Tak lama lagi nak kahwin tapi perancangan tempat honeymoon masih belum lengkap. Adakah Mama masih bingung ingin pergi ke mana seusai majlis perkahwinan?
Kali ini Mama Siti kongsikan 25 tempat berbulan madu khas untuk pasangan yang baru atau yang telah lama berkahwin.
Ayuh, kita lihat aktiviti yang ada di setiap tempat-tempat yang disenaraikan.
Senarai Tempat Honeymoon Terbaik Di Malaysia
#1 Mabul Water Bungalows
Rumah penginapan atas air yang juga dikenali sebagai pusat aktiviti selam dan skuba di Pulau Mabul. Pulau ini sangat terkenal sebagai salah satu tempat honeymoon di Malaysia.
Bukan untuk warganeraga sahaja, malah Pulau Mabul jugak terkenal sebagai salah satu tempat honeymoon di Malaysia dalam kalangan pelancong luar negara.
Bayangkan Mama menikmati istirehat dengan bunyi deruan ombak laut manakala di sebelah pagi pula Mama dihidangkan dengan pemandangan terumbu karang yang indah.
#2 Kota Kinabalu, Sabah
Pengalaman makan malam di Kota Kinabalu tak akan sama di tempat lain. Di sebelah malam, Mama boleh meluangkan masa bersama tersayang iaitu ‘candle light dinner’ berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
#3 Pulau Pangkor, Perak
Sebuah pulau yang diiktiraf sebagai pulau tercantik di Malaysia. Manakan tidak, batu karangnya masih elok terpelihara dan ada banyak spesies ikan yang unik.
Bagi mengeratkan hubungan perkahwinan, cuba aktiviti-aktiviti ini;
- Menaiki banana boat
- Jetski
- Parasailing
- Beri makan burung enggang
- Bersiar-siar di tepi pantai
- Melihat matahari terbenam
#4 Pulau Redang
Dulu tak ada geng nak ajak buat aktiviti sukan air, sekarang tidak lagi. Kan dah ada pasangan tu, Mama boleh menyelam, snorkeling, melihat penyu, bermain bola tampar pantai, dan parasailing.
Kunjungi juga tempat-tempat berikut sebagai lokasi destinasi bulan madu Mama dan pasangan.
- Pantai Pasir Panjang
- Pantai Telok Kalong
- Pantai Teluk Dalam
- Pasir Mak Simpan
- Pasir Mak Kepit
#5 Pulau Mabul
Kalau pilih Pulau Mabul, pastikan tidak ketinggalan mencuba aktivit menarik bersama pasangan Mama ya seperti berkayak dan menyelam.
Pulai ini diangkat menjadi destinasi terbaik dunia bagi aktiviti menyelam kerana kejernihan airnya.
#6 Taman Negara
Taman Negara Pahang ialah destinasi honeymoon yang popular dalam negara. Manakan tidak, ia menawarkan keindahan alam semula jadi di hutan purba, air terjun dan hidupan liar.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pasangan baru berkahwin termasuklah merentas hutan, pelayaran sungai, dan menerokai laluan kanopi.
#7 Pulau Perhentian
Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar ialah dua tempat yang berbeza tau Mama. Mama dan pasangan boleh cuba aktiviti snorkeling, menyelam scuba, melawat Kincir Angin D’Lagoon, melihat habitat penyu dan banyak lagi.
#8 Japamala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Negeri Pahang boleh dikatakan tempat yang paling banyak tempat menarik untuk honeymoon. Contohnya di Japamala Resort dimana suasananya sangat mirip dengan Maldives.
Mama tak perlu nak pergi jauh-jauh dan laburkan banyak wang, datang sahaja ke sini.
#9 Grand Orient Hotel, Penang
Paling menarik di sini ialah taman tema airnya yang luas, landskap ala Hawaii dan banyak tempat bermain.
Terdapat gelongsor yang berpusing-pusing dan terus membawa Mama ke dalam kolam air. Seronok kan!
#10 Coral View Island Resort, Pulau Perhentian
Pulau-pulau di Malaysia juga tidak ketinggalan menawarkan tempat honeymoon terbaik. Jika berpeluang, Mama wajib menginap di Coral View Island Resort kerana terdapat chalet yang betul-betul menghadap pantai.
Aktiviti lain termasuklah island hopping, snorkeling dan menyelam skuba.
#11 A Rock Resort, Langkawi
Ciri unik yang ada di A Rock Resort Langkawi ialah penginapannya. Beberapa buah unik bilik ini dibina dengan mengelilingi kolam renang secara bulatan.
Nak mandi kolam, tak perlu jalan jauh.
#12 Cameron Highlands
Sebuah tempat pelancongan yang terkenal kerana cuacanya yang sejuk ini sering menjadi pilihan pengantin baru untuk berbulan madu.
Oh ya, ada yang kata Cameron Highland ni ‘tempat subur’. Jadi siapa-siapa yang merancang cepat-cepat menimang cahaya mata, datanglah ke sini.
