Memang lumrah selepas melahirkan anak, mama kena berpantang termasuklah menu berpantang ye! Tujuan berpantang ni adalah untuk sembuhkan luka dalaman supaya mama kembali sihat sepenuhnya. Bukan tu je, berpantang juga boleh mengembalikan semula bentuk badan asal seperti sebelum hamil tau! Tak susah pun resepi untuk mama berpantang ni, mudah je nak dimasak dan disediakan.
Tapi ada banyak pantang larang untuk hidangan berpantang ni supaya tak tersalah makan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan badan mama. Kalau nak cepat sihat mama kenalah ikut menu berpantang dengan betul ye. Jangan asal boleh je nanti lambat baik mama juga yang susah.
9 MENU BERPANTANG
#Ikan Tenggiri Masak Singgang
- 1 keping isi ikan tenggiri
- 1 batang serai
- 1 sudu teh asam jawa
- ½ cm lengkuas muda*
- 1 ulas bawang putih*
#Ikan Tenggiri Masak Asam
- 1 keping isi ikan tenggiri
- 1 sudu teh asam jawa
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia muda
#Sawi Lobak Masak Tumis
- 3cm lobak merah
- 1 mangkuk sawi
- 2 ulas bawang putih
#Lempeng Oat Tanpa Gula
- sugarless oat
tepung gandum madu asli
#Ikan Tenggiri Grill
- 1 keping isi ikan tenggiri
- Kunyit hidup (tumbuk)
- Lada hitam (tumbuk)
- Garam (tumbuk)
- Perap
#Serunding Halia Muda Goreng
- Halia
muda (parut ) - Goreng
#Sayur Sawi Celur (Steam)
- Sayur sawi (celur)
#Ikan Salmon Grill
- 1 keping ikan salmon
- Lada hitam dan garam (tumbuk)
- Perap
#Sayur sawi , carrot bersama Daging Cincang (selepas 44 hari)
- Daging cincang
- Sayur sawi dan carrot
- Bawang putih (ketuk)
- Lada hitam
- Garam
Ha…terliur dibuatnya tengok resepi-resepi ni. Resepi ni bukan hanya untuk berpantang je, satu family pun boleh makan tau! Siapa kata makanan berpantang tak best dan bosan? Sekali sekala dapat makan ni pun boleh berpinggan nasi dibuatnya tau. Nanti Mama Siti share part 2 pula ye.
Mama juga boleh rujuk MAKANAN YANG DILARANG MAKAN DALAM TEMPOH BERPANTANG
Selamat mencuba!
Sumber : Dari Dapur