Musim durian sudah tiba! Bagi hantu durian inilah masanya untuk menikmati keenakan rasa raja buah ni.
Mama Siti yang tengah menulis ni pun sudah boleh bayangkan baunya yang mengharumkan dan rasa isi lemak manis raja buah ni. Antara jenis durian yang selalu mendapat permintaan ramai adalah seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung.
Menurut perkongsian Dr. Samhan dalam akaun Twitter nya raja buah ni boleh berfungsi sebagai penawar tapi boleh juga menjadi racun sekiranya di makan secara berlebihan.
Dr. Samhan juga ada menjelaskan bahawa pakar nutrisi menasihati supaya mengambil 100 gram atau dua ulas kecil saje bagi setiap hidangan buah durian.
Mari kita lihat perkongsian beliau tentang raja buah ni.
Khasiat Makan Buah Durian
1. Sifar Kolesterol dan Tinggi Lemak Tak Tepu (Lemak Baik)
Kolesterol boleh meyebabakan jantung tersumbat dn durian bebas dari kolesterol. Lemak tak tepu ni baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi kita.
2. Tinggi Anti Oksidan
Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
3. Kaya Folic Asid dan Folate
Bagi mereka yang ada masalah kurang darah (anemia) sangat lah sesuai untuk menghasilkan sel darah merah.
4. Tinggi Serat dan Fiber
Sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit kerana ianya boleh membantu melancarkan sistem penghadaman kita.
5. Mengandung Tryptophan
Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Ini dapat membantu kepada mereka yang mempunyai masalah tidur (insomnia), kemurungan dan juga dapat mengurangkan stress.
Keburukan Makan Durian Berlebihan
Dalam kebaikan makan durian ni, boleh juga menjadi racun untuk kita kalau makan secara berlebihan.
1. Tinggi Kalori
Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.
2. Tinggi Kandungan Gula
Bahaya terutamanya kepada mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.
3. Gastrik
Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut. Sekiranya ini berlaku, Mama boleh cuba cara-cara hilangkan gastrik ini.
4. Buah Durian Menyebabkan Badan Jadi Panas
Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tak selesa.
5. Makin Menipis
Apa yang semakin menipis ni? Kalau nak tahu ini paling bahaya sekali tau, sebab bila kita beli buah durian dengan kuantiti yang banyak, poket kita lah akan jadi makin menipis.
Mama Siti nasihatkan kalau nak makan buah durian tu biarlah berpada-pada ye. Walaupun musim raja buah ni yang ditunggu-tunggu tak kira usia tetapi kesihatan juga perlu diutamakan ye.
Dapatkan lebih banyak info dan tips kesihatan Mama Papa di SINI.