Aktiviti yang ditawarkan termasuklah:
- Melawat taman rama-rama dan taman lebah
- Memetik buah strawberi
- Jalan-jalan di pasar malam
- Melihat sayuran segar Mardi di Taman Sedia
- Beli belah di Kea Farm
#13 Kundasang
Merupakan satu lagi lokasi honeymoon terbaik di negeri Sabah. Terdapat satu tempat yang digelarkan ”Little New Zealand“ atau nama sebenarnya Desa Cattle Dairy Farm dimana kawasan itu menyerupai landskap ladang lembu di negara barat.
Seterusnya di sini juga terdapat Taman Warisan Dunia Pertama di Malaysia. Gunung Kinabalu yang menjadi kemegahan warga Asia Tenggara ada di Kinabalu Park.
#14 Frasers Hill
Kalau nak lebih privasi dan suasana tenang dari kesibukan kota, Mama Siti cadangkan untuk datang ke Frasers Hill.
Jumlah pengunjungnya tidaklah seramai di Cameron Highland dan lagi pula ada banyak aktiviti dan hotel disediakan.
Aktiviti di Frasers Hill:
- Bergambar di mercu tanda, menara jam
- Naik kuda dan memanah di The Paddock
- Bersampan di Allen’s Water
- Jelajah hutan (jungle trekking)
- Melihat burung-burung pelbagai spesies
- Bermain golf dalam cuaca sejuk
#15 Genting Highlands
Apa yang menarik di sini?
Salah satunya ialah berseronok di taman tema Skyworlds. Bayangkan Mama boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis karakter animasi umpama pergi ke Disneyland.
Bukan itu sahaja, Skyworld menawarkan 26 jenis permainan indoor dan outdoor yang menarik untuk pengantin baru.
#16 Pulau Langkawi
Dekat Pulau Langkawi lah kita dapat mengenali pasangan kita lebih dekat kerana ia menyediakan banyak aktiviti berbeza.
Pasangan yang suka menikmati keindahan alam, boleh berjalan-jalan di persisir pantai. Namun jika pasangan Mama seorang yang bahasa cintanya tentang memberi dan menerima hadiah, elok lah kalau singgah di Haji Ismail Group.
#17 Casabrina Vacation Villas, Raub, Pahang
Lokasi vila ini hanya kira-kira 1 jam perjalanan dari bandar terdekat. Ianya merupakan sebuah tempat penginapan mewah dengan pakej persekitaran alam semula jadi.
Resort ini diciptakan khas bagi pasangan yang ingin lebih privasi ketika berbulan madu.
#18 Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Pahang
Kepada Mama dan Papa yang suka atau teringin nak rasa suasana ala-ala negara Jepun, memang wajib datang ke sini.
Bangunannya membuatkan Mama terasa seolah-olah berada di Jepun. Lebih lagi, Mama juga boleh menyewa kimono, makan sushi dan cuba rawatan spa di Tatami Spa.
#19 Pulau Lang Tengah
Pulau paling cantik dan paling tenang. Kenapa?
Kerana Pulau Lang Tengah jarang dijadikan sebagai lokasi pelancongan di Malaysia. Tetapi itulah kelebihannya kerana Mama boleh menikmati pemandangan dan luangkan masa dengan lebih privasi.
#20 Pulau Pinang
Pencinta sejarah dan khazanah wajib pilih Pulau Pinang sebagai tempat honeymoon. Bukit Bendera, Muzium Upside Down, Ghost Museum, Fort Cornwallis, Pantai Batu Feringhi ialah lokasi menarik yang dicadangkan.
Oh ya, jangan lupa jeruk madu Pak Ali dan nasi kandar juga tau.
#21 Eagle Ranch Resort, Port Dickson
Reka bentuk resort yang unik telah menarik ramai pengunjung untuk datang dan menginap di sini. Lebih tepat lagi, Mama akan tidur dalam teepess sama seperti zaman red indian dan koboi di Amerika.
#22 Bidaisari Resort, Janda Baik
Negeri Pahang sangat sinonim sebagai tempat honeymoon di persekitaran hutan dan sungai. Janda baik tidak terlepas memberikan pengalaman yang sama.
#23 Boulder Valley Glamping & Event Place, Penang
Pernah tak tengok rumah tarzan dalam filem animasi?
Begitulah kira-kiranya tempat penginapan ini dimana ianya dibina pada kedudukan yang agak tinggi di atas pokok.
Tambahan pula, ianya ialah gabungan daripada konsep perkhemahan, alam sekitar, dan sentuhan moden.
#24 Kinabatangan, Sabah
Lokasi seterusnya sesuai untuk pasangan pencinta alam yang ingin bersama-sama menyusuri tasik Kinabatangan melihat hidupan liar dengan lebih dekat.
Di sepanjang sungai ini merupakan habitat pelbagai haiwan eksotik seperti Orang Utan, Red Leaf Monkey dan Badak Sumbu Sumatra.
#25 Bandar Melaka
Buat pasangan baru berkahwin, aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah bersiar-siar di Banda Hilir, Melaka.
Tak lengkaplah kalau dah sampai negeri bersejarah tak naik beca, melihat hasil kraftangan dan aktiviti sejarah.
Harap-harap Mama dapat ilhamlah nak ke mana sebagai tempat honeymoon anda di Malaysia nanti ya. Dalam kegembiraan Mama dan pasangan melakukan aktiviti menarik, jangan lupa untuk menikmati masa-sama senyap dengan saling bertukar cerita.
Semoga berbahagia selalu buat Mama dan pasangan.
Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.