Baru-baru ini, seluruh dunia telah diberi amaran bahawa Aspartame iaitu sejenis pemanis yang sering digunakan dalam produk minuman terkenal seperti diet coke daripada jenama Coca Cola akan diisytiharkan sebagai karsinogenik.
Agensi kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa bahan ini berbahaya pada kesihatan kerana boleh menyebabkan kanser.
Menurut laporan Astro Awani, pemanis ini juga sering kali digunakan dalam produk makanan yang lain juga seperti gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.
Selain itu, dua sumber dalaman dari agensi WHO ada juga memberitahu pemanis jenis ini akan dikategorikan sebagai karsinogenik oleh Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) bermula bulan depan yang mana dijangka mencetuskan perdebatan dalam industri pemakanan serta pihak berkuasa.
Keputusan IARC ini dipercayai telah pun diputuskan pada awal bulan yang lepas selepas mengadakan mesyuarat bersama pakar luaran kumpulan tersebut yang mana berperanan untuk menilai sama ada bahan tersebut bahaya atau tidak.
Selama ini, sejak dari tahun 1981, Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA) menyatakan bahawa pemanis aspartam selamat untuk diambil dalam had harian yang terkawal.
Namun, keputusan WHO untuk menyatakan bahawa bahan ini berbahaya adalah selepas sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2022 menunjukkan hampir 103,000 orang dewasa yang mengambil aspartam dalam kuantiti yang banyak mempunyai risiko yang lebih tinggi (1.15 kali ganda) untuk mendapat kanser, terutamanya kanser yang berkaitan dengan payudara dan obesiti.
Sebab tu kita tidak disarankan untuk minum air gula, air manis dan air bergas dalam kuantiti yang terlalu banyak. Lagi baik kalau tak minum langsung. Berikut merupakan bahaya minum minuman ini dalam kuantiti yang tidak dikawal:
Bahaya Minum Air Manis atau Air Gas!
1. Pemanis Tiruan
Dalam soda diet seperti Diet Cola mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula.
Namun, pemanis tiruan ini yang menjadi punca kepada pertumbuhan otak, gangguan emosi, sawan dan pelbagai lagi penyakit yang tak dijangkakan oleh kita tau.
Ini berlaku sebab tindak balas tubuh badan kita terhadap kandungan metanol yang terhasil adalah tak serasi.
Bukan tu je, ia juga berisiko untuk meningkatkan sindrom metabolik yang menyebabkan pengumpulan lemak di perut (buncit), peningkatan kolesterol dan paras kandungan gula dalam badan.
2. Tinggi Kandungan Gula
Gula yang larut dalam minuman berkarbonat ini sudah dicairkan untuk dijadikan jumlah yang boleh menyebabkan bukan kencing manis je tapi berat badan makin bertambah juga.
3. Obesiti
Penyakit obesiti ini lazimnya disebabkan oleh pengambilan air berkarbonat yang tak terkawal.
4. Kerosakan Gigi
Kalau minum air bergas ni, akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan merosakkan struktur gigi dan seterusnya akan menyebabkan kaviti serta sakit gusi.
5. Kekurangan Air dalam Badan
Sebab ada kandungan gula, kafien dan sodium yang tinggi dalam air gas, ia akan bertindak mengeringkan tubuh badan kita untuk jangka masa lama.
Dan yang paling bahaya, boleh menyebabkan dehidrasi kronik dan akan memberi impak kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati serta otot juga.
6. Kafein
Kebanyakan minuman yang bargas ni mengandungi kafein yang sering dikaitkan dengan penyakit membunuh seperti kanser, degupan jantung yang tak normal, tekanan dara tinggi dan lain-lain penyakit.
7. Kandungan Asid Fosforik yang Merbahaya
Dalam setiap minuman bergas yang kita minum ada mengandungi asid fosforik. Fungsi asid fosfolik ni untuk memberi rasa ketajaman pada minuman tersebut.
Sebab tu lah, bila kita minum air gas ni akan ada rasa tajam pada hujung lidah kita.
Asid fosfolik ni bahaya untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kalsium untuk susah diserap di dalam badan dan juga akan ada masalah osteoporosis.
Selain tu, masalah gastrik dan masalah sistem penghadaman juga akan turut dialami kalau kita kerap minum air gas ni.
Sebagai panduan dan untuk kesihatan semua, Mama boleh pantau pengambilan makanan di bawah kerana ia mengandungi pemanis aspartam sama seperti Diet Coke di atas.
Senarai Makanan yang Mengandungi Pemanis Aspartam
- Extra joss
- Diet Coke
- Pepsi Max
- Gula-gula atau coklat
- Pemanis alternatif dalam kopi dan teh
- Yogurt (sesetengah mengandungi pemanis tiruan)
- Air kelapa beraneka rasa
- Sos buatan
- Soft drink
Jadi selepas ini sebelum Mama Papa nak beli sesuatu makanan pastikan periksa dahulu kandungan sesuatu produk. Adakah ia mengandungi pemanis tersebut atau tidak. Jangan lupa check tau!
Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan Mama Papa dan juga anak-anak dengan klik di SINI.