Makanan tambahan membantu wanita yang sedang atau ingin mengandung. Contohnya, susu kurma yang baik diamalkan sebagai ikhtiar hamil. Ia harus diteruskan sepanjang kehamilan agar anak dan ibu mendapat kebaikannya.
Chia seed ialah bijirin yang mengandungi sekurang-kurangnya tujuh khasiat utama yang sangat diperlukan dalam badan ibu mengandung. Disebabkan itulah, chia seed mendapat gelaran ‘superfood’ kerana berjaya memenuhi keperluan pemakanan harian, RDA.
Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
#1 Pertumbuhan Otak Janin & Cegah Bayi Pramatang
Chia seed mengandungi asid lemak omega-3 jenis asid alfa linolenik (ALA).
Penelitian sains mendapati chia seed boleh mencegah kelahiran bayi pramatang dan menyokong pertumbuhan janin didalam rahim ibu mengandung.
#2 Melancarkan Pencernaan Ibu Hamil
Rutin mengamalkan chia seed setiap hari membantu mencegah ibu mengandung daripada masalah berkaitan pencernaan seperti sembelit dan buasir.
Hal ini demikian kerana, chia seed mengandungi 8 gram serat yang bersamaan dengan 32% keperluan pemakanan harian (Recommended Dietary Allowances, RDA).
#3 Kebaikan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung Dalam Mencegah Anemia
Fungsi chia seed kepada ibu hamil ialah merangsang pengeluaran sel darah merah dalam badan. Ketika berbadan dua, seorang wanita perlu membekalkan darah kepada bayinya.
Oleh itu, dia perlu mempunyai sumber yang mencukupi agar bayi dan ibu mendapat tidak terdedah kepada masalah anemia dan kekurangan zat besi.
#4 Kuatkan Tulang dan Gigi Janin
Setiap wanita hamil sebenarnya perlukan 1000 mg kalsium setiap hari. Sumber mineral ini menyumbang kepada pembentukan tulang dan gigi janin semasa dari dalam kandungan lagi.
Dua sudu besar chia seed sudah memadai untuk ibu mengandung kerana ianya bersamaan dengan 15% RDA harian atau lebih tepat lagi mengandungi 152 mg kalsium.
#5 Stabilkan Gula Dalam Darah
Paras gula yang tinggi dalam darah meningkatkan risiko keguguran dan kecacatan bayi. Ianya disebabkan oleh reaksi glukosa dalam badan hingga menyebabkan diabetes semasa mengandung.
Serat dalam chia seed menstabilkan paras gula dengan cara memperlahankan penyerapan gula dalam darah.
#6 Cegah Kenaikan Berat Mendadak
Perubahan paras hormon ketika mengandung menyebabkan rasa lapar secara berlebihan. Ibu hamil memerlukan makanan yang mempunyai kandungan serat dan protein yang tinggi seperti chia seed.
Semakin terkawal pengambilan makan, semakin lambat kenaikan berat badan berlaku. Makanan tambahan seperti chia seed mengandungi 4.7g protein dan 9.8g serat serta cekap menyerap air.
#7 Ibu Hamil Cergas
Selain protein dan serat, chia seed juga kaya dengan lemak. Lemak akan terurai kepada zarah lebih kecil dan diserap oleh tubuh badan.
Memang tidak dinafikan proses kehamilan memang sangat meletihkan. Oleh itu, Mama perlu amalkan chia seed supaya dapat meningkatkan stamina badan dan menjadi lebih cergas.
Cara Makan Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
- Jus Buah-Buahan
Hanya ¼ cawan chia seed diperlukan dalam satu liter jus buah-buahan. Chia seed perlu direndam selama 30 minit terlebih dahulu dalam jus buah sebelum diminum.
- Dalam Tumisan
Jangan ragu dalam mempelbagaikan resepi chia seed. Mama juga boleh menambah satu sudu chia seed ketika menumis hidangan harian.
- Roti dan Kek
Manfaat chia seed boleh diaplikasikan dalam pastri. Ianya meningkatkan nutrisi roti dan kek serta meningkatkan kandungan serat, protein, dan omega-3.
- Jam
Kita tak perlukan jam homemade, kita hanya perlu tambahkan chia seed ke dalam botol jam dengan kadar yang bersesuaian.
- Sup dan Kuah
Chia seed boleh memekatkan sup dan kuah sama seperti tepung. Cukup rendam benih hingga membentuk gel dan campurkan ke dalam masakan.
- Pencecah
Orang kita kan suka makan keropok lekor. Alang-alang tu, apa kata Mama taburkan sedikit chia seed dalam sos pencecah.
- Oatmeal
Campurkan oatmeal dengan satu sudu chia seed dan Mama boleh menikmati hidangan ‘superfood’ ini dengan senang hati.
- Yogurt
Jadikan chia seed sebagai topping yogurt Mama. Taburkan di atas yogurt dan gaulkan agar rasanya menyatu.
- Teh
Tambahkan satu sudu chia seed dalam air teh ialah cara paling praktikal disediakan setiap hari. Sangat ringkas dan tidak mengambil masa, rasa teh pun kekal sama walaupun ditambahkan chia seed.
- Sandwic
Tidak kira apa pun inti sandwic yang Mama sediakan, chia seed boleh ditabur secara langsung sama ada di atas roti atau di atas intinya.
Jadi, tidak hairanlah chia seed digelarkan sebagai super food kerana memang khasiatnya membantu kesihatan ibu dan janin dalam kandungan.
Sama juga dengan amalan makanan sunnah ketika hamil untuk membantu pemakanan lengkap si ibu. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan panduan Mama dari tempoh mengandung hinggalah melahirkan.
Jom cuba pelbagai tips pemakanan untuk ibu mengandung yang lain DI SINI.