Sebagai seorang Muslim, siapa sahaja tak nak rezeki yang berkat bukan? Untuk pengetahuan, dalam bahasa Arab, rezeki berasal daripada perkataan ‘rizq’, yang bermaksud “sesuatu yang ‘diberi atau dikurniakan’.
Rezeki ni adalah kurniaan Allah S.W.T yang terkandung dalam keperluan rohani dan jasmani seperti makanan, kesihatan dan lain-lain. Lagi satu rezeki ni bukannya wang ringgit semata-mata tetapi konsepnya lebih meluas dan mendalam lagi.
Sabda Nab S.A.W:
“Seandainya kalian benar-benar bertawakkal pada Allah, tentu kalian akan diberikan rezeki sepertimana burung diberikan rezeki. Ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali di petang hari dalam keadaan penuh perut.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Tanda-Tanda Rezeki Berkat
1. Sentiasa Rasa Rezeki Mencukupi
Perbelanjaan yang di belanjakan sentiasa cukup walaupun gajinya kecil. Masih berkemampuan untuk membeli barang keperluan family dan menyimpan untuk masa depan juga.
Ada yang bergaji besar tetapi masih lagi rasa gaji belum mencukupi. Malah, dalam diri masih lagi merasakan gajinya dalam jmlah yang sedikit.
2. Keluarga yang Bahagia
Keluarga yang bahagia bermula dengan rezeki yang baik dan berkat. Kalau kelakuan ahli keluarga baik dan harmoni juga merupakan salah satu tanda keberkatan rezeki tau.
Pendapatan yang haram seperti makan rasuah perlu dielakkan kerana boleh menganggu keberkatan rezeki dan juga kehidupan harian.
3. Senang Melakukan Ibadah
Keberkatan rezeki juga dapat dilihat apabila kita senang je lakukan amal kebaikan, seperti solat, baca al-Quran, sedekah dan membantu orang yang dalam kesusahan.
Pendapatan yang diperoleh itu akan menjadi darah daging, membentuk hati kita. Kalau kita sudah terbiasa dengan lakukan sesuatu yang baik, maka mudah juga untuk kita lakukan kebaikan dan rasa takut untuk lakukan kemungkaran.
4. Akan Dijauhkan Daripada Musibah S.W.T
Apabila seseorang itu rasa cukup dan tenang dengan rezeki yang diperolehnya, akan mudah bersedekah dan tak ada sifat berkira-kira untuk memberi kepada orang lain.
Sesungguhnya amalan bersedekah ni bukanlah satu amalan yang biasa, tetapi amalan yang mampu menolak bencana dan kemurkaan Allah S.W.T. Sabda Nabi S.A.W:
“Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
5. Anak-anak yang Berakhlak Baik dan Berjaya
Rezeki yang berkat ini akan melahirkan insan yang bertakwa dan taat kepada Allah dan rasul-Nya. Anak-anak juga mampu cemerlang dunia dan akhirat.
Semua ni adakah sebab rezeki yang berkat yang menjadi darah daging dan mengisi hati mereka agar menjadi terang dan tenang.
Terlalu banyak contoh yang dapat kita lihat apabila golongan yang bermasalah mendapat sumber rezeki daripada hasil pendapatan yang haram, seperti judi.
6. Doa akan Mudah Termakbul
Rezeki yang berkat membuatkan doa mudah di makbulkan. Semuanya kerana rezeki yang halal dan berkat, kerana kalau rezeki yang tak berkat sudah tentu tak diterima oleh-Nya.
Nabi S.A.W bersabda:
“Seorang lelaki yang telah berjalan dan jauhnya perjalanan yang ditempuh hingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa: ‘Tuhanku!’ Padahal, makanannya dari sumber yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimana mungkin Allah S.W.T akan perkenankan doanya?”
(Hadis Riwayat Muslim)
9 Cara untuk Mendapat Rezeki Yang Berkat
1. Mulakan dari Sumbernya
Kalau kita selalu je rasa kurang even gaji yang kita dapat ni dah banyak, cuba kita check balik sumbernya.
