Undang-undang car seat bayi adalah wajib dan sekiranya ada yang ingkar, anda boleh disaman. Car seat bayi yang dibeli dan dipasang juga perlu mengikut ketetapan Isofix, ketinggian dan berat anak. Yang penting sekarang ni keselamatan anak-anak harus dijaga sewaktu berada di dalam kereta dan tidak diambil dengan ringan.
Ajar Anak Guna Car Seat Sejak Bayi
Pertama sekali, bila nak pakai car seat bayi ni?
Sejak anak Mama lahir lagi dah kena sediakan car seat bayi ni. Apabila mereka meningkat umur, kita perlu inform pada si kecil kenapa car seat bayi ni penting dan lain-lain.
Banyak sangat kes kemalangan yang berjaya melindungi anak-anak daripada kecederaan yang serius kerana mak ayahnya meletakkan mereka di dalam car seat bayi.
Kepentingan Menggunakan Car Seat Bayi
Ia adalah cara terbaik untuk melindungi anak-anak Mama bila mereka berada di dalam kereta. Adakah Mama tahu, kemalangan kereta adalah salah satu punca utama kematian dan kecederaan bagi kanak-kanak?
Tempat duduk kereta yang terbaik ialah yang sesuai dengan berat, saiz dan umur anak, serta kenderaan anda.
Mama Siti faham, banyak sangat pilihan car seat bayi yang terdapat di pasaran. Dan setiap satunya mempunyai fungsi, reka bentuk dan kualiti yang tersendiri.
Mama kena take note empat perkara penting yang perlu Mama ingat bila rancang membeli car seat bayi:
- Umur bayi.
- Isofix. Isofix ialah piawaian antarabangsa bagi titik lampiran untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak dalam kereta penumpang. Ia direka untuk membuat pemasangan car seat bayi cepat dan mudah.
- Sentiasa periksa ciri keselamatan dan adakah ia mengikut piawaian yang ditetapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
- Beli car seat bayi yang sesuai dengan bajet Mama Papa, tetapi pastikan ia masih mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MIROS.
Jenis-jenis Car Seat Bayi (Mengikut Umur)
1. Menghadap Belakang: Dari Lahir hingga 15 Bulan
Tempat duduk menghadap belakang disyorkan untuk anak Mama yang berumur 1 sehingga 15 bulan dan 13 kg.
Atau apabila si manja Mama mencapai had berat atau ketinggian yang maksimum untuk car seat bayi jenis ini. Ada sesetengah car seat boleh digunakan si manja yang mencapai berat 18 kg atau sekitar umur 2 tahun.
Setelah anak Mama mencapai berat maksimum ATAU had ketinggian untuk tempat duduk, sudah tiba masanya untuk Mama beli yang lain dan lebih sesuai untuk budak yang lebih besar.
2. Menghadap Ke Hadapan: 9 Bulan hingga 4 Tahun
Untuk kanak-kanak yang berat 13 kg hingga 18 kg, mereka harus menggunakan tempat duduk menghadap ke depan dengan five-point harness sehingga bahu mereka melepasi slot harness paling atas atau apabila mereka mencapai had berat atau ketinggian atas tempat duduk.
3. Booster: Melebihi 18kg
Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas, Mama dinasihatkan untuk menyediakan booster car seat untuk si kecil. Booster car seat itu juga haruslah lengkap dengan five-point harness.
Mudah kata, five-point harness ialah bahagian penyambung tempat duduk kereta. Lima titik tersebut ialah dua pada setiap bahu, dua pada pinggul kanak-kanak, dan satu titik di mana harness bergelung di antara kaki anak-anak Mama.
4. Tali Pinggang Keledar: 4 Tahun Dan Ke Atas
Sebelum Mama buang tempat duduk booster tu, pastikan Mama lakukan ujian lima (5) langkah untuk tengok sama ada anak Mama perlu ke duduk di dalam booster atau boleh mula menggunakan tali pinggang keledar. Tapi awas juga Mama! Mama perlu meletakkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di tempat duduk belakang.
Jangan ambil mudah ya, Mama! Peraturan ini ditetapkan untuk meningkatkan keselamatan dan menambah langkah berjaga-jaga tambahan yang perlu diambil semasa perjalanan di dalam kenderaan.
Semoga dengan artikel ini ia dapat membantu Mama membuat keputusan bagus untuk memilih car seat bayi! Selamat memilih~
Dapatkan lebih banyak tips keselamatan kereta di SINI!