Mama Siti faham, ada Mama dan Papa yang rasa agak terkilan sebab tak dapat sediakan masakan rumah untuk suami, isteri dan anak-anak.
Oleh kerana itu, kali ini Mama Siti bawakan resepi ‘proper meal‘ untuk yang tak nak lama-lama di dapur. Selamat mencuba!
Resepi Kari Daging Yogurt
Resepi oleh: Khairul Abdullah
Bahan-bahan Utama
- Daging kambing atau lembu
- Rempah kari daging
- Yogurt
Bahan-bahan Tumisan
- Bawang merah (Dihiris)
- Bawang putih (DIhiris)
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Daun kari
Cara-cara
#1 Cuci 300g hingga 500g daging dengan air bersih. Selepas itu, letakkan daging di dalam bekas dan lumurkan dengan serbuk kari daging.
Tambah sedikit air supaya rempah kari melekat rata pada daging.
#2 Sediakan periuk di atas dapur dan panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis sekaligus dan teruskan menumis hingga naik bau harum.
#3 Seterusnya, masukkan kambing yang telah digaul dengan rempah kari. Kacau daging dengan bahan tumisan agar rasanya menyatu.
Masukkan secawan air untuk dijadikan kuah. Kuantiti air adalah mengikut citarasa Mama atau Papa. Kalau nak lebih berkuah, lebihkan air.
#4 Kemudian, kacau sebentar masakan kari daging dalam periuk dan tutup. Tunggu hingga kuah mereneh dan daging empuk.
#5 Setelah dipastikan daging sudah empuk dan tak liat, masukkan yogurt dan garam. Kacau sebati dan biarkan seketika selama 5 minit.
#6 Kari daging ‘super simple’ kita dah siap. Sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Kari Daging
- Rebus daging terlebih dahulu sebelum mula memasak supaya kari daging masak lebih cepat.
- Nak kari lebih sedap? Masukkan serbuk kari selepas bahan-bahan lain ditumis supaya rasanya lebih ‘kaw’.
Resepi mudah ini sesuai untuk Mama dan Papa yang sibuk tetapi masih mahu sediakan masakan sendiri untuk keluarga.
Nak cuba resepi kari pula? Boleh saja, pastinya resepi kari ayam tanpa santan ini pekat dan sedap!
Dapatkan lebih banyak resepi mudah di SINI!