Kelewatan perkembangan yang bersifat kekal biasanya akan menunjukkan masalah dalam satu atau lebih dalam aspek-aspek seperti pemahaman dan pembelajaran, pergerakan, komunikasi, pendengaran dan penglihatan. Di antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kelewatan perkembangan yang kekal adalah cerebral palsy, masalah berkaitan otot, autisma, masalah berkaitan dengan bahasa, emosi, penglihatan dan pendengaran.
Antara tanda-tanda bahaya yang perlu dilihat dari satu umur ke umur yang lain adalah seperti berikut:
PERKEMBANGAN 2 BULAN
- Tiada respon untuk bunyi yang kuat
- Tiada senyuman kepada orang
- Tidak membawa tangan ke mulut
- Apabila dibaringkan di atas perut, bayi tidak dapat mengangkat kepala ke atas
PERKEMBANGAN 4 BULAN
- Mata tidak mengikut arah objek yang dipegang
- Tidak senyum kepda orang
- Apabila dalam posisi duduk, kepala masih belum dalam keadaan stabil
- Tiada sebarang bunyi-bunyian dibuat
- Tidak memasukkan objek ke dalam mulut
- Tidak dapat menolak kaki ke bawah apabila bayi dipegang berdiri dengan tapak kaki di atas permukaan yang keras
- Mempunyai masalah pergerakan sebelah mata atau kedua-dua mata dalam semua arah
PERKEMBANGAN 6 BULAN
- Tidak dapat mencapai objek dalam jangkauan
- Tidak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada penjaga
- Mempunyai kesukaran untuk memasukkan objek ke dalalm mulut
- Tiada respon kepada bunyi di persekitaran
- Tiada bunyi-bunyian ‘vowel’ dibuat seperti ‘ah’, ‘eh’, ‘oh’
- Tidak dapat berpusing dari depan ke belakang atau belakang ke depan
- Tiada ketawa atau tiada bunyi-bunyian riang dibuat
- Badan terasa keras dengan otot-otot yang keras
- Badan sangat lembik seperti patung mainan kainan
9 BULAN
- Tidak dapat menampung berat badan dengan kaki apabila dipegang berdiri
- Tidak dapat duduk dengan bantuan
- Tiada bunyi-bunyian seirama seperti ‘mama’, ‘papa’, ‘dada’
- Tiada respon apabila nama dipanggil
- Tidak dapat mengenali orang yang biasa dilihat
- Tidak melihat ke tempat yang ditunding
- Tidak memindahkan barang mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
1 TAHUN
- Tidak merangkak
- Tidak dapat berdiri apabila dibantu
- Tidak mencari objek yang anda cuba lindung di hadapan kanak-kanak tersebut
- Tidak mengutarakan satu patah perkataan seperti ‘’ibu’, atau ‘ayah’
- Tidak mempelajari cara mengoyangkan kepala atau ‘bye-bye’ apabila ditunjukkan
- Tidak menunding jari ke objek
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
1 TAHUN 6 BULAN
- Tidak menundingkan jari ke objek yang ingin ditunjukkan kepada yang lain
- Tidak dapat berjalan
- Tidak mengetahui kegunaan objek biasa yang dilihat di rumah
- Tidak meniru perilaku orang lain
- Tidak mempelajari perkataan baru
- Tidak dapat bercakap sekurang-kurangnya 6 patah perkataan
- Tidak mengendah atau tidak perasan apabila penjaga tidak berada di sisi
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
2 TAHUN
- Tidak menggunakan frasa dengan 2 patah perkataan seperti ‘nak susu’, ‘bagi bola’
- Tidak tahu kegunaan barangan biasa di rumah seperti berus gigi, telefon, garpu, sudu
- Tidak meniru perilaku dan perkataan
- Tidak dapat mengikut arahan mudah
- Tidak dapat berjalan dengan lancar
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
3 TAHUN
- Sentiasa jatuh atau tidak dapat menaiki tangga
- Pertuturan yang tidak jelas atau sentiasa mempunyai air liur yang mengalir dari mulut secara berlebihan
- Tidak dapat menggunakan alat permainan mudah
- Tidak bercakap dalam ayat
- Tidak memahami arahan mudah
- Tidak mahu bermain dengan barang permainan atau bermain dengan kanak-kanak lain
- Tidak bermain berimaginasi/olok-olok (contoh mengajuk bercakap dalam terlefon menggunakan kiub)
- Tidak melihat atau tiada kontek mata apabila melihat orang
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
4 TAHUN
- Tidak dapat melompat di satu tempat
- Mempunyai masalah menconteng
- Tidak menunjukkan keinginan untuk bermain imaginasi/olok-olok
- Tidak menghiraukan kanak-kanak lain atau tidak respon kepada orang selain dari ahli keluarga sendiri
- Tidak suka untuk dipakaikan baju, ditidurkan atau menggunakan tandas
- Tidak dapat menceritakan kembali cerita yang disukai
- Tidak dapat mengikut arahan dengan 3 tugasan (ambil patung dan beri kepada mama dan pergi ke pintu)
- Tidak memahami maksud ‘sama’ dan ‘berbeza’
- Tidak menggunakan ‘saya’ dan ‘anda’ dengan cara yang betul
- Pertuturan yang tidak jelas
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
5 TAHUN
- Tidak dapat menunjukkan pelbagai emosi yang berbeza
- Menunjukkan kelakuan yang keterlaluan (terlampau takut, agresif, malu atau sedih)
- Tidak aktif dan tidak ingin berinteraksi
- Kurang perhatian, mempunyai masalah untuk fokus dalam sesuatu kerja atau aktiviti lebih dari 5 minit
- Tidak respon kepda orang atau respon yang bersahaja
- Tidak dapat membezakan antara yang ‘sahih’ dan ‘olok-olok’
- Tidak ingin bermain atau menyertai pelbagai permainan atau aktiviti
- Tidak dapat memberitahu namanya
- Tidak dapat menceritakan tentang aktiviti harian atau pengalaman harian
- Tidak dapat melukis gambar
- Tidak dapat memberus gigi, mencuci dan mengeringkan tangan, dan membuka pakaian tanpa bantuan orang lain
- Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
ANTARA TERAPI YANG MUNGKIN DISARANKAN ADALAH:
- Program intervensi awal – merangkumi pemulihan dalam perkembagan si kecil yang memerlukan penumpuan dalam aspek pergerakan, pertuturan, penulisan serta sensori kanak-kanak
- Fisioterapi – untuk proses menguatkan otot-otot yang mungkin lebih lemah, dan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan otot tersebut
- Pemulihan cara kerja – untuk proses adaptasi penggunaan peralatan untuk membantu si kecil tersebut melakukan aktiviti harian
- Audiologi dan pendengaran – untuk pemeriksaan pendengaran sekiranya kanak-kanak tersebut mengalamai masalah pertuturan yang mungkin disebabkan oleh masalah pendengaran
- Pakar pertuturan dan bahasa – membantu dalam memberikan cara-cara untuk membantu pertuturan kanak-kanak itu yang mungkin lambat dengan pelbagai intervensi dan aktiviti
Sumber: www.doktorbudak.com (Dr Poongundran A/L Pannerselvan)