Resepi kali ini Mama Siti dapatkan daripada Puan Rahiza Abd Rahim Rahiza melalui laman Facebook nya. Beliau berkongsi cara buat sup ayam simple dan sihat.
“Ni resepi arwah mama.” Tambahnya lagi.
Formulanya mudah sahaja, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan rebus. Jom, kita tengok cara masak sup ayam black pepper, chinese style seperti di bawah:
Resepi Sup Ayam Black Pepper
Resepi oleh: Rahiza Abd Rahim Rahiza
Bahan-Bahan
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Kentang
- Lobak merah
- Batang saderi
- Batang daun bawang
- Lada hitam (Ditumbuk)
- Kuib pati ayam
- Garam
- Air
Cara-Cara
#1 Potong ayam ke bahagian kecil dan cuci bersih. Kemudian, kupas empat ulas kulit bawang putih, kentang, lobak merah dan dua inci halia.
#2 Seterusnya, tumbuk kasar satu sudu biji lada hitam dan hiris batang daun bawang. Bawang putih, dan halia hendaklah diketuk. Manakala sayuran lain boleh dipotong kecil-kecil.
#3 Sediakan periuk dan masukkan ayam dan bahan sayuran kesemuanya sekali. Tambahkan air mengikut kesesuaian citarasa, kiub ayam dan tidak dilupakan satu sudu lada hitam yang telah ditumbuk.
#4 Hidupkan api sederhana, tutup periuk dan tunggu hingga sup mereneh. Pastikan ayam sudah masak dan kentang pun sudah empuk sebelum diangkat.
#5 Resepi sup ayam black pepper telah sedia untuk dihidangkan buat diri sendiri, kawan-kawan dan ahli keluarga.
Tips Menyediakan Resepi Sup Ayam Black Pepper
- Jika Mama lebih gemarkan tekstur sayur yang agak keras, boleh masukkannya selepas beberapa minit ayam dimasak.
- Resepi ini juga boleh diperasakan dengan lada putih yang juga dikenali sebagai lada sulah.
Ini baru betul resepi campak-campak. Letak sahaja semua bahan-bahan, termasuklah ayam sekali kemudian pasang api dan tunggu sampai masak.
Kalau tekak Mama teringin nak rasa sup ayam versi lain, Mama Siti cadangkan untuk cuba resepi sup ayam Thai ini. Rasanya lebih kepada masam dan pedas.
Dapatkan lebih banyak resepi menarik di SINI!