Adakah sumbernya itu berunsur syubhah atau riba? Allah telah menerangkan larangan memakan riba ni sebab ia adalah perbuatan menganiaya hal orang lain.
Mungkin sebab tu rezeki terasa sempit walaupun gaji tersebut dalam jumlah yang banyak.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba (dengan berlipat ganda) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Surah Al-Imran: 130)
Jangan ambil remeh juga soal zakat ni sehingga lupa nak tunaikan tanggungjawab kita kepada orang yang berhak keatasnya.
2. Bersedekah
Banyak kelebihan sedekah yang selalu kita dengarkan. Sama ada dari sudut Islam ataupun psikologi.
Perbuatan yang memberi atau menyumbangkan harta, masa, tenaga dan sebagainya ni kepada orang yang memerlukan telah terbukti memberikan manfaat yang besar kepada seseorang itu dari segi kesihatan dan juga emosinya.
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sepatutnya kita tak perlu rasa berkira dengan Allah sebab Allah mampu berikan rezeki kepada kita melalui sumber-sumber yang tak di sangka-sangkakan.
3. Solat Dhuha
Ada satu rahsia yang akan membantu kita mencapai keberkatakan tau. Rahsia nya ialah solat dhuha.
Terdapat banyak sangat kelebihan yang luar biasa bagi solat dhuha yang telah disebutkan dalam hadis tau. Salah satu hadis itu, Allah telah berfirman:
يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِى مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِى أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu (solat dhuha), nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Jadi sibuk macam mana pun luangkan lah sedikit waktu untuk solat dhuha ini.
4. Beristighfar
Penting untuk kita ingat bahawa Allah itu Maha Pengampun. Kita takkan dapat bayangkan betapa luasnya pengampunan Allah ini.
Selagi mana kita memohon ampun kepada-Nya, akan tetap diampunkan oleh-Nya walaupun dosa yang dilakukan itu seperti buih di lautan.
Perbuatan ini sangat disukai oleh Allah, malah turut dijanjikan kelapangan rezeki kepada insan-insan ini seperti yang disebutkan dalam al-Quran.
“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
(Surah Nuh: 10-12)
5. Solat Tahajud
Allah telah janjikan kemudahan kepada orang-orang yang lakukan solat tahajud, iaitu solat sunat yang dilakukan pada waktu tengah malam. Antara salah satu kelebihannya, Allah akan berikan jalan terang di dunia dan akhirat tau.
“Setiap malam Allah SWT turun ke langit dunia sampai tersisa sepertiga malam yang terakhir. Ia (Allah) pun berkata,” Adakah hamba-Ku yang meminta sehingga pasti Aku berikan apa yang dia minta? Adakah hamba-Ku yang berdoa hingga pasti Aku kabulkan doanya? Adakah hamba-Ku yang ber-istighfar sehingga Aku ampuni dosanya?”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Menjadi Pekerja yang Bertanggungjawab
Apa jua jawatan yang di sandang, untuk mendapat rezeki berka kita perlu menjadi pekerja yang jujur. Lakukan pekerjaan dengan baik dan jangan berat tulang.
Jadilah seorang ketua atau pekerja yang berdedikasi dan disenangi oleh rakan sekerja yang lain. Sekiranya mereka memerlukan bantuan,tolonglah mereka mengikut kemampuan.
7. Tawakal
Sekiranya kita dalam kesempitan, kuatkanlah pegangan kita kepada Allah dengan teruskan usaha dan berdoa. Jangan pernah rasa berputus asa sebab time tu lah syaitan akan mula mencucuk jarum kepada kita.
Walaupun telah kita usaha sebaik yang banyak tetapi masih belum dapatkan hasil, percayalah bahawaAllah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Dan sudah pasti ada hikmah di setiap kejadian yang berlaku.
Seperti yang disebutkan dalam al-Quran (Ayat Seribu Dinar):
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq: Ayat 2-3)
8. Mensyukuri Sekecil-kecil Nikmat
Setiap kecukupan ni bermula dengan kesyukuran. Ringankanlah untuk mengucapkan perkataan Alhamdulillah apabila menerima sesuatu yang menyenangkan. Bukan ucapnya ketika waktu kenyang je.
