Menarik tentang resepi kali ini ialah aroma, kepedasan dan kesedapannya. Silap-silap seminggu dua kali masak menu yang sama.
Masakan Thailand selalunya sinonim dengan rasa masam, begitu juga dengan resepi kita kali ini. Ayuh kita mula memasak.
Resepi Sotong Phat Phet
Resepi oleh: Nurul Ateekah
Bahan-bahan
- Sotong
- Kacang panjang
- Cili padi merah (Dipotong)
- Bawang merah
- Serai
- Daun limau purut
- Serbuk lada hitam
- Belacan
- Sos ikan
- Serbuk kunyit
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan-bahan Kisar
- Cili merah
- Cili hijau
- Bawang merah
- Bawang putih
- Air
Cara-cara
#1 Langkah pertama ialah kita perlu sediakan kuali dan panaskan minyak. Apabila sudah panas, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
#2 Kemudian, kita akan terus masukkan sotong yang telah dicuci bersih. Kalau tak tahu siang sotong, boleh belajar perlahan-lahan ya.
#3 Teruskan menumis sehingga sotong masak dan biarkan seketika sehingga tumisan menjadi sedikit kering.
#4 Seterusnya, masukkan serbuk lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul hingga semua merata dan sebati.
#5 Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Kacau-kacau dan tutup api.
#6 Resepi Sotong Phat Phet Thailand sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Sotong Phat Phet
- Elakkan sotong menjadi terlalu lihat dengan cara menumis terlalu lama hingga sotong kecut.
Aroma, kepedasan dan kesedapannya boleh terngiang-ngiang berhari-hari tau. Soal tahap kemasaman itu sebenarnya bergantung kepada selera masing-masing.
Dapatkan lebih banyak resipi menarik di SINI!