Nak deko halaman rumah tak perlu banyak hiasan pun sebenarnya. Apa yang penting kita pastikan elemen penting telah diambil kira sebelum memulakan proses menghias halaman rumah.
Idea landskap yang Mama Siti kongsikan ini sesuai untuk rumah-rumah kampung dan juga rumah moden.
Elemen Penting Landskap Halaman Rumah
#1 Penggunaan dan Tujuan
Nak buat halaman rumah untuk apa?
Kebiasaannya ia digunakan untuk:
- Anak-anak bermain
- Bersantai
- Berkebun
- Berhibur
- Menjamu selera
Halaman rumah yang fleksibel, mudah diubah suai ketika ada majlis-majlis tertentu.
#2 Untuk Penghuni Rumah atau Haiwan Kesayangan?
Halaman rumah ialah syurga buat anak-anak kecil. Mereka boleh bermain dengan bebas seperti berlari-lari, melompat dan memanjat.
Halaman rumah juga boleh didedikasikan sebagai ruang khas untuk haiwan peliharaan Mama. Apabila bergabung dengan ruang anak-anak, Mama dapat meluangkan lebih masa dengan kedua-duanya.
#3 Faktor Iklim
Apabila kita tahu keadaan cuaca di halaman rumah, lebih mudah disesuaikan dengan penggunaan dan perabot.
Kawasan yang panas memerlukan atap atau bumbung agar ruang santai menjadi lebih teduh.
#4 Jenis Tanah
Bukan semua tanah sesuai dengan semua jenis pokok. Jika tanah didapati kurang nutrien, Mama boleh buang tanah asal dan timbus dengan tanah baru yang lebih bernutrisi.
#5 Zon Tanaman
Memandangkan kita telah pun mengenal pasti jenis tanah, kini kita akan pilih tumbuhan yang bersesuaian.
Selain itu, Mama juga perlu memastikan cahaya dan air dapat diakses dengan mudah agar pokok kekal subur.
#6 Konsep Landskap
Setelah semua elemen penting ditetapkan, tibalah masa untuk membuat keputusan konsep landskap idaman.
Orang cakap halaman rumah mencerminkan peribadi penghuninya. Boleh jadi betul dan salah. Nasihat peribadi Mama Siti, buatlah ikut keinginan diri sendiri. Walaupun tema dalam dan luar rumah berbeza.
8 Idea Landskap Halaman Rumah
#1 Hiasan Batu Kerikil
“Saya nak hiasan yang tak makan ruang tapi cantik. Ada tak Mama Siti?”
Ada! Mama khaskan satu tempat di halaman rumah untuk hiasan batu kerikil dengan pokok dan hiasan lain dengan kadar minima.
#2 Jubin Lantai Dek (Deck Floor Tiles)
Idea landskap halaman rumah menggunakan deck floor tiles memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
Mama tak perlu memotong rumput setiap bulan, tak perlu juga bersihkan kolam ikan. Tambahan pula, ia sangat mudah dicabut dan ditanggalkan.
#3 White Garden
Walaupun duduk rumah teres, halaman rumah kita sebenarnya boleh terlihat seperti sebuah bungalow.
Tema landskap berwarna putih diinspirasikan daripada rumah-rumah Inggeris di waktu dulu. Gazebo menambah seri rumah dan sebagai ruang santai seisi keluarga.
#4 Kebun Mini
Rugilah kalau ada tempat tapi tak bercucuk tanam. Lagipun ini langkah bijak dalam menangani era kegawatan ekonomi ini.
Serai, kunyit, daun kari dan kacang botol antara sayuran yang mudah ditanam dan tak perlukan penjagaan rapi.
#5 Ala Jepun
Halaman rumah Jepun mempunyai taman zen yang dianggap sebagai feng shui untuk mencetuskan ketenangan luar biasa terutama bagi tujuan meditasi.
Ianya cukup ringkas dan minimalis tanpa perlukan banyak hiasan. Pokok tinggi merimbun dan batuan pun dah okay.
#6 Lampu Hiasan
Sejuk mata memandang apabila halaman rumah kita diterangi dengan lampu hiasan comel ini. Halaman rumah bertambah cantik dan ceria.
Patung-patung haiwan itu pula, seakan-akan makhluk hidup yang sedang bermain-main di halaman rumah.
#7 Kolam dan Air Terjun
Bunyi-bunyian merupakan satu bentuk ‘white noise’ yang memberikan gelombang neuron otak manusia. Kesannya, kita menjadi semakin tenang dan rileks.
Tambahan pula, air dapat mengurangkan suhu panas yang sedang melanda negara Malaysia ini.
#8 Pelita dan Tanglung
Siapa yang jiwa melankolik dan suka waktu malam angkat tangan! Kita geng.
Mama Siti pun suka idea landskap ini. Pencahayaannya seakan pantulan perasaan tenang dan misteri seseorang. Lagipun ia boleh dibuat sebagai hiasan hari raya.
Nak hias halaman rumah ni simple sahaja sebenarnya. Hanya pasangkan perabot dan hiasan yang diperlukan berdasarkan tema tertentu.
Harapnya Mama tak abaikan elemen penting sebelum mulakan proses menghias halaman rumah.
Dapatkan idea dekorasi rumah yang lain dengan membaca artikel-artikel di SINI.