Memandangkan petai sangat payah nak dapat dan harganya pula semakin lama semakin mahal, jom belajar cara simpan petai tahan lama dengan menggunakan kaedah sejuk beku.
Mama boleh beli petai segar sementara masih murah di kedai-kedai berhampiran untuk dijadikan stok simpanan.
Kalau Mama ada pokok sendiri lagi bagus, tak perlu keluarkan modal membeli cuma keluarkan sedikit tenaga untuk proses semua petai-petai ini untuk disimpan.
Ikutkan harga pasaran petai sekarang ini boleh tahan jugalah mahalnya, jadinya sebagai alternatif mudah kita frozenkan petai-petai yang dibeli tu.
Bila-bila teringin, boleh terus je Mama nyahbeku dan terus makan. Untuk ketahui bagaimanakan caranya, Mama boleh ikuti perkongsian di bawah ini, jom lihat!
Cara Simpan Petai Tahan Lama dan Tidak Berkulat
Berikut merupakan cara-cara menyimpan petai secara sejuk beku iaitu:
#1. Beli petai segar masa masih tengah murah secara borong di kebun atau di kedai-kedai berhampirn. Kebiasaannya harga petai boleh mencecah RM60-80 untuk 100 papan petai.
#2. Kemudian, Mama kupas kulit petai dan buang selaput putih yang terdapat pada biji petai sehingga bersih.
#3. Kalau Mama tak nak buang selaput putih tu pun boleh ikut citarasa Mama, cumanya untuk tempoh jangka pendek dibolehkan. Tetapi jika untuk tempoh yang panjang tidak sesuai sebabnya selaput tu kalau tak dicuci bersih boleh buat petai tu berkulat apabila terlalu lama di frozen.
#4. Setelah siap bersihkan selaput, jangan basuh petai tersebut untuk elakkannya melekat sesama sendiri apabila terkena air semasa proses penyimpanan dan menyukarkan Mama untuk mengambilnya nanti.
#5. Mama terus simpan dalam bekas yang bersaiz kecil dan susun secara teratur dalam peti ais letakkan di bahagian sejuk beku.
#6. Ini rupa petai bila Mama dah frozenkan! Tahan lama berbulan-bulan dengan syarat masa nak guna rendam biji yang Mama nak pakai je. Jangan rendam dan masukkan ke dalam peti berulang kali.
#7. Ini pula rupa petai yang telah difrozenkan kemudian direndam apabila hendak dimasak. Masih lagi dalam keadaan segar seperti baru dibeli.
Semoga dengan perkongsian cara simpan petai tahan lama secara frozen ini membantu Mama menyediakan stok makanan untuk jangka waktu yang panjang di mana secara tidak langsung menjimatkan wang perbelanjaan dapur dan memenuhi selera anak tekak pada bila-bila masa!
Memandangkan perkongsian kali ini berkisarkan petai, apa kata kalau Mama cuba masak menu berasaskan petai berpandukan resepi di SINI!