaparkan antaranya adalah buah epal kan?
Tapi apa sebenarnya khasiat buah ini? Epal pula ada pelbagai jenis, dan ada duah jenis iaitu hijau dan merah. Apakah perbezaan kedua-duanya, dan apakah khasiat serta kebaikan yang boleh diperoleh?
Banyak sebenarnya! Tapi jangan pulak Mama Papa harap nak kuruskan badan kalau buah itu Mama buat kek atau gula-gula! Itu lagi makan, lagi sakit!
Mari sini Mama Siti nak kongsikan, apa beza buah merah dengan hijau, dan macam mana nak olah jadi makanan yang sedap, berkhasiat, dan sesuai untuk kanak-kanak!
Merah Atau Hijau?
Khasiat & Nutrisi Epal
Sebiji epal secara anggarannya mempunyai kandungan nutrisi seperti berikut:
- Kalori: 95
- Karbohidrat: 25 gram
- Serat: 4 gram
- Potasium: 6% daripada Reference Daily Intake (RDI)
- Vitamin C: 14% daripada RDI
- Vitamin K: 5% daripada RDI
Selain itu, ia juga mengandungi kandungan polyphenols, vitamin A, E, B1, B2 dan B6 yang mempunyai anggaran sebanyak 2 – 4% RDI.
- Kaya dengan Vitamin A, C dan K
Ia adalah sumber vitamin A yang membantu mengekalkan penglihatan yang baik. Selain itu, ia juga sangat kaya dengan vitamin C yang memelihara sel-sel kulit daripada kerosakan oleh radikal bebas dan juga mengurangkan risiko kanser kulit.
Ia juga kaya dengan vitamin K yang memberikan kemampuan untuk menyembuhkan pembekuan darah.
Kesihatan Jantung
Buah ini yang tinggi kandungan serat dapat membantu mengawal paras kolesterol agar kandungan kolesterol ‘baik’ melebihi kolesterol ‘jahat’.
Mengurangkan Berat Badan
Menurut sebuah kajian, individu yang gemar makan buah ini sebagai pembuka selera akan membuat mereka berasa kenyang sebelum makan sajian utama kerana kandungan serat yang tinggi.
Ia merupakan langkah yang baik buat mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Mengurangkan Risiko Diabetes
Menurut pakar, buah yang mempunyai kandungan serat dan flavonoid dapatmembantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Melawan Kanser
Kandungan antioksidan dalam buah ini yang sangat tinggi menjadikan ia antara sumber makanan yang mampu melawan kanser.
Anda harus tahu bahawa kulit buah ini merupakan bahagian yang paling kaya dengan antioksidan. Oleh itu, jangan buang kulitnya apabila hendak memakannya.
Cegah Asma
Disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi, buah ini juga mampu melindungi paru-paru anda. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 68,000 wanita, mereka yang makan buah ini akan mempunyai risiko menghadapi asma yang rendah.
Perkembangan Tulang
Makan buah-buahan sememangnya dikaitkan dengan ketumpatan tulang yang lebih kuat. Para pengkaji percaya bahawa antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan terutamanya buah epal mampu membantu kekuatan tulang.
Sistem Penghadaman
Buah ini juga mengandungi pectin, sejenis serat yang berfungsi sebagai prebiotik. Buah ini juga adalah tinggi kandungan serat yang mampu membantu sistem pencernaan anda.
Perbezaan Epal Merah & Hijau
Epal merah sudah tentu lebih digemari daripada epal hijau kerana rasanya yang lebih menarik. Pun begitu, yang mana satu sebenarnya lebih berkhasiat untuk kita?
Menurut sebuah laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram karbohidrat manakala satu cawan epal merah pula mengandungi 15 gram karbohidrat.
Buah ini sangat terkenal dengan khasiat yang mampu melawan penyakit diabetes. Epal merah mengandungi kandungan gula yang lebih manis dan tidak masam. Tetapi jika dikira daripada jumlah kandungan gula, epal hijau lebih selamat untuk penghidap diabetes.
Secara umumnya, epal merah adalah lebih digemari kerana rasanya yang lebih sedap dan manis. Tidak ramai individu yang menggemari epal hijau kerana rasanya yang sedikit masam.
NOTA PENTING!: Anda tidak digalakkan makan buah ini melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat. Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan buah ini setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu atau dua biji sahaja sehari.
Dua Resepi Snek Epal Yang Boleh Dicuba
1. Cup Cake Microwave
Bahan-bahan
- 2 sudu besar tepung serba guna
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu kecil sirap maple tulen
- ½ sudu kecil kayu manis tanah
- ¼ sudu kecil serbuk penaik
- ¼ cawan sos epal tanpa gula
- ½ sudu teh ekstrak vanila tulen
- ¼ cawan epal dipotong dadu
Langkah-langkah
- Masukkan semua bahan ke dalam cawan yang selamat untuk microwave dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan kedalam microwave pada suhu tinggi selama 1½ hingga 2½ minit.
- Biarkan sejuk sedikit sebelum dinikmati.
Fakta pemakanan
- KALORI- 194
- JUMLAH LEMAK– 0.7g
- LEMAK TEPU- 0.1g
- PROTEIN- 4g
- KARBOHIDRAT- 44g
- SERAT- 4.1g
- GULA- 17.4g
- GULA TAMBAHAN- 8.3g
- SODIUM- 126mg
Resepi daripada – EverydayHealth
2. Pai Epal Mini
Bahan-Bahan
- 1½ cawan oat gulung kuno
- ¼ cawan minyak zaitun rasa ringan, dibahagikan
- 1½ sudu kecil gula perang ringan
- ¾ sudu teh kayu manis tanah, dibahagikan
- ¼ sudu kecil garam halal
- 2 epal tart-manis sederhana (seperti McIntosh), dikupas dan dipotong dadu
- ¼ cawan kismis
- 2 sudu besar sirap maple tulen
- 1 secubit buah pala yang dikisar
- 1 secubit halia kisar
Langkah-Langkah
- Panaskan ketuhar hingga 200 darjah Celsius.
- Sembur tin muffin mini dengan semburan masak nonstick.
- Letakkan oat dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisar.
- Pindahkan campuran oat ke dalam mangkuk dan tambah:
- 2 Sudu besar minyak zaitun
- Gula perang
- ¼ Sudu teh kayu manis
- Garam.
- Kacau hingga sebati dan kemudian ratakan adunan kulit pai ke dalam tin muffin yang disediakan.
- Tekan ke bahagian bawah dan atas bahagian tepi setiap cawan muffin.
- Sediakan mankuk lain dan satukan:
- Epal dipotong dadu atau mengikut citarasa anda
- 2 sudu besar minyak zaitun
- ½ Sudu kecil kayu manis
- Kismis
- Sirap maple
- Buah pala
- Halia
- Tos sampai rata.
- Masukkan campuran epal perlahan-lahan ke dalam setiap cawan muffin.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga epal lembut dan kerak mula berwarna perang, kira-kira 20 hingga 25 minit.
Fakta Pemakanan
- KALORI- 104
- JUMLAH LEMAK- 4g
- LEMAK TEPU- 0.5g
- PROTEIN- 2g
- KARBOHIDRAT- 15g
- SERAT- 1.9g
- GULA- 5.7g
- GULA TAMBAHAN– 1.9g
- SODIUM- 19mg
Resepi daripada – EverydayHealth
Untuk lebih banyak tips pemakanan klik SINI.