Kembung perut atau bloating time period ni sebenarnya perkara yang normal je. Tapi situasi apabila kembung perut ni berlaku buatkan kita tak selesa.
Bloating selalunya akan berlaku sebelum dan semasa period. Tetapi ianya bergantung kepada seseorang itu juga.
Kembung perut time period ni ialah salah satu sindrom pramenstruasi (PMS) yang akan terjadi satu hingga dua minggu sebelum period.
dilla.nur_ ada sharing beberapa tips untuk kurangkan kembung perut ni time period menerusi perkongsiannya dalam akaun twitter.
Tips Kurangkan Bloating Time Period
1. Hidrat dengan Baik
Minum banyak air boleh membantu badan kita dari gejala kurang air dan mengurangkan gejala kembung perut.
2. Hadkan Pengambilan Natrium
Makanan tinggi garam boleh menyebabkan badan kita menyimpan air, yang membawa kepada bloating.
Cuba kurangkan makanan yang diproses dan segera yang biasanya tinggi natrium.
3. Makan Makanan yang Kaya dengan Kalium
Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dalam badan kita. Makanan yang kaya dengan kalium termasuk pisang, avakado dan ubi keledek.
4. Makan Makanan Kaya Magnesium
Magnesium berfungsi untuk mengurangkan water retention dan kembung perut.
Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk kekacang, bijiran, legumes dan coklat gelap.
5. Makan Sikit-sikit Tapi Kerap
Daripada tiga hidangan besar, cuba makan makanan yang lebih kecil dan kerap sepanjang hari.
Ini boleh mengelakkan perut menjadi terlalu penuh, yang boleh menyumbang kepada kembung.
6. Bersenam dengan Kerap
Aktiviti fizikal yang kerap membantu menggerakkan gas melalui sistem pencernaan kita dan mengelakkan sembelit, yang boleh menyumbang kepada bloating.
Malah, senaman ringan seperti berjalan sangat bagus diamalkan.
7. Elakkan Makanan yang Menghasilkan Gas
Kredit Gambar : RASA Kredit Gambar: DineWithDrinks
Sesetengah makanan diketahui menghasilkan lebih banyak gas dalam sistem pencernaan, termasuk kekacang, brokoli, bawang dan minuman berkarbonat.
8. Minum Teh Herba
Teh herba seperti pudina, halia dan chamomile terkenal dengan kesannya yang menenangkan pada sistem penghadaman dan boleh membantu mengurangkan kembung perut.
9. Cuba Berlatih Yoga atau Meditasi
Tekanan boleh memburukkan lagi perut kembung dan aktiviti seperti yoga dan meditasi boleh membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan relaxation.
Boleh lah Mama cuba tips ini untuk kurangkan perut kembung Mama time period nanti.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak info kesihatan Mama Papa di SINI.