Bangun tidur ucap Alhamdulillah, nak pakai kasut ucap Alhamdulillah, selepas siap memasak pun ucap Alhamdulillah. Semua perkara ni terlihat kecil je, tapi bayangkan kalau ia tak dapat dirasai lagi selepas ni.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Bermaksud: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Surah Ibrahim: 7)
9. Menjaga Hubungan Kekeluargaan dan Sesama Manusia
Walaupun busy dengan kerja, luangkan lah masa dengan family. Gembirakan mereka walaupun Mama Papa rasa penat setelah seharian bekerja.
Selain tu, jangan sampai tak ada masa menjenguk atau bertanya khabar kepada ibu bapa, saudara-mara dan juga jiran-tetangga.
Percayalah, tak rugi pun kalau kita bersilaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia kerana ada dalam sebuah hadis menyebutnya:
“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Amalan untuk Menjemput Rezeki
1. Jangan Berkira Soal Duit dengan Ibu Bapa
Bukan nilai yang menjadi ukuran, sama ada kecil atau besar kalau kita ikhlas dan sumbernya dari yang halal pasti Allah akan melipat kali gandakan ganjarannya.
Hulurkan duit mengikut kemampuan Mama Papa, ikut kemampuan Mama Papa ye.
2. Rezeki Solat Dhuha
Kunci kepada murahnya rezeki adalah dengan amalkan solat dhuha. Mungkin bagi Mama Papa yang bekerja ada sedikit masalah untuk menunaikannya.
Tetapi kena ingat usaha untuk melakukannya juga perlu, mungkin boleh lakukan dua rakaat saje. Amalkannya mengikut kemampuan masa Mama Papa.
Kalau hari weekend barulah boleh lakukan empat rakaat atau lebih. Lakukan dengan penuh istiqamah serta daalam masa yang sama yakin dengan kuasa Allah.
Dengan keizinan-Nya, insha allah kita akan diberkati, dirahmati dan dilimpahi rezeki.
3. Tak Lokek Berkongsi Rezeki
Sudah pasti kita tahu kan kuasa bersedekah ni. Kata orang tak perlu nak tunggu kaya baru nak bersedekah.
Sebaliknya banyakkanlah bersedekah untuk kaya kerana itula fitrahnya. Apabila bersedekah kita telah membantu meringankan beban mereka yang ditimpa dalam kesusahan.
Tetapi harus ingat ye, bersedekahlah dengan niatnya kerana Allah dan mahu membantu, bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain untuk mendapatkan pujian.
4. Jangan Liat Bayar Hutang
Jangan ada sikap bertangguh dalam membayar hutang, lebih-lebih lagi kalau Mama Papa sudah berjanji untuk membayarnya dalam tempoh yang sudah ditetapkan.
Seandainya hutang tersebut tak dibayar, berkemungkinan untuk mendapat musibah itu ada. Seperti kereta rosak, atau kerana doa orang teraniaya, tu Allah akan kabulkan.
5. Berbuat Baik dengan Haiwan
Antara cara yang paling dilakukan ialah dengan memberikan makan kepada haiwan. Ataupun boleh juga membantu haiwan tersebut seperti tersepit, alihkan ke tempat yang selamat dan teduh atau berikan makanan.
Mama Papa percayalah berbuat baik dan tunjuk sifat belas ehsan kepada mereka akan digantikan dengan kebaikan dan rezeki kepada Mama Papa pula. Selain tu, jadi teladan juga kepada anak-anak untuk berbuat baik dengan haiwan.
Haiwan pun ciptaan Allah juga, jadi janganlah kita melakukan perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada haiwan.
Rezeki yang berkat ini sangat penting untuk mendapatkan keredaan dan rahmat dari Allah S.W.T. Perlu ingat rezeki bukan dari bentuk wang je, rezeki ini ada dalam pelbagai bentuk.
Kita perlu bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan oleh-Nya. Apa yang penting tanamkan dalam diri kita ada ikhlas dan berazam untuk mencari keberkatan rezeki.
Dapatkan lebih banyak info buat Mama Papa di SINI.