Darah tinggi atau hipertensi ialah salah satu masalah yang seringkali menghantui ramai wanita hamil. Ia berlaku apabila darah mengalir melalui saluran darah pada tekanan yang lebih tinggi berbanding biasa.
Bagi Mama yang sedang mengalami situasi masalah ini, jangan terlalu risau! Terdapat beberapa petua hilangkan darah tinggi semasa hamil yang Mama boleh cuba amalkan.
Kalau Mama nak tahu, masalah darah tinggi semasa hamil ini bukan sahaja membahayakan ibu malahan membahayakan bayi dalam kandungan.
Oleh sebab itu, melalui perkongsian kali ini Mama Siti ingin kongsikan petua hilangkan darah tinggi semasa hamil untuk Mama semua amalkan.
Sebelum itu, jom kita baca tanda-tanda apabila Mama mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil serta komplikasi yang Mama bakal hadapi sekiranya bacaan bp normal ibu mengandung melebihi paras normal.
Jom kita lihat!
Tanda-tanda Mama Mengalami Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil
Untuk makluman Mama, sebenarnya terdapat beberapa keadaan bagi wanita hamil yang mempunyai darah tinggi semasa hamil iaitu:
- Wanita hamil yang sememangnya mempunyai masalah darah tinggi sebelum mengandung
- Wanita hamil yang mendapat darah tinggi semasa hamil
- Pra-eklampsia
Antara tanda-tanda sekiranya Mama mempunyai masalah tekanan darah tinggi semasa hamil adalah:
- Mengalami sakit kepala yang teruk.
- Mempunyai masalah berkaitan penglihatan seperi penglihatan kabur, hilang penglihatan sementara dan sensitif pada cahaya.
- Mengalami mual atau muntah-muntah yang teruk
- Mengalami kesukaran bernafas.
- Kurang air kencing.
- Keadaan kaki atau tangan yang mengalami bengkak yang teruk.
- Mama rasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kanan. Biasanya, sakit di bahagian sebelah kiri tulang rusuk.
Komplikasi yang Bakal Mama Hadapi
Di bawah ini merupakan beberapa komplikasi yang bakal Mama hadapi sekiranya mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil iaitu:
- Menyebabkan kelahiran bayi pramatang.
- Perlu melahirkan secara Caesar atau pembedahan kerana kelahiran secara normal boleh merisikokan kesihatan ibu dan bayi.
- Boleh menyebabkan Mama mengalami kerosakan pada organ penting seperti otak, jantung, paru-paru, ginjal dan hati.
- Tumbesaran bayi dalam kandungan terbantut (intrauterine growth retardiation).
- Risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung pada masa depan.
Petua Hilangkan Darah Tinggi Semasa Hamil
Oleh itu, penting untuk Mama tangani masalah darah tinggi ini. Berikut ialah 8 petua turunkan darah tinggi semasa hamil dan menghilangkannya yang boleh dicuba oleh Mama iaitu:
#1. Amalkan Pemakanan dan Diet yang Sihat
Pemakanan dan diet yang sihat sememangnya asas kepada kesihatan seseorang. Banyakkan memakan makanan yang sihat untuk membantu menurunkan tekanan darah ibu mengandung.
Contohnya, bagi wanita yang mempunyai masalah darah tinggi semasa hamil ini boleh amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pemakanan yang sihat bukan sahaja untuk membantu masalah darah tinggi semasa hamil tetapi juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan Mama.
#2. Elakkan dari Stress antara Petua Hilangkan Darah Tinggi Semasa Hamil
Petua yang seterusnya ialah sebaiknya Mama perlu elakkan diri dari tekanan atau stress. Hal ini kerana, tekanan atau stress hanya akan memburukkan lagi bacaan bp normal ibu mengandung.
Keadaan seperti letih, resah, gelisah, risau dan stress akan menyebabkan sistem peredaran darah terjejas dan akan meningkatkan tekanan darah Mama.
Oleh itu, ketika hamil Mama perlu banyakkan bertenang dan jangan terlalu memberi perhatian kepada perkara yang membuat Mama cepat merasa resah dan gelisah.
#3. Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari juga memainkan peranan penting bagi menstabilkan bacaan tekanan darah ibu mengandung.
Minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Sebaiknya, bagi Mama yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi ini, elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak dan lebihkan pengambilan air kosong.
#4. Kekal Aktif Merupakan Petua Hilangkan Darah Tinggi Semasa Hamil
Berat badan berlebihan, tidak aktif dan umur melebihi 40 tahun antara faktor yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi semasa hamil.
Pastikan Mama sentiasa aktif untuk mengekalkan berat badan ideal dan sekaligus dapat mengelakkan diri dari masalah darah tinggi.
Kekal aktif juga boleh membantu Mama mengurangkan rasa stress yang di alami.
Mama tidak perlu melakukan senaman yang berat cukup dengan senaman ringan mampu membantu Mama untuk terus kekal aktif semasa hamil.
#5. Sentiasa Patuhi Tarikh Temujanji atau Pemeriksaan Kandungan
Di samping itu, Mama perlu sentiasa patuhi tarikh temujanji dan pemeriksaan kandungan. Ini penting kepada bayi dalam kandungan Mama.
Sekiranya Mama skip sebarang temujanji doktor, kemungkinan tumbesaran anak Mama akan terkesan. Bukan itu sahaja, malah ianya juga boleh membahayakan nyawa Mama.
Oleh itu, pastikan Mama patuhi setiap temujanji dari trimester pertama sehingga melahirkan ya!
#6. Banyakkan Minum Jus Buah-buahan
Buah-buahan ternyata mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk Mama dan bayi dalam kandungan Mama.
Antara jus buah-buahan yang sesuai untuk masalah darah tinggi ketika hamil ini ialah jus buah delima, jus belimbing dan epal hijau.
#7. Elakkan Makan Makanan Segera dan Tinggi Sodium
Makanan segera dan tinggi sodium adalah antara penyebab utama tekanan darah tinggi semasa hamil.
Makanan segera adalah antara makanan yang tinggi sodium atau garam. Sebolehnya, elakkan pengambilan makan segera dan makanan tinggi garam dalam diet harian Mama ya!
#8. Membaca Al-Quran Merupakan Petua Turunkan Darah Tinggi Ketika Hamil Secara Rohani
Petua yang terakhir adalah membaca al-quran bagi Mama yang beragama Islam. Ini kerana, membaca al-quran dapat membantu anda merasa lebih tenang dan sekaligus membuatkan tekanan darah ibu mengandung kembali ke paras normal.
Selain itu, Mama boleh memasang ayat-ayat suci al-quran semasa berehat atau semasa melakukan aktiviti harian untuk lebih relaks dan mengelakkan tekanan berlebihan.
Bagi mana-mana ibu hamil yang sedang berhadapan dengan masalah darah tinggi ketika hamil, boleh mencuba petua turunkan darah tinggi ketika hamil di atas.
Petua turunkan darah tinggi ketika hamil ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Tetapi yang penting Mama perlu konsisten ya semasa mengamalkan petua hilangkan darah tinggi ketika hamil ini!
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips kehamilan dan kesihatan yang lain di SINI!