Kejadian anak-anak jatuh dari katil ni dah selalu sangat kan kita dengar. Kadang tu dah siap buat kubu dengan bantal sekeliling mereka tapi masih juga boleh jatuh dari katil.
Bila anak jatuh dari katil ni, sudah semestinya buat Mama Papa tak keruan. Tak tahu nak take action yang macam mana, maklum lah kadang-kadang kecederaan ni tak nampak dengan mata kasar.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Ashikin Zainal dalam Instagram nya tentang kejadian anaknya yang jatuh katil.
Walaupun sudah lakukan pemeriksaan di klinik, namun kesan daripada jatuh tu hanya boleh dilihat selepas dua hari jatuh.
Ingatkan Terseliuh Biasa Rupanya Ini yang Berlaku!
“SUCH A LOSER !”
Ni jela 1 ayat yang boleh describe my feelings after know all this truth,
.
.
Hari isnin 2.30 AM ( 15/5/23)
- amani jatuh katil dan menangis agak teruk dia malam tu , tp me and husb expect that dia just terseliuh biasa atas sbb terjatuh tu , next morning tu bawa pergi klinik utk KIV doct ckp ” muscle bengkak dkt bhg bahu no need to x-ray sbb dia boleh angkat tgn lg” haishh! ko ni kan
Hari selasa ( 16/5/23)
- Amani active as usual but dia terhadkan pengunaan tangan belah kiri dia
Hari rabu ( 17/5/23)
- I started notice the way amani berjalan nampak pelik and senget .. but tak refer ke hosp lg sbb nk tgk btl2 lg sbb dia on off jalan dlm keadaan macam tu
Hari khamis ( 18/5/23)
- aku dah malas nk main rasa2 sbb hati tak sedap , ok kita pergi check up , lepas tahu semua ni aku rasa aku ni “SUPERBB BIG BIG BIG LOSER ”
cannot describe sakitnya awk 4 hari ni , mama minta maaf sbb lambat perasan semua ni
Lakukan Lima Langkah Sekiranya Anak Jatuh
1. Angkat Anak dengan Segera
Apabila anak Mama Papa jauh, mereka selalunya akan menangis dan terkejut dengan situasi yang dialaminya itu.
Malah, akan menambahkan keadaan menjadi teruk apabila Mama Papa pun turut menjerit sama. Anak-anak mungkin akan bertambah cemas dan takut.
Jadi perkara penting bila anak jatuh segera mengangkat mereka. Angkat mereka, pujuk dan usapkan badan anak supaya dapat tenangkan diri mereka.
2. Check Badan Anak Selepas Anak Jatuh
Apabila keadaan anak sudah okay, Mama Papa perlu check badan anak-anak terutamanya kalau anak jatuh di bahagian kepala.
Check badannya untuk memastikan ada atau tidak kesan lebam atau kecederaan pada bahagian badan mereka.
Mama Siti sarankan Mama Papa check after keadaan anak sudah reda, tak menangis dan meragam. Kalau anak masih merengek agak susah Mama Papa nak check badannya.
Kalau ada benjolan pada badannya, Mama Papa boleh cuba tuam dulu di tempat benjolan. Sebaiknya Mama elakkan sapu krim atau minyak ye, sebab anak berisiko mengalami kerengsaan kulit nanti.
Jika kesan daripada jatuh terdapat luka, Mama bersihkan dan tekankan dengan kain yang bersih selama 10 minit.
Tetapi, kalau luka tersebut alami pendarahan yang teruk, terus bawanya ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk dapatkan pemeriksaan dengan segera.
3. Berikan Susu atau Minuman
Seandainya tips satu dan dua berjaya dilakukan, Mama Papa boleh menyusukan anak. Boleh berikan susu atau apa-apa minuman kepada anak.
Langkah ini untuk memudahkan proses anak tidur semula selepas kenyang diberikan susu.
4. Kenal Pasti Tanda Bahaya
Walaupun anak Mama Papa sudah berhenti menangis dan meragam serta sudah boleh tidur dengan lena, Mama Papa perlu berhati-hati.
Tanda-tanda tak normal yang mungkin akan dialami oleh anak selepas terjatuh dari katil:
- Terdapat anggota badan yang takboleh digerakkan atau sakit
- Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
- Alami muntah-muntah
- Kekejangan pada wajah
- Menangis dengan kerap dan nyaring
- Pengsan
Semua tanda-tanda yang dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dalam tempoh 24 jam selepas anak terjatuh.
5. Elakkan Lakukan Aktiviti Lasak
Terdapat kemungkinan anak-anak akan rasa sakit pada bahagian badan yang berterusan dalam tempoh beberapa hari.
Pastikan anak-anak mendapat rehat yang cukup dan untuk sementara waktu ni Mama Papa elakkan anak lakukan sebarang aktiviti yang lasak.
Sekiranya anak Mama Papa jatuh jangan terus panik, lakukan dahulu langkah ni supaya anak kembali tenang. Setelah itu bawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Mama Papa perlu pantau pergerakan dan take note sekiranya ada berlaku perubahan pada fizikal anak-anak selepas kejadian anak terjatuh itu. Kemungkinan kesan tersebut dapat dilihat setelah beberapa hari, jadi Mama Papa sentiasa alert dan perhatikan gerak-geri anak-anak ye.
Dapatkan lebih banyak lagi informasi kesihatan di SINI!