Betullah kata orang. Kalau dalam mindset kita fikir perkara yang baik-baik, insyaAllah pasti perkara yang baik-baik akan datang. Macam tu jugalah bila mama nak bersalin. Jangan asyik fikir takut, sakit tapi fikirlah sebaliknya. Menurut Asyalliee, dia sendiri tak sangka guna teknik mindset menjadi. Proses melahirkan dipermudahkan, meneran selama 5 minit dan alhamdulillah selamat melahirkan baby Rose. Tahniah dari Kelabmama!
Jom kita tengok perkongsian Asyalliee tentang kelahiran keduanya Baby Rose pada 26 Mac yang lalu.
dalam pukul 4:30pm doktor datang check bukaan dah 3CM (Tak sangka teknik mindset menjadi)
berjalan keliling hospital lepastu mencangkung then buat posisi bersujud semua sambil mindset bila masuk labour room dah 8CM
Dah masuk labour room pukul 7am , doktor check bukaan dah 8CM (lagi sekali tak sangka teknik mindset menjadi)
sister bacakan surah sambil usap belakang badan
sister check 10CM then meneran la mommy selama 5minit then keluarlah Cinta hati mommy rose pada pukul 11:31am
TIPS MUDAH BERSALIN UNTUK MAMA!
#Mindset
Mindset kena fikir positif tentang bersalin. Niat dipermudahkan bersalin. Jangan fikir negatif. Ketepikan atau lupakan dulu rasa sakit nak bersalin, sakit kena jahit semua tu. Fikir yang mudah-mudah je. Bila kita fikir mudah, insyaAllah dipermudahkan.
#Doa
Kena selalu berdoa dan banyak berdoa. Berdoa pada Allah supaya semuanya dipermudahkan, supaya senang melahirkan, supaya tiada jahitan dan sebagainya. Yang penting doa tu kena bersungguh-sungguh dan yakin 100%. Percayalah, dengan kuasa doa insyaAllah.
#Sujud
Ada yang kata, kalau kerap sujud akan bantu kepala bayi turun bawah bagi bayi yang songsang.
#Senaman
Mama pun tahu senaman yang famous untuk mama mengandung ialah senaman Kegel. Ada banyak cara tapi yang paling simple mengemut. Senaman ni penting tau sebab kemut bantu kuatkan lagi otot lantai pelvik. Otot ni yang bantu proses bersalin.
#Tailor Sitting
Ha..apa tailor sitting ni? Tukang jahit duduk ke? Haa bukan ye! Tailor sitting ni adalah cara duduk buka tulang pelvik. Bagi yang pertama kali buat akan rasa sakit dan ngilu pada bahagian kelengkang. Tapi jika mama buat dengan konsisten mama pasti akan rasa lega.
Caranya : Duduk atas lantai. Lepas tu temukan kedua-dua tapak kaki dan pastikan ibu jari kaki saling lekap antara satu dengan yang satu lagi. Pastikan juga kedua-dua paha di lantai jangan terangkat. Lagi dekat tumit kaki dengan kelengkang lagi baik. Lepas tu tolak perlahan-lahan badan ke arah tapak kaki. Tahan 5 saat lepas tu kembali ke posisi badan tegak.
#Teknik pernafasan
Prinsip pernafasan masa nak bersalin : Tarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut seperti meniup bukan buka mulut besar seperti menganga ye mama. Jangan tahan nafas masa meneran. Proses meneran bermula bila rasa sakit kontraksi datang. Ha..masa tu lah sesuai untuk meneran. Yang penting jangan angkat punggung semasa meneran ye!
BACA LAGI : CARA UNTUK KURANGKAN SAKIT BERSALIN ANDA
Sumber : Asyalliee
Mama Siti faham perasaan mama yang nak bersalin macam mana sebab Mama Siti pun pernah laluinya. Macam yang Mama Siti cakap tadi, apa-apa pun mindset kita kena positif. Fikir perkara yang baik-baik, doa yang baik-baik, insyaAllah Allah akan beri yang baik-baik juga kepada kita. Yang penting kita kena yakin dengan kuasa doa dan yakin dengan Allah 100%. Okay mama? Semoga bermanfaat!