Kalori nasi putih adalah satu perkara yang dirisaukan kebanyakan rakyat Malaysia moden. Nasi putih merupakan makanan utama bagi negara-negara asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan negara-negara asia yang lain. Namun begitu Malaysia ‘dinobatkan’ sebagai negara Asia yang paling tinggi bilangan kes obesiti.
Satu cawan nasi (186 gram) yang telah dimasak, rata rata mengadungi 242 kalori. Perkara ini amat merisaukan, terutama sekali, nasi kebiasannya sebahagian dari hidangan lengkap dan dipadukan dengan lauk pauk yang pelbagai.
Selain pilihan lauk dan minuman yang dipadankan, terdapat satu lagi cara untuk mengurangkan kadar pengambilan kalori dan sentiasa berada dalam keadaan kalori defisit tanpa mengurangkan pengambilan nasi harian anda.
Cara Kurangkan Kalori Nasi Putih
Kandungan Kalori Nasi Putih
Beras terdiri daripada kanji yang boleh dihadam dan sejenis karbohidrat khas yang dipanggil kanji degil atau resistant starch (RS).
Manusia tidak mempunyai enzim untuk mencerna kanji ini, jadi ia tidak berubah menjadi gula dan diserap dengan cepat dalam aliran darah seperti kanji yang boleh dihadam.
Sebaliknya, ia memintas usus kecil dan dimetabolismekan dalam kolon, di mana ia menjadi asid lemak yang menjadi makanan kepada koloni bakteria usus yang sihat. Lebih banyak kanji degil (RS) dalam sesuatu makanan, lebih sedikit kalori daripada kanji itu akan diserap.
Langkah-Langkah
Pengkaji dari Kolej Sains Kimia di Sri Lanka ingin mengetahui sama ada mereka boleh menukar beberapa kanji beras yang boleh dihadam kepada jenis yang tidak boleh dihadam (RS), dan dengan itu menjadikannya lebih rendah kalori.
Berikut ialah langkah-langkah mengurangkan kalori nasi putih (anggaran setengah cawan beras):
1. Didihkan air mengikut porsi beras yang akan di masak.
2. Letakkan satu sudu teh minyak kelapa dan larutkan
3. Masukkan beras setengah cawan.
4. Setelah masak masukkan nasi yang telah dimasak kedalam peti sejuk selama 12 jam.
5. Kukus nasi sebelum makan.
Kenapa Perlu Dimasak Dengan Cara Ni?
Nasi yang dimasak dengan cara ini mempunyai sekurang-kurangnya 10 kali ganda kanji ‘degil’ (RS) berbanding nasi yang biasa disediakan dan 10-15% lebih rendah kalori. Tetapi penyelidik berpendapat bahawa dengan beberapa jenis beras, kaedah itu boleh mengurangkan kalori nasi putih sehingga 50-60%.
Glukosa dalam nasi masak panas mempunyai struktur yang longgar, tetapi apabila ia sejuk, molekul menyusun semula menjadi ikatan yang sangat kejap dan lebih tahan terhadap penghadaman. Molekul lemak dari minyak kelapa masuk ke dalam nasi, dan menjadi penghalang terhadap penghadaman yang cepat.
Para penyelidik juga mendapati bahawa memanaskan semula nasi yang telah disediakan seperti langkah diatas tidak mengubah tahap kanji degil yang telah didapati.
Jadi, adalah lebih baik untuk Mama dan Papa menggunakan kaedah ini untuk mengurangkan kalori nasi putih.
Lebih info menarik tentang tips pemakanan di SINI.