Sekilas pandang, nampak serupa tapi kalau diperhatikan betul-betul ada beza antara buah mata kucing dengan buah longan.
Cara membezakannya adalah dengan melihat isi buah, warna kulit, biji dan banyak lagi. Tak rugi kalau makan buah mata kucing tau. Ada banyak khasiatnya.
5 Tips Bezakan Mata Kucing Dan Longan
Isi Buah
Saiz isi mata kucing ternyata lebih kecil berbanding longan walaupun kelihatan seiras. Bagi sesetengah orang, longan mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding mata kucing.
Isi buah longan lebih jernih, kenyal dan tebal berbanding mata kucing.
Tekstur kulit buah mata kucing lebih kasar dan agak sedikit menggerutu. Namun lain pula pada buah longan yang kulitnya lebih licin.
Biji-bijian
Mata Kucing Longan
Buah mata kucing mempunyai diameter biji lebih besar berbanding longan. Kena sangatlah dengan nama ‘mata kucing’ kerana Mama dapat melihat sendiri perbezaan saiz biji kedua-dua buah tersebut.
Warna Kulit Mata Kucing dan Longan
Jika dilihat perbezaan dari segi warna kedua-dua jenis buah-buahan ini, warna kulit mata kucing lebih gelap dan lebih nipis dari kulit longan.
Pokok Mata Kucing dan Longan
Bagi buah mata kucing, pokoknya mampu mencapai ketinggian sehingga 20-30 meter.
Manakala pokok buah longan pula hanya mampu mencapai ketinggian maksimum 20 meter sahaja. Ringkasnya pokok buah mata kucing lebih tinggi berbanding longan.
Penanaman dan Tuaian
Pokok mata kucing memerlukan kira-kira 10 tahun untuk mengeluarkan hasilnya. Jangka masa yang lama kalau nak dibandingkan dengan pokok longan yang hanya perlukan dua tahun sahaja.
Pokok mata kucing lebih banyak ditanam di Malaysia. Manakala pokok longan kebanyakkan di import dari luar negara seperti China dan Thailand.
Khasiat Mata Kucing
Kandungan nutrien seperti vitamin A, B (B1, B2 dan B3), C, kalsium, zat besi, mangan, fosforus, kalium dan magnesium menjadi faktor banyaknya khasiat buah mata kucing.
Tambahan pula, kandungan fitokimianya yang tinggi sangat baik untuk manusia.
#1 Menyihatkan Rambut
Kadang-kadang tu sampai jenuh kita nak cari tips penjagaan rambut. Lagi-lagi untuk yang ada rambut keriting.
Zat saponin dalam biji buah mata kucing merupakan bahan asas dalam penghasilan syampu untuk kaum lelaki dan perempuan.
#2 Kebaikan Ibu Mengandung
Buah mata kucing memberikan tenaga kepada ibu hamil yang sering berasa penat dan kurang bertenaga.
Perubahan hormon dan faktor tumbesaran janin mendesak ibu-ibu mendapatkan tenaga tambahan.
Cara-cara: Minum air rebusan buah mata kucing
#3 Merawat Insomnia
Masalah ‘anxiety’ dan ‘overthinking’ boleh menyumbang kepada penyakit insomnia. Selain mendapatkan nasihat doktor, Mama juga boleh mengamalkan makan buah tropika yang satu ini.
#4 Antibodi Tubuh Badan
Senang demam dan selsema ialah tanda-tanda seseorang memiliki antibodi yang lemah. Buah mata kucing ada vitamin C yang mampu memberi perlindungan tambahan daripada jangkitan virus.
#5 Mencantikkan Wajah
Kata orang, kalau makan buah mata kucing akan melambatkan proses penuaan. Senang cakap awet muda lah.
Wah, sudahlah dapat makan. Dapat kulit cantik lagi tu.
#6 Rawat Luka Terbakar
Selalunya kalau ada isu kulit seperti kulit terbakar, kita akan oleskan lidah buaya. Rupa-rupanya, kulit buah mata kucing pun boleh jadi penawar.
Cara-cara: Tumbuk halus dan campurkan dengan sedikit minyak gamat atau zaitun. Sapukan pada luka.
#7 Kencing Lawas
“Apa maksud kencing tak lawas tu Mama Siti?”
Mama pernah tak nampak orang yang kejap-kejap pergi tandas. Sikit-sikit nak kencing. Ha, itulah maksudnya.
Akar pokok mata kucing hendaklah direbus dan diminum jika ingin menyembuhkan penyakit kencing tak lawas.
Ciri paling ketara yang boleh kita perhatikan ialah dari warna kulitnya, diikuti isi dalam dan buah. Ketinggian pokok dan tempoh penuaian juga boleh diambil kira.
Ternyata sangat banyak manfaat makan buah mata kucing kepada kecantikan dan kesihatan. Sedap dan mencantikkan wajah lagi.
Dapatkan lebih banyak informasi buah-buahan dan kesihatan di SINI!