Bayi Mama meneran dan menangis semasa membuang air besar? Najis bayi Mama berketul-ketul dan keras? Ini bermakna bayi Mama mempunyai masalah sembelit. Sembelit bermaksud kesukaran ketika membuang air besar dan ia merupakan perkara biasa yang sering terjadi. Terdapat beberapa cara mengatasi bayi sembelit yang Mama boleh lakukan. Untuk ketahui apakah cara atasi bayi sembelit tersebut, teruskan ikuti perkongsian Mama Siti di bawah!
Kalau Mama nak tahu, kebiasaannya masalah sembelit ini sering terjadi kepada bayi yang sudah memulakan pengambilan makanan pepejal pada usia 6 bulan. Tetapi, sembelit masih boleh terjadi kepada bayi bawah 6 bulan yang minum susu formula kerana kandungan nutrisi yang berbeza dengan susu ibu.
Bayi yang minum susu ibu sepenuhnya jarang untuk menghadapi masalah ini melainkan bayi tersebut mempunyai masalah usus atau masalah pada sistem pencernaan.
Namun, Mama tidak perlu risau kerana terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah sembelit ini. Sebelum itu, Mama Siti nak terangkan kepada Mama terlebih dahulu, apakah punca yang menyebabkan berlakunya sembelit dalam kalangan bayi. Jom lihat!
Ketahui Punca Sebelum Mulakan Cara Mengatasi Bayi Sembelit
Berikut merupakan beberapa punca yang menyebabkan bayi sembelit iaitu:
- Bagi bayi 6 bulan sembelit, yang sudah mula makan makanan pejal sembelit selalunya disebabkan oleh kurang air.
- Usus terkejut selepas diberi makanan pejal. Usus perlu dilatih dengan pemberian makanan yang lembut terlebih dahulu seperti puri buah.
- Salah cara bancuhan susu formula atau tidak sesuai.
- Terdapat masalah pada sistem pencernaan dan perkumuhan bayi.
- Kurang pengambilan makanan tinggi serat.
- Masalah dehidrasi yang mungkin disebabkan oleh banyak berpeluh (cuaca panas) dan kurang minum air.
- Diet dan pengambilan jenis makanan yang salah oleh ibu yang menyusu.
- Masalah kesihatan berkaitan saluran pencernaan bayi itu sendiri.
Melihat beberapa punca di atas, Mama rasa mana satu penyebab yang membuatkan si manja kesayangan Mama sembelit?
Kenal pasti punca di atas untuk Mama dapatkan cara yang tepat untuk merawatnya dengan berpandukan beberapa cara yang Mama Siti kongsikan di bawah ini!
Cara Mengatasi Bayi Sembelit
Berikut merupakan cara mengatasi sembelit pada bayi dan menyelesaikan masalah ini iaitu dengan langkah berikut:
#1. Cara Mengatasi Bayi Sembelit dengan Banyakkan Minum Air
Cara atasi bayi sembelit yang pertama ialah banyakkan minum air. Namun, awas! Air kosong hanya boleh diberikan kepada bayi 6 bulan ke atas sahaja yang mana sudah mula makan makanan pejal.
Mama harus pastikan bayi Mama minum air kosong dengan secukupnya bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi.
#2. Tukar Jenis Susu Formula
Manakala, cara mengatasi sembelit bagi bayi baru lahir dan yang minum susu formula adalah tukar jenis susu formula. Mama perlu try and error susu formula bagi mendapatkan jenis susu yang sesuai dengan bayi Mama.
#3. Beri Makanan Yang Kaya dengan Serat
Cara yang seterusnya,jika bayi Mama sudah makan makanan pejal pastikan untuk memberikan makanan yang tinggi serat kepada si manja Mama. Contohnya, makanan yang berserat ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.
#4. Cara Mengatasi Bayi Sembelit dengan Lakukan Senaman
Cara mengatasi sembelit bagi bayi 1 bulan ialah dengan melakukan senaman untuk bayi. Senaman ini dapat membantu merangsang pergerakan usus bayi.
Caranya sangat mudah. letakkan bayi dalam keadaaan berbaring secara terlentang dan lakukan gerakan seperti mengayuh basikal.
#5. Urutan Lembut dan “I Love U”
Di samping itu, cara hilangkan sembelit bayi baru lahir ialah dengan melakukan urutan lembut atau urutan “I Love U” pada perut si comel. Cara ini bukan saja untuk bayi baru lahir atau 1 bulan, tetapi juga sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas.
#6. Cara Mengatasi Bayi Sembelit dengan Berikan Bayi Jus Buah
Bagi bayi Mama yang sudah mencapai umur 1 tahun dan mengalami sembelit, jus buah boleh diberikan kepada anak Mama sebagai salah satu cara mengatasi bayi sembelit ini.
Tetapi pastikan jus buah tidak ditambah sebarang gula atau bahan lain. Hanyalah buah dan air sahaja. Contohnya, jus epal dan jus oren.
Sebelum itu, pastikan Mama mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memberikan jus tersebut.
#7. Berikan Puri Sebagai Permulaan
Sekiranya anak Mama baru sahaja ingin mulakan fasa peralihan kepada makanan pejal, disarankan supaya Mama mulakan dengan pemberian puri dahulu.
Mama boleh berikan puri buah atau sayur yang mana buah dan sayur mempunyai serat yang tinggi yang membantu bayi Mama untuk membuang air besar.
#8. Elakkan Diet BRAT
Apa itu diet BRAT. BRAT adalah Banana, Rice, Applesauce dan Toast. Diet BRAT ini disarankan kepada mereka yang mengalami cirit birit, namun bagi bayi sembelit elakkan dari mengambil makanan dari sumber tersebut. Ianya akan memburukkan lagi sembelit si kecil.
Melalui perkongsian cara mengatasi sembelit bayi di atas, Mama Siti ingin berpesan kepada Mama semua mengenai kepentingan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang serta pengambilan cecair yang mencukupi untuk merawat masalah sembelit pada bayi.
Sekiranya Mama mendapati masalah sembelit berterusan atau menjadi lebih serius, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul.
Selain tips di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi info dan panduan menarik yang lain di SINI!